Thursday, April 30, 2009 at 1:35 AM | 1 comments  
Aku dah pesan kat minie jangan bagi tau pada si Dris yang dia dan zura dah couple, tapi mulut perempuan ni memeng mulut tempayan.

Semalam yang hangat. Aku didatangi oleh kawanku, Minie namanya.

Sedang bersembang , tetiba dia bertanya," eh, Dris dengan Zura tu dah couple ke?

"Ala aku malaslah nak campur hal orang,"jawabku.

"Eh kau ni Bat, dengan aku pun kau nak simpan. Ala aku kasihan kat si Wawa tu. Asyik layan jsaja si Dris tu. Bagi la tahu aku pasal Dris dengan Zura," pujuk si Minie.

"Kau ni memang suka ambil tahu hal orang, memang diaorang dah couple. Ha..puas hati."jawabku.

Pagi ni aku bukalah facebook. Tiba-tiba ada mesej dalam facebook aku.

"Zul, terima kasih sebab bagitahu perkara yang sebenar. Nasib aku tak terlambat untuk semua ini,"mesej dari WAWA!

Bodoh punya Minie, memang kaulah internet bergerak.
Posted by 2nd head prefect
Tuesday, April 28, 2009 at 6:35 PM | 0 comments  
Sesuatu yang aku suka, aku akan pakai samapai benada tu tak boleh dipakai lagi.

Kasut..

Sayangnye nak tukar. Kasut aku ni ada sentimentel value. kasut orang hadiahkan. Takkan aku nak buang, rasa macam kejam pula.

"Kau beli la kasut baru. Dah koyak aku tengok."tegur si Upin.

" Sayang lah kasurt ni. aku bukan tak ada kasut lain. Tapi kasut ni bila aku pakai rasa selesa."saja bagi alasan.

"Kau mintalah awek kau beli baru,"kata si bengong ni lagi.

Awek?

Satu word yang agak bermakna tuh!
Posted by 2nd head prefect
Baca paper pagi tadi, Skuad kijang ni akan membuat lawatan ke old traffort. Gilerrr gempaq!

Pastu aku baca lagi, lawatan itu bukan sekadar melawat kelab gergasi tu, tapi siap perlawanan persahabatan. Cayalah! 1st time aku dengar pasukan bola negeri nak pergi buat lawatan then buat persahabatan dengan kelab yang memang dah champion tu.

Bukan nak kutuk, tapi aku sokong. macam ni baru ada kelas. Tengok tempat orang. Belajar cara orang barat main bola. Selama ni aku asyik tengok Man Utd datang belasah pasukan kebangsaan.

Kali ni biar kelantan belasah Man Utd!!!(impian)....
Posted by 2nd head prefect
Semalam aku baca kat mingguan malaysia yang amat jarang aku baca tu. Berita semua tak menarik.

Aku semak dan terus semak. Di muka surat yang hampir hujung aku baca. Agak menarik ni. Pekerja di pecat kerana melayari facebook!

Paling buat aku nak tergelak, pekerja tu tengah cuti sakit. Alih-alih bos dia nampak nama dia aktif kat facebook terus pecat dia. Berita ni berlaku di swiss.

Nasiblah bos aku tak macam tu...
Posted by 2nd head prefect
Saturday, April 25, 2009 at 9:49 PM | 3 comments  
Samapai melaka pergi terus ke Jaya Jusco. Park saja motor terus aku menuju ke KFC. Memang niat nak beli untuk ibu dan acik.

Dengan gaya yang agak macho, terus aku masuk tanpa melihat kiri dan kanan, apatah lagi di belakang. Dalam aku beratur menunggu giliran, tiba-tiba ada orang tepuk bahu aku dari belakang.

"Agus..."terkeluar namanya di mulutku.

"Kau baru balik ke Bat?" tanya Agus sambil mendukung anak kecilnya yang comel.

"A'ah, aku baru sampai. Terus singgah nak tapau KFC," jawabku.

"Ni mesti kau belikan untuk mem besar kau ni.." teka Agus.

"Eh, ni untuk family la," sambil gelak aku menjawab.

Mem besar mana ada lagi hubungan dengan aku. Memang sejak aku putus hubungan dengan Tasya, aku jarang balik Melaka. Ramai kawan-kawan aku tak tahu hal ini.

Aku pun tak cerita hal ini pada sesiapa...

Petang tadi borak dengan ibu, " bila nak minta transfer melaka?" tanya ibu.

Dalam hati aku menjawab, "mungkin tidak."
Posted by 2nd head prefect
Thursday, April 23, 2009 at 8:05 PM | 15 comments  
Suatu hari seorang pemuda berdoa," ya Allah, berilah aku sekuntum bunga mawar dan juga rama-rama.

Tidak lama selepas itu, di lihat di hadapan rumahnya tumbuh pohon kaktus dan juga ulat di atas kaktus itu.

Lelaki itu pun sedih kerana tuhan tidak memakbulkan doanya.Kata pemuda itu," pemberian Tuhan mungkin ini yang terbaik untuk ku."

Pemuda itu juga berfikri, mungkin terlalu banyak doa umat yang di pohon sehingga tuhan memberi sahaja apa yang patut padanya. Pemuda itupun tidak mempersoalkannya.

Sehingga suatu hari di merasakan Tuhan sudah lupa akan doanya. Dia pun berfikir kembali tentang doanya itu. Dia merasa sangat terperanjat apabila dilihat pokok kaktus hodoh yang berduri tumbuh sekutum bunga mawar yang cantik.

Ulat yang tersekindung telah bertukar menjadi rama-rama yang cantik.

Allah sentiasa melakukan perkara dengan betul. Cara Allah sentiasa yang terbaik. Walaupun kelihatan semuanya salah. Pastinya Allah akan mengurniakan pada masa yang sesuai.

Apa yang kita pinta, tidak semestinya apa yang diperlukan. Allah tidak akan gagal memenuhi permintaan. Terus berdoa dan jangan mengeluh!

Sesungguhnya duri yang diberi hari ini , sebenarnya adalah bunga diesok hari.

Allah sentiasa mengurniakan yang terbaik kepada mereka yang menyerahkan ketentuan kepada-Nya.

Jangahlah kita putus asa.Terus berdoa..

Semoga Ani kembali sihat seperti sediakala...
Posted by 2nd head prefect Labels:
Tuesday, April 21, 2009 at 6:58 PM | 3 comments  
Dulu aku pelik kenapa ibu dan abah menitiskan airmata apabila along berkahwin. Ketika itu aku masih kecil lagi.

Kasih sayang merupakan kuasa yang paling hebat dalam dunia. Hanya kasih sayang saja dapat mengubah diri seseorang. Seperti kasih sayang pasangan kekasih, cukup hebat. Sehingga orang tua-tua memberi bidalan, cinta itu buta. Sebab buta, lautan api pun sanggup di redah. Walaupun hubungan mereka tidak direstui oleh keluarga, tetapi kuasa kasih sayang itu mampu menjadikan impian mereka tercapai.

Aku dan ani. Aku teringat ani sentiasa perlu sembunyi-sembunyi telefon aku. Sehingga Ani menetapkan aku tidak boleh untuk telefon dia. Disebabkan kasih sayang kami berhubung secara senyap-senyap. Aku simpati kerana dia selalu terpakse berbohong ikhlas untuk itu.

"Bat, Ani teringin sanagt kalau sanding nanti, Ani dah pregnent 5 bulan," impian Ani.

"Aik, nape macam tu plak? Taulah Bat suka tengok perempuan pregnent."jawabku pada Ani.

"Ani suka macam tu. Nanti, mesti cute Ani bersanding pakai gaun putih masa bersanding.Ish..teringinnya macam tu Bat,"masih teringat aku senyuman Ani ketika itu.

"Ok, tapi lambatlah kita besanding jawabnya," kataku.

"Apalah Bat ni, kita bersanding dua kalilah,"kata Ani.

"Bat, boleh ek.Teringin sangat,"pujuk Budak Kecik ni.

Budak Kecik ni mesti cute time tu fikirku. Hebatkan kuasa kasih sayang. Boleh buat orang jadi sabar, tanam impian yang kreatif.

Sebab tu aku membantah orang kata sambutan hari valentine itu haram. Kisah valentine itu cerita tentang kasih sayang seorang bapa pada anak perempuannya. Bukannya kita tak pernah dengar cerita tentang itu.

Bagi seorang bapa, anak perempuannya adalah permata hatinya. Apa saja sanggup dilakukan untuk membuktikan kasih sayang terhadap anaknya. Kasih sayang seorang bapa pada anak perempuannya adalah kasih sayang yang paling hebat. Kuasa kasih sayang seorang bapa sehingga boleh menentukan masa depan anak perempuannya. Dia juga boleh tahu apa yang berlaku pada anaknya.

Cumanya, sesetengah orang tidak menghayatinya dengan betul kemanisan itu. Kadang-kadang ada yang gunakan anak perempuannya demi kepentingan dirinya.

Doa seorang bapa pada anaknya sangat bernilai. Pasti makbul. Kerana nilai doa itu adalah nilai kasih sayang yang sangat tinggi. Seorang anak yang terlantar di rumah sakit, bertarung dengan nyawa akan selamat dengan doa seorang bapanya. Jika boleh dipindah sakit anaknya itu padanya juga dia sanggup. Itulah kuasa tuhan.

Percayalah. Aku selalu pesan pada Ani. Tuhan itu maha pengasih lagi maha penyayang. Takkan tuhan itu zalim sehingga tidak memakbulkan doa hambanya yang penyang.

Berdoalah dengan penuh kasih sayang. Insyaallah...
Posted by 2nd head prefect Labels:
Sunday, April 19, 2009 at 10:03 PM | 3 comments  
Sambil mengacau air nescafe di dalam cawan. Aku termenung. Lama juga aku termenung. Dalam dua saat agaknya.

Saja cawan nescafeku di atas meja, tiba-tiba..

"Bat kau tau pasal Ani tak?" sergah Tijah di mejaku.

"Ui, teperanjat aku dengan kaulah. Apa cerita kau tahu?" tanyaku.

" Takpelah, nanti aku cakap kat kau,"jawabnya.

"Aku rasa aku tau apa kau nak cakap pada aku," kataku pada Tijah.

Aku termenung. Sambil membuka PC ku untuk mendengar lagu. Aku teringat perkara yang berlaku pada huujng minggu lepas.

Aku renung balik apa yang berlaku. Semua bukan aku mahu. Tapi, takdir. Ketentuan. Agak memeranjatkan juga bila aku buka blog aku hari ni.

Lawak pagi tadi, aku terpunch punch kad orang lain. Nama dia siti rohani bte ismail. Aduh..macam mana boleh terambil ni..

Teguk secawan nescafe...
Posted by 2nd head prefect Labels:
Friday, April 17, 2009 at 8:34 PM | 2 comments  
Semalam Ani call aku lagi. Aku melayan seolah-olah seperti tadak mahu melayannya. Bukan aku mahu untuk begitu. Tetapi aku tidak mahu dia tahu yang aku masih dan sentiasa menyayangi dia.

"Bat, Ani nak minta maaf."kata Ani.

"Maaf pasal apa?" tanyaku.

"Pasal apa yang Ani pernah buat dengan Bat dan Tasya,"jawabnya.

"Oh, pasal tu. Sudahlah perkara dah lama berlalukan. Semuanya punca pada Bat juga,"terangku pada Ani.

"Tujuan Ani call hari ni, hanya untuk minta maaf pada Bat,"sayu saja suaranya.

"You are so special for me,"dengan nada yang agak tidak jelas dari Ani.

Tak lama kami berbual. Hanya untuk seketika. Ani memberitahu ku dia akan pulangkan tag aku secepat mungkin kerana dia akan bertolak ke Brunei pada 21 April ini.

"Sempat ke Ani?" tanyaku.

"Ani masih ada dua hari. Kalau Ani tak sempat, Ani letak kat meja Bat ye,"jawab Ani.

"Ani memang taknak jumpa Bat kan,"kataku dengan agak keras pada Ani.

Ani, cinta kita hanya cinta dalam hati. Hati kita sangat kuat bercinta. Tetapi ianya tidak mampu di bawa ke alam realiti. Bat tak tahu mengapa ianya berlaku. Kenapa takdir temukan kita.

Aku tahu pertemuan aku dan Ani pasti ada hikmahnya. Kelakar juga mengingat tentang bohong ikhlas. Sepanjang aku bersama dia aku hanya pernah keluar sekali. Pada aku saat tu sangat bahagia. Aku suka dengan sifat manjanya.

Aku faham akan tindakan keluarganya yang menghalang aku untuk berkongsi perasaan bersama Ani. Mungkin meraka menganggap aku akn mencuri Ani dari meraka.

Tidak..aku bukan mencuri Ani. Cuma aku menumpang di pohon yang rimbun saja. Aku hanya mahu berkongsi Ani dengan mereka.

Ani seorang yang sangat baik. Pasti babanya, ibunya, abangnya dang seluruh keluarganya baik. Sayang aku tidak dapat bersama mereka.

mungkin ini memang jalan takdirku
mengagumi tanpa di cintai
tak mengapa bagiku asal kau pun bahagia
dengan hidupmu,
dengan hidupmu

telah lama kupendam perasaan itu
menunggu hatimu menyambut diri
kutak mengapa bagiku
cintaimu pun adalah bahagia untukku,
bahagia untukku

ingin kau tahu diriku di sini menanti dirimu
meski ku tunggu hingga ujung waktuku
dan berharap rasa ini kan abadi untuk selamanya
dan ijinkan aku memeluk dirimu kali ini saja
tuk ucapkan selamat tinggal untuk selamanya
dan biarkan rasa ini bahagia untuk sekejab saja..

Cinta dalam hati...

Ani semoga harapan kita menjadi satu kenyataa..ingat lagikan..

Satu harapan..satu doa..
Posted by 2nd head prefect Labels:
Thursday, April 16, 2009 at 8:01 PM | 1 comments  
Pagi tadi..

"Dik roti telur satu. pesan ku pada peniaga tu.

"Ramai lagi la bang, tak boleh."jawabnya.

"Aik ramai sangat ke sampai satu pun tak boleh?" tanyaku.

"Ramai-ramai," jawabnya lagi.

Aku tengok dalam kuali dia satu roti pun tak ada. Tapi asyik cakap ramai. Aku pun cakap lagi, "dalam kuali pun satu pun tak ada."

"Ni yang baru order banyak lagi la.."jawabnya lagi dengan agak kasar.

Aku pun rasa agak panas pula. "Kalau ya pun taknak berniaga, cakaplah baik-baik hormat orang sikit,"tegurku.

"Eh apa hal abang nak marah?" boleh dia tanya aku macam tu.

"Bat dah la, jangan di layan. Makan saja kat tempat lain lah."Support member ku.

"Kau jaga baik, kalau nak berniaga lama kat sini,"sound dengan amarah.

Bodoh punya melayu. Nak berniaga tapi tak ada budi bahasa. Cuba la belajar cakap elok-elok. Barulah pelanggan tak lari. Sumpah 7 keturunan aku tak makan kat situ.

Belajar PR la beb!
Posted by 2nd head prefect
Wednesday, April 15, 2009 at 6:52 PM | 0 comments  
when the sun is growing up,
people will woke up with new purpose,
the sky become new blue colour,
thats call,
morning glory...

glory...glory..

is that can happen?
Posted by 2nd head prefect
Pagi ni baca lagi berita PPSMI. Aku dah lama ikuti perkembangan gerakan mansuh PPSMI tu. Kasihan juga dengar berita yang pergi demontrasi.

Paling aku kagum, pejuang bahasa yang paling hormati A. Samad Said juga turun membuat demonstrasi. Orang tua tu gagah lagi rupanya. Kenapa meraka beriya-iya ingin menentang ideologi PM-5 kita tu?

Aku baca juga komen Tun PM-5 kita itu. Alasan kukuh pun sudah diberi. Tapi semlam aku ada bersembang dengan seorang bekas askar.

Major Sham namanya...

"Aku penat betul pertahankan negara dulu, lawan komunis, lawan jepun. Nak pertahankan hak melayu. Tapi hari ni bangsa sendiri yang hancurkan," katanya.

Aku pun jawab, " melayu mudah lupa major.." sambil tergelak.

"Kau ni main-main pula. Cuba kau fikir, apa lagi yang ada dengan melayu?"tanya padaku.

"KTMB kan ada lagi perkataan melayu."jawabku.

"KTM tu kuda, toto dan magnum. Bukan Keretapi tanah melayu. Sebab tu melayu sekarang banyak tanam saham di sana.Haha!"gelak besar si tua tu.

Walaupun dia gelak, aku nampak dia masih berkerut. Mungkin bekas tentera lebih merasai apa itu pengorbanan melayu. Budak mentah seperti aku ini tidak dapat selam betul-betul perasaan dia. Kalau dia berkerut, apakah perasaan A.Samad Said. Menangis agaknya.

Aku terbaca luahan A. Samad said di salah satu akhbar internet, "agaknya beginilah susahnya hendak perjuangkan bahasa," petikan itu aku baca masa mereka buat demonstrasi jalanan. Mereka di hambat oleh FRU.

Apakah, bahasa melayu akan di rosakkan oleh bangsa melayu sendiri.? Satu kenyataan yang mungkin akan di telan secara pahit oleh bangsa melayu sendiri.

Masa ini ramai yang bercakap untuk pertahan bahasa melayu, tapi cuma berkata di bibir. Sama seperti aku. Tidak mampu untuk bertindak.

Bahasa melayu dulu pernah di gelar lingua franca, tapi hari ni anak muda melayu sendiri malu bertutur dalam bahasa melayu. Teringat keluhan Ani yang memandang rendah tentang lecehnya belajar akaun dalam bahasa melayu. Simpati aku atas itu.

Orang jepun maju kerana bahasanya, orang cina berjaya mencapai tamadun hebat, kerana bahasanya, islam tersebar juga kerana bahasanya. Kenapa kita tidak boleh maju dengan bahasa kita.

Seolah-olah rumah siap pahat masih berbunyi...Takkan melayu hilang di dunia cuma tinggal sejarah..
Posted by 2nd head prefect
Aku benci dengan orang yang menngacau apa yang aku nak buat. Hari ni dengan semalam aku rasa sangat tidak happy. Marah, semua ada. Aku paling benci perangai orang yang suka jaga tepi kain orang lain.

Biasanya ni perangai orang perempuan. Cerita tak habis. Aku angkat kaki, cerita pasal aku pula. Aku cuba menjaga hati semua orang. Tapi aku tak pernah fikir pun mereka menjaga hati orang lain.

Come on lah oi....manusia-manusia jongos..respect each other la!

Kenapa mereka ni. Tak ada kerja lain ke. Pergi lah jaga tepi kain sendiri. Bila di tegur tak mengaku. Marah kita balik. Bodoh punya orang.

Itu lebihnya perempuan. Kalau lelaki tak macam ni. Tak ada benda yang nak di layan. Kalau cerita pun pasal bola, pasal politik, pasal benda-benda yang bukan mengumpat. Kalau umpat pun pasal orang yang mereka tak puas hati.

Tapi perempuan...mak datuk...anjing lalu depan mata pun di umpat. Ni sebenarnya dah jadi barah pada orang perempuan melayu. Aku sudah bosan dengan ini semua.

Bosan!!!!!!
Posted by 2nd head prefect
Sunday, April 12, 2009 at 11:40 PM | 6 comments  
Aku tidak akan minta maaf.

Dulu aku msih ingat lagi ketika aku mengaji di pondok. Aku terlalu nakal. Degil. Menyakat rakan-rakan. Bermain dalam solat. Dalam kuliah lagilah jahat. Selalu ponteng. Tapi aku ada guru yang sangat sayang pada aku.

Pak Sheikh.

Aku masih ingat lagi akan nama itu. PakSheikh ni terlalu baik dengan aku. Jika aku buat salah aku hanya perlu minta maaf padanya dan selepas itu dia akan memaafkan aku. Sungguh baik hati orang tua ini.

Pernah aku memecahkan cermin rumah jiran. Mengamuk tuan rumah itu. Tetapi Pak Sheikh akan sentiasa melindungi aku. Dia selalu menjadi pelindung aku dan pembantu aku bila dalam kesusahan. Setiap kali aku bersalah, aku minta maaf. Sehinggakan aku sendiri tidak taku untuk membuat salah.

Sampailah pada satu hari..

Aku mencuri masuk ke bilik bacaannya kerana nakalnya ingin melihat kitab-kitab di situ. Aku nyalakan pelita supaya terang bilik itu.

Aku pun membaca sambil bermain di dalam bilik yang mempunyai banyaknya buku. Tanpa aku sedari aku tersepak pelita yang satu itu.

Api sudah mula menjalar kerana minyak tanah itu laju meluncur di atas kertas-kertas di situ. aku menjadi kaget. Air muka ku pucat. Tidak tahu apa yang sepatutnya aku lakukan. Aku cuba mengibas-ngibas kain serban ku ke api itu. Tapi api terus menyalak..

Keputusan yang terlintas di kepala aku hanya lari. Aku pun lari. Lari dan terus saja lari. Aku takut. Apakah Pak Sheikh akan memaafkan aku lagi.

Setelah penat berlari. Aku berhenti. Degupan jantung tetap menjadi semakin kencang. Aku rasa sangat bersalah. Perlukah aku patah balik ke pondok?

Perlukah aku?

Aku tidak tahu mengapa aku berlari pulang ke pondok. Mungkin hanya kerana ingin meminta maaf pada Pak Sheikh dan sanggup menanggung apa saja hukuman.

Sampai saja di pondok. Aku lihat pondok sudah rentung. Semua menangis. Aku hairan. Aku lihat ramai yang berkerumun di tepi. Aku pergi melihat.Apa yang aku nampak sungguh mengejutkan.

Pak Sheikh!Terbujur kaku!

Rakan ku berkata, Pak Sheikh mati kerana sesak nafas kerana terlalu banyak menghidup asap. Pak Sheikh mencari aku setelah tahu aku berada di dalam bilik bacaan ketika kebakaran berlaku.

Aku tidak sempat ingin memohon maaf pada Pak Sheikh...

Sejak dari peristiwa itu, aku tidak mengangis. Aku tidak meminta maaf kepada orang. Sebab aku tidak akan membuat keasalahan..
Posted by 2nd head prefect
Jangan Tegur..

Malam minggu yang lepas..aku upin, nono ,dres dan juga zura pergi menonoton filem jangan tegur. Mulanya aku agak excited unutk pergi menonoton. Sebabnya aku menharapkan aku akan takut sehingga terjerit-jerit.

Tapi..tidak seperti ku sangkakan...

Cerita ini masi berkisar sikap orang melayu yang busuk hati dan tamakkan harta sehingga sanggup menganiya sanak saudaranya sendiri sehingga sanggup menggunakan ilmu hitam bagi mencapai impian laknatnya.

Pengajaran dari cerita itu bagu aku, kesedaran yang perlu ada di kalangan orang melayu supaya melupakan sikap bodohnya yang terlalu suka menggunakan ilmu kurafat itu. Seronok melihat penderitaan orang..tapi tak sanggup menerima kembali balasan.

Kan bodoh namanya tu...oi bangsaku buanglah tabiat buruk itu..

Aku selalu saja dengar cerita dan melihat sendiri orang yang tersiksa dengan buatan orang. Aku rasa marah dengan orang yang buat kerja syaitan tu.

Langsung tak ada keprimanusiaan. Sampai orang yang dianiaya itu mati pun ada! Nauzubillahiminzalik!

Aku teringat kata abah, " adik kalau taknak kene kacau syaitan, kena selalu minum air yasin".

Dunia semakin maju. Ilmu semakin banyak terbongkar. Sebagai bangsa yang pernah mendapat gelaran lingua franca, sepatutnya kita sudah tidak mengamalkan amalan datuk nenek moyang kita yang tidak betul.

Kata abah,"belajar takpe, tapi jangan amalkan."

Sungguh pun kata Nabi ada ilmu tanpa amal adalah orang yang rugi, tak mengapalah kerana kita rugi untuk mencari point ke neraka jahanam.
Posted by 2nd head prefect
Friday, April 10, 2009 at 1:33 AM | 7 comments  
Bila petang saja , hujan pun turun renyai..kadang-kadang lebat..kadang-kadang tidak. Selalu aku balik basah kuyup..di timpa hujan.

Tapi , hujan tu rahmat dari tuhan.

Jadi aku selalu dilimpahi rahmat tuhanlah. Semoga itu satu doa. Esok hari sabtu. Cuti mingguan aku. Apa agaknya rancangan. Tapi aku mungkin hanya memenuhi masa lapang aku di Gym. Aku terfikri balik, dahulu aku pergi gym sebab aku kesunyian. Lama juga aku di Gym, sampai badan aku dari gemuk sampai dah boleh masuk contest.

Tapi sekarang, aku telah kembali semula ke gym..

Kesunyian ke aku ni. Rasanya aku sudah berteman. Tapi kenapa aku masih rasa kesunyian.

Ada seorang yang selalu aku lupa tetapi hari ini aku terlalu memikirkan tentang dia..

Abah..

Lama juga aku tidak jumpa dia. Macam mana agaknya dia sekarang. Dulu aku selalu teman dia ke kebun. Setahun di Melaka membuatkan aku rapat dengan dia. Aku bangga dengan abah. Semua orang jadikan bapanya idola. Tapi aku mengangkat abah sebagai idola bukan sebab dia seorang yang abah. Tapi sebab dia seorang yang mempunyai simbol yang aku cari.

Sehingga kini aku tak mampu menandingi abah, dari segi kekuatan fizikal, bijaksana, kesabaran..semua aku masih di tahap yang jauh dengan dia.

Aku tidak pernah melihat abah menitiskan airmata. Itu yang paling aku respect. Walau susah mana pun aku lihat dia, tidak akan pernah aku lihat dia menangis. Yang paling aku bangga,

Abah adalah,

cikgu solat aku
guru yang mengajar aku mengaji
cikgu agama
ajar aku cara berkebun
orang yang sentiasa lebih kuat dari aku
sentiasa menjadi orang atasan di tempat kerja
sangat tabah,
suka mengembirakan anaknya..

banyak lagi kalau aku nak tulis..tapi orang lain mesti cemburu dengan aku, sebab jarang ada bapa yang mengajar anaknya sujud dengan betul pada Allah, mengenal huruf-huruf dalam Al-quran dengan betul.

Tapi itu adalah salah satu kebanggaan aku pada Abah.

Tahun ini abah sudah berumur 67 tahun. Nabi s.a.w wafat umur 63 tahun. Tapi abah masih lagi mampu membunuh ular dan memetik kelapa sawit sedang rakan seusianya ramai yang telah telantar di katil atau pun sudah meninggal dunia.

Abah..aku mahu jadi sehebat kamu. Walaupun aku seorang lelaki, jangankan nama abah, nama aku juga aku masih tak dapat harumkan...

Ya..Tuhan...
Posted by 2nd head prefect
Wednesday, April 8, 2009 at 5:13 PM | 3 comments  
Yesterday, all my troubles seemed so far away.
Now it looks as though they’re here to stay.
Oh, I believe in yesterday.
Suddenly, I’m not half the man i used to be,
There’s a shadow hanging over me,
Oh, yesterday came suddenly.
Why she had to goI don’t know she wouldn’t say.
I said something wrong,
Now I long for yesterday.
Yesterday, love was such an easy game to play.
Now I need a place to hide away.
Oh, I believe in yesterday.
Why she had to goI don’t know she wouldn’t say.
I said something wrong,
Now I long for yesterday.
Yesterday, love was such an easy game to play.
Now I need a place to hide away.
Oh, I believe in yesterday.
Just for who I called Ani...
Posted by 2nd head prefect Labels:
Tuesday, April 7, 2009 at 5:57 PM | 6 comments  
Hari ini hari kemenangan si penderhaka, tapi jangan di lupa derhaka untuk apa. Perlawanan semalam berkesudahan 2-1. Hadiah buat our prime minister.

Aku benci dengar orang menjerit, melalak, melolong..derhaka! derhaka! derhaka.!

Nah, sekarang siapa yang derhaka. Aku orang Melaka. Aku keturunan Datuk Panglima Hang Tuah. Aku tahu mengapa Jebat jadi derhaka. Jebat Derhaka!

Jebat derhaka kerana membela Tuah.

Ingat lagi kata Jebat,"Bergerak aku kerana rakyat, kuat aku kerana rakyat, raja adil raja disembah, raja zalim raja di sanggah."

Hari ni Sultan tahu daulatnya datang dari mana, kalau bukan dari doa rakyat. Hari ini rakyat juga terus berdoa agar yang adil menjadi nyata.

Takbir! Allahuakbar!
Posted by 2nd head prefect
Kata orang mimpi tu mainan tidur. Tapi ade juga yang kata mimpi itu benar. Roh kita yang berjalan. Mimpi juga macam penunjuk juga. Sebab tu ade orang jual buku rahsia mimpi. Gerhana Ska Cinta pun buat lagu pasal mimpi.

Tapi, yang tak syoknya semalam aku mimpi kena langgar lori. Apa makanya mimpi aku tu. Kata orang kalau kita mimpi, peristiwa itu akan jadi sebaliknya.

Dulu aku pernah tanya angah, "mimpi tu betul ke?

"Mimpi tu kadang-kadang saja betul. Tapi kadang-kadang mengarut saja."jawab angah.

Macam mana pula dengan mimpi akil balih(mimpi basah). Dulu orang tua-tua kata kalu kita mimpi macam tu, ada awek dalam mimpi tu, awek dalam mimpi tu akan jadi wife kita.

Entah sahih atau tidak, itu yang kita tak tahu. Tapi kadang-kadang apa yang kita mimpi tu sebenarnya perkara terakhir kita fikri sebelum tidur.

Tapi aku selalu rasa tak best je bila tengah mimpi best-best tiba-tiba dah kena bangun..

tapi kalau kena bangun pastu mandi wajib, lagi hampeh.
Posted by 2nd head prefect
Sunday, April 5, 2009 at 7:45 PM | 4 comments  
Semalam aku pergi jalan-jalan memenuhi cuti di hari ahad. Dengan semangat nak ajak Nono teman aku pergi tengok fast and furiost 4. Tapi agak tensen juga semua sold out sampai ke malam.

Atas sugestion Acik aku pun dengan tak redha tengok talentine..

Tersentuh juga jiwa aku yang keras tengok cerita tu. Aku tengok insan yang kat sebelah aku tu dah meleleh dah. Tanpa di minta tangan aku lap airmata dia.

Aku paling tersentuh bila part ibu dan anak dia. Aku terfikri adakah aku mampu menjadi anak sebaik dia. Aku sendiri ingin mendapat anak sebaik itu. Baru aku sedar apa perasaan seorang ibu ketika lahirnya anaknya.

"Siapa nama girlfriend Hafiz?" tanya ibu kepada anaknya.

"Cik Embun," jawab anaknya selamaba.

"Hahaha..itu macam nama mak aje.." gelak seorang ibu.

" Memang mak pun." tambah anaknya lagi.

Tanpa aku sedari airmata aku mengalir. Nono kata dai perasan airmata aku menitis. Tapi saja dia biarkan.

Ceh, memalukan...tapi apa nak malu..manusia kena berjiwa lembut. Kalau hati keras kita akan jadi kejam, kasar, ganas. Tapi kalau hati lembut kita akan jadi penyabar, penyayang, baik..semua yang positif.

Ya Latif..Ya Latif..
Posted by 2nd head prefect
Thursday, April 2, 2009 at 5:14 PM | 1 comments  
Pagi ini langit sangat cerah..tapi tahu lah kalau langit kat tempat aku saja yang cerah. Negara aku akan menyambut Perdana Menteri baru..

Apa pun pandangan orang, pendapat orang, mahupun pendapat aku sendiri..aku tetap mengucap tahniah pada dia. Jujur sekali aku katakan aku memang tak suka dia. Tapi aku doakan tuhan dapat memberi dia petunjuk supaya menjadi pemimpin yang baik.

"Upin, aku gugupla nak pergi angkat sumpah pagi ni,"kataku pada member aku yang boroi.

"Eh? Apa hal pula kau nak angkat sumpah pepagi ni...?"bengong dia dibuatnya.

"Angkat sumapah jawatan, sumpah simpan rahsia..."jawabku.

"Kau jangan aku tengok kat tv kejap lagi kau tengah baring depan kereta Najib. Kalau nak baring pun depan kereta kancil tu boleh lah.."sindir si Upin.

"Kepala otak kau."jawabku.

Aku teringat bila media tanya kepada Tun Mahathir..

"Adakah Tun akan sertai UMNO kembali?"tanya wartawan.

"Uuuuummm.....Noooo..Nanti saya Pppp..Kkkk..Rrr dulu ye," jawab Tun.
Posted by 2nd head prefect
Wednesday, April 1, 2009 at 6:35 PM | 2 comments  
Semalam yang hangat untuk tekak...

Karoke adalah proses pemecahan anak tekak. Aku dan budak rumah aku pergi lagi ke Alamanda. Tapi yang specialnye Nono datang sekali.

Cuma kesian tengok dia kene balik lewat. Aku agak segan pula karaoke semalam. Semua aku nyanyi tak dapat buat betul-betul. Tapi suara Nono merdu sangat. Aku sempat berduet dengannya sebauah lagu.

"Nono ok ke balik lambat ni?" tanyaku.

"Ok je. Tadi dah cakap dengan kakak,"senyum Nono pada aku.
Posted by 2nd head prefect
Visit the Site
MARVEL and SPIDER-MAN: TM & 2007 Marvel Characters, Inc. Motion Picture © 2007 Columbia Pictures Industries, Inc. All Rights Reserved. 2007 Sony Pictures Digital Inc. All rights reserved. blogger template by blog forum.