Tuesday, April 21, 2009 at 6:58 PM |  
Dulu aku pelik kenapa ibu dan abah menitiskan airmata apabila along berkahwin. Ketika itu aku masih kecil lagi.

Kasih sayang merupakan kuasa yang paling hebat dalam dunia. Hanya kasih sayang saja dapat mengubah diri seseorang. Seperti kasih sayang pasangan kekasih, cukup hebat. Sehingga orang tua-tua memberi bidalan, cinta itu buta. Sebab buta, lautan api pun sanggup di redah. Walaupun hubungan mereka tidak direstui oleh keluarga, tetapi kuasa kasih sayang itu mampu menjadikan impian mereka tercapai.

Aku dan ani. Aku teringat ani sentiasa perlu sembunyi-sembunyi telefon aku. Sehingga Ani menetapkan aku tidak boleh untuk telefon dia. Disebabkan kasih sayang kami berhubung secara senyap-senyap. Aku simpati kerana dia selalu terpakse berbohong ikhlas untuk itu.

"Bat, Ani teringin sanagt kalau sanding nanti, Ani dah pregnent 5 bulan," impian Ani.

"Aik, nape macam tu plak? Taulah Bat suka tengok perempuan pregnent."jawabku pada Ani.

"Ani suka macam tu. Nanti, mesti cute Ani bersanding pakai gaun putih masa bersanding.Ish..teringinnya macam tu Bat,"masih teringat aku senyuman Ani ketika itu.

"Ok, tapi lambatlah kita besanding jawabnya," kataku.

"Apalah Bat ni, kita bersanding dua kalilah,"kata Ani.

"Bat, boleh ek.Teringin sangat,"pujuk Budak Kecik ni.

Budak Kecik ni mesti cute time tu fikirku. Hebatkan kuasa kasih sayang. Boleh buat orang jadi sabar, tanam impian yang kreatif.

Sebab tu aku membantah orang kata sambutan hari valentine itu haram. Kisah valentine itu cerita tentang kasih sayang seorang bapa pada anak perempuannya. Bukannya kita tak pernah dengar cerita tentang itu.

Bagi seorang bapa, anak perempuannya adalah permata hatinya. Apa saja sanggup dilakukan untuk membuktikan kasih sayang terhadap anaknya. Kasih sayang seorang bapa pada anak perempuannya adalah kasih sayang yang paling hebat. Kuasa kasih sayang seorang bapa sehingga boleh menentukan masa depan anak perempuannya. Dia juga boleh tahu apa yang berlaku pada anaknya.

Cumanya, sesetengah orang tidak menghayatinya dengan betul kemanisan itu. Kadang-kadang ada yang gunakan anak perempuannya demi kepentingan dirinya.

Doa seorang bapa pada anaknya sangat bernilai. Pasti makbul. Kerana nilai doa itu adalah nilai kasih sayang yang sangat tinggi. Seorang anak yang terlantar di rumah sakit, bertarung dengan nyawa akan selamat dengan doa seorang bapanya. Jika boleh dipindah sakit anaknya itu padanya juga dia sanggup. Itulah kuasa tuhan.

Percayalah. Aku selalu pesan pada Ani. Tuhan itu maha pengasih lagi maha penyayang. Takkan tuhan itu zalim sehingga tidak memakbulkan doa hambanya yang penyang.

Berdoalah dengan penuh kasih sayang. Insyaallah...
Posted by 2nd head prefect Labels:

3 comments:

BGT6562 said...

Nice articles bro
Terharu..
Macam bahagie jer kan korang bercinta
Chek nak join samo lah mase korang sanding leh? Chek nak tabur bunga ross naa..?
wedding theme Garden in summer
Peegrh! cam best jeeerr! nak join! nak join!

April 22, 2009 at 2:53 AM  
Anonymous said...

InsyaALLAH...

April 22, 2009 at 2:57 AM  
2nd head prefect said...

hopefuly..

April 24, 2009 at 2:10 AM  
Visit the Site
MARVEL and SPIDER-MAN: TM & 2007 Marvel Characters, Inc. Motion Picture © 2007 Columbia Pictures Industries, Inc. All Rights Reserved. 2007 Sony Pictures Digital Inc. All rights reserved. blogger template by blog forum.