Sunday, April 12, 2009 at 11:40 PM |  
Aku tidak akan minta maaf.

Dulu aku msih ingat lagi ketika aku mengaji di pondok. Aku terlalu nakal. Degil. Menyakat rakan-rakan. Bermain dalam solat. Dalam kuliah lagilah jahat. Selalu ponteng. Tapi aku ada guru yang sangat sayang pada aku.

Pak Sheikh.

Aku masih ingat lagi akan nama itu. PakSheikh ni terlalu baik dengan aku. Jika aku buat salah aku hanya perlu minta maaf padanya dan selepas itu dia akan memaafkan aku. Sungguh baik hati orang tua ini.

Pernah aku memecahkan cermin rumah jiran. Mengamuk tuan rumah itu. Tetapi Pak Sheikh akan sentiasa melindungi aku. Dia selalu menjadi pelindung aku dan pembantu aku bila dalam kesusahan. Setiap kali aku bersalah, aku minta maaf. Sehinggakan aku sendiri tidak taku untuk membuat salah.

Sampailah pada satu hari..

Aku mencuri masuk ke bilik bacaannya kerana nakalnya ingin melihat kitab-kitab di situ. Aku nyalakan pelita supaya terang bilik itu.

Aku pun membaca sambil bermain di dalam bilik yang mempunyai banyaknya buku. Tanpa aku sedari aku tersepak pelita yang satu itu.

Api sudah mula menjalar kerana minyak tanah itu laju meluncur di atas kertas-kertas di situ. aku menjadi kaget. Air muka ku pucat. Tidak tahu apa yang sepatutnya aku lakukan. Aku cuba mengibas-ngibas kain serban ku ke api itu. Tapi api terus menyalak..

Keputusan yang terlintas di kepala aku hanya lari. Aku pun lari. Lari dan terus saja lari. Aku takut. Apakah Pak Sheikh akan memaafkan aku lagi.

Setelah penat berlari. Aku berhenti. Degupan jantung tetap menjadi semakin kencang. Aku rasa sangat bersalah. Perlukah aku patah balik ke pondok?

Perlukah aku?

Aku tidak tahu mengapa aku berlari pulang ke pondok. Mungkin hanya kerana ingin meminta maaf pada Pak Sheikh dan sanggup menanggung apa saja hukuman.

Sampai saja di pondok. Aku lihat pondok sudah rentung. Semua menangis. Aku hairan. Aku lihat ramai yang berkerumun di tepi. Aku pergi melihat.Apa yang aku nampak sungguh mengejutkan.

Pak Sheikh!Terbujur kaku!

Rakan ku berkata, Pak Sheikh mati kerana sesak nafas kerana terlalu banyak menghidup asap. Pak Sheikh mencari aku setelah tahu aku berada di dalam bilik bacaan ketika kebakaran berlaku.

Aku tidak sempat ingin memohon maaf pada Pak Sheikh...

Sejak dari peristiwa itu, aku tidak mengangis. Aku tidak meminta maaf kepada orang. Sebab aku tidak akan membuat keasalahan..
Posted by 2nd head prefect

6 comments:

Umie said...

Ish! tak rase b'salah ke??

April 13, 2009 at 12:49 AM  
2nd head prefect said...

of coz la rase bersalah..tp kire insaf yang sangat mendalam

April 13, 2009 at 12:54 AM  
Umie said...

klu mie menggelabar seehh.. dose membunuh tuu..

April 13, 2009 at 1:03 AM  
2nd head prefect said...

membunuh?taklah..

April 13, 2009 at 1:07 AM  
Anonymous said...

wei aku rasa aku tahu cerita ni, tahu sangat. just tak sangka ko ingat benda ni, sebab aku pun ingat benda yang sama, simpan dalam hati beb. Tak apalah, nanti kirim salam kat pak sheikh tu, eh lupa plak dia dah mati.

April 14, 2009 at 10:07 AM  
2nd head prefect said...

la..ko ni..

April 14, 2009 at 5:32 PM  
Visit the Site
MARVEL and SPIDER-MAN: TM & 2007 Marvel Characters, Inc. Motion Picture © 2007 Columbia Pictures Industries, Inc. All Rights Reserved. 2007 Sony Pictures Digital Inc. All rights reserved. blogger template by blog forum.