Friday, June 26, 2009
at
10:08 AM
|
Asyik ade aje yang menghalang aku untuk bertemu dengan Ani. Sepatutnye aku jumpe ani semalam. Tapi nak buat macam mane, aku pulak yng ade masalah.
Hubungan aku dengan ani seolah-olah semakin jauh jaraknye. Keluarganya juga tahu tentang itu. Aku pasti mereka aka membenci aku.
Aku masih sayang dan cintakan die. Biarlah kate orang. Kalau sebelum ni aku boleh dibenci oleh mereka kenapa sekarang aku kene mengeluh.
Entah bila baru dapat jumpa ani. Katanya bulan puasa nanti. Banyak bende yang akan belaku...
Percayala..
Posted by
2nd head prefect
Labels:
ani
Monday, June 15, 2009
at
9:43 PM
|
aku dapat mesej..
tak mengapalah, abang faham zul tersinggung dengan kami sekeluarga..
mesej ni aku tahu salah seorang keluarga ani yang hantar. Mungkin sebab aku tak pergi majlis kenduri kahwin kakak ani.
Maaf di sini ada salah faham. Tak pernah aku tersinggung dengan keluarga Ani. Ada salah faham yang berlaku. Mungkin Ani dapat terangkan.
Posted by
2nd head prefect
Labels:
ani
Thursday, June 11, 2009
at
4:55 PM
|
Semalam akhirnya aku beritau juga pada Ani tentang kehadiran Nono. Selama Ani tidak mengambil berat tentang aku, Nono selalu menemani aku. Memang aku sayang pada Ani. Tetapi aku terpaksa juga hancurkan perasaan dia. Aku dah agak perkara ini akan berlaku suatu hari nanti.
Pada aku aku memilih waktu yang paling sesuai. Kisah ini sama dengan kisah waktu aku dan Tasya. cuma ketika itu Tasya tidak dapat terima kenyataan. Ani lain, die restu. Aku tau sebabnya, mungkin kerana masalahnya.
Aku tinggalkan dia kerana aku mencari masa depanku. Bila aku dan Ani, aku tidak nampak masa depan itu. Tetapi dengan Nono kami sudah berjanji aku akanberkahwin dua tahun dari sekarang.
Cukuplah untuk aku buat persediaan untuk ke alam tu. Aku masih ada cita-cita ingin aku lakukan. Setakat ini perancangan aku sudah mula selangkah. Masih ada lagi dua perancangan aku untuk tahun ini masih belum berjaya.
Cerita tentang Ani aku tutup bukunya hingga ke posting ini. Aku harus memandang ke hadapan. Dia memang manusia hebat. Aku percaya dia akan berjaya dalam bidang yang dia ceburi.
Kini aku aku terus berjalan...
Posted by
2nd head prefect
Labels:
ani
Wednesday, June 10, 2009
at
4:44 PM
|
Hari ini ani akan berangkat Brunei. Semenjak dia balik dari alfred kami langsung tak jumpe. Aku agak sedih tentang itu. Semalam aku berbual panjang dengan die melalui telefon . Dia terkejut yang aku tahu akan rahsianye yang membuatkan kami tidak boleh kahwin.
Ani tidak boleh pragnent. Pada aku, peduli itu semua. Andaikata aku berkahwin dengan dia dan kami tak dikurniakan cahaya mata, itu takdir. Semua itu kuasa tuhan. Dia berjaya dalam operationnye juga pun kuasa tuhan. Kisah aku dengan dia terlalu berat.
Walaupun hubungan aku dan dia tidak tahu diman penghujungnya, pada aku ini adalah cinta yang aku kan kenang. Cinta sejati. Sungguhpun aku akan berkahwin dengan orang lain, tetapi jauh di sudut hati aku, akan tetap mengingati dia. Aku minta maaf pada bakal isteriku.
Ani, harikau pergi,aku tak tau bile kite akan jumper lagi. Tapi aku percaye satu mase nanti kite akan jumper juga.
Posted by
2nd head prefect
Labels:
ani
Wednesday, May 6, 2009
at
6:02 PM
|
Aku teringin nak tengok macamana keadaan Ani. Cerita Ani ni tidak habis malah tergantung dek kerana watak utamanya masih di dalam koma. Aku tidak tahu berapa lama lagi dia akan sedar. Kalau Ani ada mesti lain. Rakannya sering bertanya tentang Ani kepada ku.
"Bat, Ani macam mana? Ada dengar apa-apa cerita pasal dia?" tanya si ila.
Aku tak mampu menjawab soalan tu."Entah," pendek saja jawapannya.
Sambil miinum nescafe, duduk melayari expert eleven ni sambil dengar lagu The times
gadisku dalam koma, seriuskah keadaannya, gadisku dalam koma, seriuskah situasinya, dengarlah lagu ini bila sedar,
betapa pilu, tangisku, ku berikrar takkan ingkar, mogakan sembuh segera, maafkanlah, diri ini jika pernah, salah dan silap dengan mu,
ku berdoa ke atasmu, moga kau pulih semula.
Posted by
2nd head prefect
Labels:
ani
Thursday, April 23, 2009
at
8:05 PM
|
Suatu hari seorang pemuda berdoa," ya Allah, berilah aku sekuntum bunga mawar dan juga rama-rama.
Tidak lama selepas itu, di lihat di hadapan rumahnya tumbuh pohon kaktus dan juga ulat di atas kaktus itu.
Lelaki itu pun sedih kerana tuhan tidak memakbulkan doanya.Kata pemuda itu," pemberian Tuhan mungkin ini yang terbaik untuk ku."
Pemuda itu juga berfikri, mungkin terlalu banyak doa umat yang di pohon sehingga tuhan memberi sahaja apa yang patut padanya. Pemuda itupun tidak mempersoalkannya.
Sehingga suatu hari di merasakan Tuhan sudah lupa akan doanya. Dia pun berfikir kembali tentang doanya itu. Dia merasa sangat terperanjat apabila dilihat pokok kaktus hodoh yang berduri tumbuh sekutum bunga mawar yang cantik.
Ulat yang tersekindung telah bertukar menjadi rama-rama yang cantik.
Allah sentiasa melakukan perkara dengan betul. Cara Allah sentiasa yang terbaik. Walaupun kelihatan semuanya salah. Pastinya Allah akan mengurniakan pada masa yang sesuai.
Apa yang kita pinta, tidak semestinya apa yang diperlukan. Allah tidak akan gagal memenuhi permintaan. Terus berdoa dan jangan mengeluh!
Sesungguhnya duri yang diberi hari ini , sebenarnya adalah bunga diesok hari.
Allah sentiasa mengurniakan yang terbaik kepada mereka yang menyerahkan ketentuan kepada-Nya.
Jangahlah kita putus asa.Terus berdoa..
Semoga Ani kembali sihat seperti sediakala...
Posted by
2nd head prefect
Labels:
ani
Tuesday, April 21, 2009
at
6:58 PM
|
Dulu aku pelik kenapa ibu dan abah menitiskan airmata apabila along berkahwin. Ketika itu aku masih kecil lagi.
Kasih sayang merupakan kuasa yang paling hebat dalam dunia. Hanya kasih sayang saja dapat mengubah diri seseorang. Seperti kasih sayang pasangan kekasih, cukup hebat. Sehingga orang tua-tua memberi bidalan, cinta itu buta. Sebab buta, lautan api pun sanggup di redah. Walaupun hubungan mereka tidak direstui oleh keluarga, tetapi kuasa kasih sayang itu mampu menjadikan impian mereka tercapai.
Aku dan ani. Aku teringat ani sentiasa perlu sembunyi-sembunyi telefon aku. Sehingga Ani menetapkan aku tidak boleh untuk telefon dia. Disebabkan kasih sayang kami berhubung secara senyap-senyap. Aku simpati kerana dia selalu terpakse berbohong ikhlas untuk itu.
"Bat, Ani teringin sanagt kalau sanding nanti, Ani dah pregnent 5 bulan," impian Ani.
"Aik, nape macam tu plak? Taulah Bat suka tengok perempuan pregnent."jawabku pada Ani.
"Ani suka macam tu. Nanti, mesti cute Ani bersanding pakai gaun putih masa bersanding.Ish..teringinnya macam tu Bat,"masih teringat aku senyuman Ani ketika itu.
"Ok, tapi lambatlah kita besanding jawabnya," kataku.
"Apalah Bat ni, kita bersanding dua kalilah,"kata Ani.
"Bat, boleh ek.Teringin sangat,"pujuk Budak Kecik ni.
Budak Kecik ni mesti cute time tu fikirku. Hebatkan kuasa kasih sayang. Boleh buat orang jadi sabar, tanam impian yang kreatif.
Sebab tu aku membantah orang kata sambutan hari valentine itu haram. Kisah valentine itu cerita tentang kasih sayang seorang bapa pada anak perempuannya. Bukannya kita tak pernah dengar cerita tentang itu.
Bagi seorang bapa, anak perempuannya adalah permata hatinya. Apa saja sanggup dilakukan untuk membuktikan kasih sayang terhadap anaknya. Kasih sayang seorang bapa pada anak perempuannya adalah kasih sayang yang paling hebat. Kuasa kasih sayang seorang bapa sehingga boleh menentukan masa depan anak perempuannya. Dia juga boleh tahu apa yang berlaku pada anaknya.
Cumanya, sesetengah orang tidak menghayatinya dengan betul kemanisan itu. Kadang-kadang ada yang gunakan anak perempuannya demi kepentingan dirinya.
Doa seorang bapa pada anaknya sangat bernilai. Pasti makbul. Kerana nilai doa itu adalah nilai kasih sayang yang sangat tinggi. Seorang anak yang terlantar di rumah sakit, bertarung dengan nyawa akan selamat dengan doa seorang bapanya. Jika boleh dipindah sakit anaknya itu padanya juga dia sanggup. Itulah kuasa tuhan.
Percayalah. Aku selalu pesan pada Ani. Tuhan itu maha pengasih lagi maha penyayang. Takkan tuhan itu zalim sehingga tidak memakbulkan doa hambanya yang penyang.
Berdoalah dengan penuh kasih sayang. Insyaallah...
Posted by
2nd head prefect
Labels:
ani
Sunday, April 19, 2009
at
10:03 PM
|
Sambil mengacau air nescafe di dalam cawan. Aku termenung. Lama juga aku termenung. Dalam dua saat agaknya.
Saja cawan nescafeku di atas meja, tiba-tiba..
"Bat kau tau pasal Ani tak?" sergah Tijah di mejaku.
"Ui, teperanjat aku dengan kaulah. Apa cerita kau tahu?" tanyaku.
" Takpelah, nanti aku cakap kat kau,"jawabnya.
"Aku rasa aku tau apa kau nak cakap pada aku," kataku pada Tijah.
Aku termenung. Sambil membuka PC ku untuk mendengar lagu. Aku teringat perkara yang berlaku pada huujng minggu lepas.
Aku renung balik apa yang berlaku. Semua bukan aku mahu. Tapi, takdir. Ketentuan. Agak memeranjatkan juga bila aku buka blog aku hari ni.
Lawak pagi tadi, aku terpunch punch kad orang lain. Nama dia siti rohani bte ismail. Aduh..macam mana boleh terambil ni..
Teguk secawan nescafe...
Posted by
2nd head prefect
Labels:
ani
Friday, April 17, 2009
at
8:34 PM
|
Semalam Ani call aku lagi. Aku melayan seolah-olah seperti tadak mahu melayannya. Bukan aku mahu untuk begitu. Tetapi aku tidak mahu dia tahu yang aku masih dan sentiasa menyayangi dia.
"Bat, Ani nak minta maaf."kata Ani.
"Maaf pasal apa?" tanyaku.
"Pasal apa yang Ani pernah buat dengan Bat dan Tasya,"jawabnya.
"Oh, pasal tu. Sudahlah perkara dah lama berlalukan. Semuanya punca pada Bat juga,"terangku pada Ani.
"Tujuan Ani call hari ni, hanya untuk minta maaf pada Bat,"sayu saja suaranya.
"You are so special for me,"dengan nada yang agak tidak jelas dari Ani.
Tak lama kami berbual. Hanya untuk seketika. Ani memberitahu ku dia akan pulangkan tag aku secepat mungkin kerana dia akan bertolak ke Brunei pada 21 April ini.
"Sempat ke Ani?" tanyaku.
"Ani masih ada dua hari. Kalau Ani tak sempat, Ani letak kat meja Bat ye,"jawab Ani.
"Ani memang taknak jumpa Bat kan,"kataku dengan agak keras pada Ani.
Ani, cinta kita hanya cinta dalam hati. Hati kita sangat kuat bercinta. Tetapi ianya tidak mampu di bawa ke alam realiti. Bat tak tahu mengapa ianya berlaku. Kenapa takdir temukan kita.
Aku tahu pertemuan aku dan Ani pasti ada hikmahnya. Kelakar juga mengingat tentang bohong ikhlas. Sepanjang aku bersama dia aku hanya pernah keluar sekali. Pada aku saat tu sangat bahagia. Aku suka dengan sifat manjanya.
Aku faham akan tindakan keluarganya yang menghalang aku untuk berkongsi perasaan bersama Ani. Mungkin meraka menganggap aku akn mencuri Ani dari meraka.
Tidak..aku bukan mencuri Ani. Cuma aku menumpang di pohon yang rimbun saja. Aku hanya mahu berkongsi Ani dengan mereka.
Ani seorang yang sangat baik. Pasti babanya, ibunya, abangnya dang seluruh keluarganya baik. Sayang aku tidak dapat bersama mereka.
mungkin ini memang jalan takdirku mengagumi tanpa di cintai tak mengapa bagiku asal kau pun bahagia dengan hidupmu, dengan hidupmu
telah lama kupendam perasaan itu menunggu hatimu menyambut diri kutak mengapa bagiku cintaimu pun adalah bahagia untukku, bahagia untukku
ingin kau tahu diriku di sini menanti dirimu meski ku tunggu hingga ujung waktuku dan berharap rasa ini kan abadi untuk selamanya dan ijinkan aku memeluk dirimu kali ini saja tuk ucapkan selamat tinggal untuk selamanya dan biarkan rasa ini bahagia untuk sekejab saja..
Cinta dalam hati...
Ani semoga harapan kita menjadi satu kenyataa..ingat lagikan..
Satu harapan..satu doa..
Posted by
2nd head prefect
Labels:
ani
Wednesday, April 8, 2009
at
5:13 PM
|
Yesterday, all my troubles seemed so far away. Now it looks as though they’re here to stay. Oh, I believe in yesterday. Suddenly, I’m not half the man i used to be, There’s a shadow hanging over me, Oh, yesterday came suddenly. Why she had to goI don’t know she wouldn’t say. I said something wrong, Now I long for yesterday. Yesterday, love was such an easy game to play. Now I need a place to hide away. Oh, I believe in yesterday. Why she had to goI don’t know she wouldn’t say. I said something wrong, Now I long for yesterday. Yesterday, love was such an easy game to play. Now I need a place to hide away. Oh, I believe in yesterday. Just for who I called Ani...
Posted by
2nd head prefect
Labels:
ani
Tuesday, February 3, 2009
at
4:00 AM
|
Semalam Ani tanya aku...
"Ada tak orang yang sama muka macam ani?"
"Mana ada orang yang sama muka macam Ani..wajah ayu orang jawa." Jawabku selamaba.
Lama lagi baru aku dapat jumpa Ani. Rindu pula dengan suasana pejabat. Macamanalah mereka buat buku bajet sekarang ni.
AG, banyak benda yang aku terkenang..
Posted by
2nd head prefect
Labels:
ani
Thursday, January 29, 2009
at
4:15 PM
|
Kebanyakan orang menanti atau mengaharap untuk di beri peluang kedua. Hanya orang bertuah saja ang akan dapat peluang kedua.
Apabila kita berjaya peroleh peluang kedua, kita pasti akan buat bersungguh-sungguh. Kesilapan lalu pasti di jadikan teladan.
" Bat, kalau kau di beri peluang untuk ke zaman sekolah kembali, apa yang kau akan buat? tanya Fabb.
"Mestilah belajar rajin-rajin." Jawab ku tanpa fikir.
Aku peroleh peluang kedua semalam. Peluang apa biarlah aku saja yang tahu. Tapi aku yakin yang peluang kali ni tidak akan aku persiakan.
Peluang hanya datang sekali. Tetapi jika dia datang buat kali kedua, bermakna peluang itu kurnia tuhan.
Posted by
2nd head prefect
Labels:
ani
Saturday, January 24, 2009
at
5:48 PM
|
Aku bebas?
Akhirnya Tasya telah memilih untuk tidak bersama aku. Sama seperti Ani. Tasya tidak daoat terima aku kerana segala kepercayaan aku tidak ada lagi padanya.
Agak marah juga aku pada Ani, kerana dia menelefon Tasya, tujuan untuk membahagiakan aku.
Telah aku katakan pada Ani itu semua tidak akan berlaku. Mungkin atas rasa bersalahnya ke atas aku, dia cuba membetulkan keadaan.
Aku pernah ingat lagi Ani pernah kata padaku, "Bat kau takkan kehilangan dua-dua sekali."
Tapi, semua ini terjadi.
Besarnya harga yang aku perlu bayar untuk mengenali Ani dalam masa 2 bulan ini..
Tasya, kita mula hidup baru..
Posted by
2nd head prefect
Labels:
ani
Hari ini aku menjalani terapi aku untuk tidak terbawa-bawa kisah aku dan Ani. Sekarang dia sudah berada di Mauritius. Mungkin Satu hari aku akan berjumpa dengan dia.
Pertemuan terakhir ku dengan dia adalah semalam. Kami masing-masing telah mengambil kata putus untuk menghentikan cerita kami. Mungkin buat masa ini adalah tidak sesuai untuk kami berkongsi rasa kasih sayang. Ataupun mungkin pertemuan kami ini adalah untuk menyatukan kasih seorang ibu dan anak.
Mungkin juga satu tapak untuk masa hadapan...
Aku berpuas hati dengan berita gembira yang telah disampikan oleh Ani sendiri tentang kisah dia dan ibunya.
Sekurangnya usaha ikhlasku berhasil..
Walaupun aku masih mengharap yang kami akan ersam kembali di masa hadapan..
"At least, Umie tak kehilangan mrfeckry,"satu harapan satu doa.
"Ani, ambil dan simpan name tag Bat, 2011 andai kata kita bertemu jodoh Ani pulangkan balik pada Bat,"satu harapan satu doa.
Aku menganggap perpisahan kami ini merupakan satu tanda untuk sesuatu. Mungkin jika ada suratan jodoh, inilah masa kami mempersiapkan diri.
Aku tidak tahu samada kami akan bertemu kembali atau tidak. Mungkin ya, mungkin tidak.
Sehingga di sini aku rasa cerita aku dan Ani perlu di hentikan atau ditangguhkan buat seketika. Kerana realitinya belum lagi datang untuk di khabarkan.
Jika Ani membaca cerita ini, satu pesanku...SATU HARAPAN, SATU DOA...Umairah Syamimie..
Posted by
2nd head prefect
Labels:
ani
Thursday, January 22, 2009
at
7:45 PM
|
Hari ini aku berpisah dengan Ani. Segalanya telah tamat. Rasa sedih, marah semuanya ada. Aku tidak menyangka benih cinta yang aku curahkan tidak cukup kuat. Walaupun hati aku sentiasa mengharapkan dia akan membuat pilihan yang tepat.
Segalanya di sini banyak kenangan aku bersama dia.
"Bat, terima kasih mengajar menipu dengan ikhlas pada Ani." Masih terngiang-ngiang di telingaku.
Sungguhpun aku berpisah dengan dia untuk selamanya, tetapi aku berasa berpuas hati.
"Bat, Ani jumpa ibu malam tadi. Sekarang ni ibu ada di bawah,"berita yang amat mengembirakan aku.
Akhirnya aku berjaya juga dalam usaha untuk membuka hati Ani untuk menerima ibunya kembali. Kasih ibu dan anak tidak boleh di putuskan.
Ani memilih untuk bersama
Posted by
2nd head prefect
Labels:
ani
Wednesday, January 21, 2009
at
10:12 PM
|
"Bat boleh tak kalau Bat tak dengar suara Ani dalam seminggu?"tanya Ani padaku.
"Tak tahulah...," jawaban yang agak mudah.
Ani akn pergi ke Mauritius Jumaat ni. Aku pula mengambil keputusan untuk ke Perak bertemu dengan kakakku yang sulong.
Mungkin di sana apabila aku jumpa anak-anak saudaraku aku akan dapat mencari ketenangan. Beberapa hari ni aku mula rasa tidak sihat. Mungkin sudah agak lama aku tak bertemu dengan Ani.
Perbualan aku dan Ani semalam mengingatkan target aku berada di sini.
Ya, tujuan sebenar aku di sini.
Posted by
2nd head prefect
Labels:
ani
Monday, January 19, 2009
at
1:13 AM
|
Hari ini hari ke 6 Ani tinggalkan tempat ini. Aku rasa sunyi, dan selalu terkenang dengan memori semasa Ani di sini. Setiap pagi aku di sakat oleh rakan sekerja tentang Ani..
"Bat, ok ke hari ni?"tanya kak Ada.
"Ok kot, kenapa akak tanya macam tu," tanyaku balik.
"Bersabarlah Bat..."jawabnya.
Aku faham kata-katanya. Sekarang aku berada di dalam tempat di mana kali pertama aku berbual dengan Ani.
Aku seolah-olah menonton kembali drama kisah aku dan Ani bermula.
Di mana ada kejujuran, di situ ada kesetian. Bagiku itu sudah cukup aku sampaikan pada Ani.
Posted by
2nd head prefect
Labels:
ani
Monday, December 29, 2008
at
6:53 PM
|
Dari semalam lagi aku rasa agak suwei. Baru nak pergi karaoke maotor aku terkena paku payung. Nasib budak rumah aku ada. Dapat tumpang sekaki pergi kerja.
Semalam Ani kata tak kerja hari ni. Aku dah prepare sebab malam tadi aku ada mesej rajuk kot kat dia. Tapi sekarang dia ada depan mata aku. Rasa macam nak sepak muka sendiri bagi terjaga dari mimpi.
Kat office aku kene pow Rm 4, yuran kelab office. Macam haram...
Yang paling tak best, pagi tadi aku kene pergi kerja pukul 7.10 pagi. Padahal aku patut punchcard pukul 8.30...
Aduhhhhh....life must be go on....
Posted by
2nd head prefect
Labels:
ani
Tuesday, December 23, 2008
at
11:36 PM
|
Hari ni tumpang Ani jumpa Tasya...
Gempaq dari aku untuk diri sendiri...
Posted by
2nd head prefect
Labels:
ani
Aku rasa antara aku dan Ani perlu ada titik noktah. Sebab aku fikir komitmen aku dengan Tasya adlah penting. Kami dah terlalu jauh.
Ani dan aku masih belum bercambah benihnya. Untuk kebaikkan diri aku dan hidup aku, aku perlu melangkah begini.
Memang betul aku sudah mula rasa suka pada Ani. Tapi aku belum betul-betul hebat untuk semua ini.
Ani, one day kalau ada, adalah..
Thats all about Ani.....(ROSNANI)
Posted by
2nd head prefect
Labels:
ani
|
MARVEL and SPIDER-MAN: TM & 2007 Marvel Characters, Inc. Motion Picture © 2007 Columbia Pictures Industries, Inc. All Rights Reserved. 2007 Sony Pictures Digital Inc. All rights reserved. blogger template by blog forum.
|