Friday, June 29, 2007 at 10:16 PM | 0 comments  
Pagi-pagi aku dah bangun.Ye la niat nak masuk kelas awal sikit.Dapat la prepare sikit.Lepas mandi aku kejut si Mae."Ui Mae, bangun la.Hang takdak kelas ka?"ai berbunyi pun tak budak ni.

Lepas aku siap-siap aku pun pakai la kasut. Tetiba aku rasa semacam je seluar ni. Alamak, potong betul la..bila pula seluar ni koyak? Tanpa buang masa dengan sepantas kilat aku pergi tukar.Tapi mana ada seluar lagi,semua aku dah hantar dobi.Ah..masak betul la."Wei Mae! Hang bangun sat,"aku kejut gak mamat ni sampai bangun."Apa dia hang ni,aku dok baik punya tidoq hang kacau aku pasai pa?"ala angin pula mamat ni."Wei,pinjam sat seluar hang,aku takdak seluaq nih."puas la aku rayu kat mamat ni.Akhirnya dapat la juga.

Tengok jam dah 8.30 dah ni.Kelas 9.15. Sempat ni.Aku pun pecut pergi kolej.Fuh!Nasib la aku sempat sampai. Dan hari itu aku dapat teruskan proses pembelajaran aku dengan selamat.Tapi aku hairan sikit,apahal orang asyik senyum kat aku je.Mungkin dorang perasan kot ni seluar si Mae.Sampai je rumah aku pun salin la baju.Bila aku nak buka je seluar ni aku tengok zip dah buka.Aik sekuar ni zip dia auto ke?Pelik ni.Hati aku mula berderau.Darah dah naik ke muka.

Ahhhhhh!!!!Zip aku tak tutup dari pagi!!!!!!!
Posted by 2nd head prefect
Thursday, June 28, 2007 at 1:19 PM | 2 comments  
Petang tadi masa aku pergi kelas, aku perasan seorang gurl la.Punya la ayu...Tapi segan la pula aku nak tegur.Aku tanya si Mae, mana la tahu dia ada tips baik punya.Dia ajar aku usha, tapi pakai pantun pula.

Hisap rokok tembakau cina,
Keluar asap berbunga-bunga,
Wahai cik adik abang bertanya,
Bawah pusat apa namanya?

Bodoh betul Mae ni, silap-silap kena pelempang jepun kalau aku bagi pantun ni."Oi Bat! Otak kuning la hang ni".Si Mae jerit kat aku."Jawapan dia,tali pinggag la!" Walaupun si Mae ni bagi jawapan pantun tu, aku tetap tak yakin yang pantun ni boleh pakai...

Bagi la yang best sikit ke..macam..

Biru-biru air laut,
Baju biru abang terpaut ,

Boleh ke?
Posted by 2nd head prefect
Wednesday, June 27, 2007 at 10:06 AM | 2 comments  
Dari kutub utara ke kutub selatan...

Ada satu teka-teki...
Buah nyioq buah kelapa,
Mana satu buah nyioq?, mana satu buah kelapa?

:-jawapannya:orang utara panggil kelapa, nyioq.Orang selatan panggil nyioq, kelapa.

Macam tu la aku.Dapat roomate dari utara.Apa dia cakap aku pun tak faham.Nama dia Ismail.Orang panggil Mae...Mae..ooo..Mae..manala burger yang aku pesan ni.Dah Lapaq da ni Oi..
Posted by 2nd head prefect
Saturday, June 23, 2007 at 7:41 AM | 2 comments  
Hish!pengotor...geli aku tengok..ada ke patut meludah di tempat awam!Dalam hati nak aje aku jerit,"woi kotor la sengal,ni tempat makan!"em tapi dalam hati jela.

Terkenang aku masa zaman sekolah aku dulu,masa tu kalau tak silap aku masa aku tingkatan tiga.Sehari sebelum PMR.Aku masa tu dajal sikit.Almaklum la Jebat...Ni cerita yang buat aku rasa tak nak meludah seumur hidup.Masa tu aku tengah memekak kat depan kelas.Siap nyanyi lagu sejati(dari kumpulan wings) lagi tu.Tiba-tiba tekak ni macam belendir la pula.Aku pun baik punya "ssssrrrp!puiiiii!",hijau lagi pekat punya keluar.Maka terjun la luncai dan labu-labunya jatuh kelepuk ke atas kereta mariah mercedes.Sambil aku tengok mahkluk hijau(kahak aku) tu terjun,tiba-tiba ada satu kepala menjelma dekat tempat landing kahak tu.

Puk!!Jatuh ke sasaran yang tempat sekali.Oops..aku dalam bahaya.Kepala tu kepala cikgu disiplin aku!Cikgu Sahak pendek.Mampus aku!Dia pun toleh atas tengok siapa punya sial yang buat dajal.Boleh pula sempat tengok aku.Apa lagi," Jebat!!!!Turun kau Jebat! Tuah nak mengamuk ni",dalam kepala aku dah terfikir apa nak jadi.

Si cikgu pendek tu apa lagi, jerit la."Jebat!!!Kamu jangan lari!".Tapi aku dah pecut macam Watson Nyambek.Tapi sambil lari aku pun jerit,"cikgu!!jangan kejar!!..

Tercungap-cungap aku lari.Dengan cuaknya lagi.Aku pergi kelas member aku, Lan."Wei pehal ko ni Bat?"ala member aku ni sibuk tanya pula."Aku kena kejar cikgu pendek la",cepat-cepat aku jawab."Hah?Apehal plak die kejar ko plak?"ala si Lan ni banyak tanya pula...

"Wei ko jangan banyak tanya la, aku nak pakai stor kelas ko ni!"aku jawab terus macam tu.

"Kau pergi jelah masuk,bukan ada sape pun",Lan dah tension la tu aku tak jawab dia tanya.

Aku pun masuk dalam stor, terus panjat kat syiling.Lepas sepuluh minit aku rasa panas la pula.Aku pun jalan la kat syiling tu.Dah la gelap, panas pula tu.Aku dah belengging ni.Peluh ni dah macam aku lari sepuluh pusingan padang sekolah.Tengah aku jalan dalam gelap..Prrrraaap!!Gedebaaaaappp!!Mak oii!Sakitnya bontot aku...Boleh pula aku jatuh kat tangga sekolah ni pula.Nasib tak tinggi.Tapi..nasib tak selalunya baik.Aku jatuh betul-betul depan cikgu sahak pendek.Dia pun terduduk.Ai...sudah la jatuh,jatuh depan orang yang aku kahak pula tu...Malang nasib aku..Aku serah diri pada Tuhan Yang Penyayang aje la...
Posted by 2nd head prefect
Hijrah..bermaksud pindah.

Hari ini aku melangkahkan kaki kanan ku ke ibukota malaysia.Aku datang sini sebab aku dapat sambung belajar kat sebuah universiti kat Kuala Lumpur.Aku tengok dahsyat betul.Banyak bangunan yang tinggi-tinggi.Maklumlah baru pertama kali datang ke Kuala Lumpur.Aku ni datang dari kampung.Disebabkan aku baru sampai aku pun pusing la nak cari teksi.Tengah aku berjalan kat dalam puduraya ni aku rasa macam nak terkucil pula.Em..cari tandas la dulu..

Sampai aje kat tandas pudu tu aku pun cargas la tunaikan hajatku.Lepas selesai segalannya aku keluar la dari tandas tu...Tetiba je aku rasa ada yang mengekori aku..alamak jangan la jadi apa-apa.Aku dah la bawa beg berat ni.

Tap!! Ada orang tarik bahu aku...perghh...mati la aku.Ape hal lak mamat ni tarik aku ni.Aku ada buat salah ke..ya Allah kuatkan la semangat aku..

"Wei boy lu ada sen tak?"mamat tu tanya aku.Ni mesti nak pow ni.Pokemon betul la.

"Ha?mana ada bang..saya ada cukup-cukup aje untuk tambang pergi daftar balajar",gigil aku aku jawab

"ala..lu mesti ada bawa lebih punya..bagi la aku sikit..", mamat ni gertak aku.Siap letak pisau rambo tu kat pinggang aku...mampus aku ni...

"a..aa..jap ek bang", aku pun nak keluarkan dompet.Tetiba aku dapat akal.Kalau aku hentak telur mamat ni pastu rempuh je mesti lepas ni.Senyap-senyap aku turunkan tangan aku..Eyah!!aku tubuk telur mamat ni..aku pun lari la dengan sekuat-kuat hati...aaaaaaa...aku jerit kuat-kuat.Nak bagi orang dengar...Sampai kat tangga pudu aku tengok ada teksi.Tekejut driver teksi tu tengok aku main terjah je."Ayo adek!Apahal ni?",uncle teksi tu tanya.

"Uncle, jalan uncle!Ada orang mau pow saya."aku cakap kat uncle tu.Uncle teksi tu pun terus bawa aku keluar dari kawasan puduraya tu.Aku suruh dia bawa aku kat kolej yang aku nak daftar belajar tu..nasib dia ada.Kalau tak agaknya aku tak dapat sambung belajar...Fuhh..nasib baik...
Posted by 2nd head prefect
Visit the Site
MARVEL and SPIDER-MAN: TM & 2007 Marvel Characters, Inc. Motion Picture © 2007 Columbia Pictures Industries, Inc. All Rights Reserved. 2007 Sony Pictures Digital Inc. All rights reserved. blogger template by blog forum.