Showing posts with label semangat anak rimau. Show all posts
Showing posts with label semangat anak rimau. Show all posts
Saturday, December 27, 2008 at 7:27 PM | 0 comments  
" Bat kau ada dengar Boss masuk Sempang Renggam?"tanya si Mae.

Aku pun terkejut dapat apnggilan dari mae yang agak lama tak call aku.

" Kau biar betul? Aku tak tahu berita pun." jawab ku.

"Betul Bat, polis cari semua orang kanan dalam budak kita sekarang ni. Semua ni punca kes pukul Polis di Melaka," jelas Mae.

Bodoh betul diorang ni. Nak lawan Polis. Betul-betul nak jadi macam gangster kat negeri China.

Boss, bertaubatlah bila kat Sempang Renggam tu.
Posted by 2nd head prefect Labels:
Saturday, December 20, 2008 at 8:47 AM | 0 comments  
"Sombong ar kau ni. Mati baik,"seloroh ku pada rakan lama.

" Kau lain Bat, kita orang ni siapalah bagi kau,"jawab rakan lama ku.

"Ala aku keluar dah benda-benda ni, mengarut la,"jawabku.

Malas aku nak layan lebih diorang ni. Masih tidak berubah dengan hidup lama. Kongsi gelap yang sentiasa membawa mereka dalam kegelapan.

Sedih sedikit.

Wadah dahulu yang aku sangkakan boleh menjadi penyatuan akhirnya membawa perpecahan. Sayangnya sampai boleh jadi begini.

Dahulu gelak ketawa menjadi hiburan. Tetapi sekarang gelak ketawa boleh menjadi racun yang berbisa.
Posted by 2nd head prefect Labels:
Saturday, November 29, 2008 at 8:42 PM | 0 comments  
Aku suka tengok orang. Tapi kalaulah aku boleh hidup dalam badan orang lain mesti aku boleh tengok diri aku sendiri.

"Banyak beranganlah kau ni Bat" kata rakan sebilik aku.

Biarlah banyak berangan. Dari angan-anganlah datang cita-cita.

Aku telah berpindah ke rumah baru. Mae telah pun aku tinggalkan di pintu besi rumah lama. Maklumlah masing-masing dah habis belajar. Aku pula dapat kerja di sini. Mae balik Penang.

Rindulah pula pada budak-budak rumah lama.

" Bat , teman aku makan boleh?" pelawa Roy budak bilik aku.

"Ai makan pun nak berteman"jawab ku.

Nasib perut aku dah berbunyi.

Trreeeetttt! Treeetttt! Siapa pula yang call ni?

Megat!
Posted by 2nd head prefect Labels:
Tuesday, October 28, 2008 at 4:09 AM | 0 comments  
Bertemu dengan Ayah Bos merupakan pengalaman yang lain dalam hidupku. Aku terasa seperti sesuatu yang sagat baru.

"Kongsi Gelap", terkeluar di mulutku.

"Bat, kita ni perlukan benda-benda macam ni. Kau lihat dulu kita selalu di tindas. Tapi sekarang siapa barani cubalah," ujar Mae padaku.

"Dah lah, kau jangan beratkan sangat kepala kau, malam ni Brother Megat nak buat meeting. Kau gerak dengan aku,"pesan Mae.

"Yelah, aku gerak dengan kau," sahutku.
Posted by 2nd head prefect Labels:
Thursday, October 23, 2008 at 5:51 PM | 0 comments  
Misi menjadi amanah. Lesu hati membawa ke suara yang membisu. Tiada kata membuka bicara. Aku senyap apabila tiba di sebuah hotel di ibukota. Aku di bawa ke dalam meeting room.

Ramai pula manusia di dalam bilik ini. Lagak gaya seperti orang kelas satu.

"Bat!" tiba Megat memanggil aku ke dalam sebuah lagi bilik.

"Assalamualaikum!" salam di beri pendahulu mata.

"Walaikumusalam.."jawab perlahan seorang lelaki yang tua.

"Bat ni bos abang. Panggil saja Ayah Bos," Megat memperkenalkan lelaki itu padaku.
Posted by 2nd head prefect Labels:
Saturday, November 3, 2007 at 4:03 AM | 0 comments  
Cuti kali ini aku lepak di Kuala Lumpur. Sejak pertemuan pertama aku dengan abang Megat, kami kerap berjumpa. Ikut dia minum dan lepak di Rally Club. Malam ni dia call aku lagi.

"Bat , malam ni kau datang rumah abang pakai baju melayu."arahan dari abang Megat buat aku tertanya-tanya.

"Kenapa bang? Kita nak pergi kenduri ke?"tanya aku dalam keadaan sangsi. Sebelum ini aku dan dia selalu juga pergi kenduri kahwin. Tidak kiralah di mana, dalam atau pun luar KL tak pernah pula aku disuruh berbaju melayu.

Mae juga disuruh begitu.

"Malam ni ada majlis penting. Kau akan jadi adik aku." itu saja pesanan abang Megat. Apalah yang akan jadi padaku malam ini...
Posted by 2nd head prefect Labels:
Monday, October 29, 2007 at 11:48 PM | 0 comments  
"Bat, petang ni kau follow aku nak? Mae mengajak sesuatu.

"Pergi mana?" aku dalam tanda tanya.

"Snooker."selamba dia jawab.

Ok juga, lama aku tak main snooker. Dulu kat kampung ada juga aku main benda ni. Seperti yang dijanjikan petang tu aku dan Mae pergi ke Rally Club. Tempat snooker yang paling famous kat tempat aku.

Tengah aku main tiba-tiba ada seorang lelalki berbangsa cina menolak tangan aku. Berang aku dibuatnya.

"Allo brother, tengok-tengok la orang kat tepi main snooker."aku tegur cina tu.

"Sapa li mau sound gua ini macam? Mai cibai! Gua punya suka la apa gua mau buat.

Pang! kepala aku di hentak cina tu. Berlakulah pergelutan yang sebenarnya berpunca dari perkara yang kecil. Teruk aku dengan Mae kena lanyak. 6 lawan 1. Mana boleh menang.

"Oi Ah Ngau! Lu pijak gua punya bangsa ha!" terdengar suara garang dari belakang aku.

"Haiya lu Cool. ini budak kacau sama gua. Lu jangan mara-mara." Cina sial tu buat muka manis dengan abang yang mahu selamatkan aku.

"Ini tempat lu tau sapa punya?!" tanya abang yang dipanggil Cool.

"Lu punya la. Ok gua kasi lepas ini budak. Kita kawan lo.."pujuk cina tu.

Lepas di maki oleh abang yang di panggil Cool , cina tu terus blah. Sakit badan aku dengan Mae. Bengkak la juga.

"Adik siapa nama?" tanya abang Cool.

"Jebat bang, " jawab ku.

"Lain kali jangan kacau cina-cina kat sini. Diorang ni semua gile darah."nasihatnya pada ku.

"Abang, sape nama abang?" Tanya ku.

"Megat. Panggil aje abang Megat".

"Boleh kami ikut abang? tanya aku dengan Mae.

Dia senyum seolah-olah memberi lampu hijau.
Posted by 2nd head prefect Labels:
Visit the Site
MARVEL and SPIDER-MAN: TM & 2007 Marvel Characters, Inc. Motion Picture © 2007 Columbia Pictures Industries, Inc. All Rights Reserved. 2007 Sony Pictures Digital Inc. All rights reserved. blogger template by blog forum.