Friday, July 20, 2007 at 7:43 PM |  
Hari ini hari sabtu, hari yang paling best bagi aku. Mana ada kelas hari ini. Aku bangun awal sebab nak pergi Kuala Lumpur. Biasalah jalan-jalan. Di KL tu aku paling suka pergi ke Plaza Low Yat. Sebab aku memang minat tengok barang-barang komputer.

Hari ni special sikit, aku keluar dengan Ika.

Ika ambil aku hari ni. Maklumlah, aku mana ada kereta. Biasanya aku tumpang si Mae.Sampai di KL kami pergi ke Plaza Sungei Wang. Dia nak beli barang. Perempuan, biasala bajula jadi sasarannya. Sambil-sambil tu aku tengok-tengoklah gelagat orang KL. Rasanya macam-macam fesyen yang dorang pakai. Mungkin Sg Wang ni tempat fesyen show agaknya. Tapi dalam banyak-banyak fesyen la aku tengok semua tiru budaya barat. Boleh nampak klon Avril Larvine la, Britney , yang lelaki banyak tiru artist hip hop. Sarat juga mata aku memandang benda-benda macam ni.

Ha, keluar pun Ika. "Bat, kite pergi makan nak kat Mc donald bawah tu", minah ni ajak makan. Macam tau-tau je. Tengah-tengah beratur nak pergi beli meal, aku pun raba la pocket aku. Raba punya raba, boleh pula takde wallet aku. Berpeluh juga la aku.

"Ika, Wallet aku hilang la plak", aku report kat Ika.

"Hah!, macammane boleh hilang pula.Takpe-takpe,makan nie Ika belanje, Pas ni kite pegi tengok kat kreta dulu ek,"baik betul Ika .

Lepas saja pergi makan, kami pun carilah di kereta Ika.Em.memang sah...

Hilang!!!Peh memang la,tak kena curi ,ataupun cicir. Sebab masa on the way ke KL aku beli paper nak baca dalam kereta..

Malang BETUL !!!
Posted by 2nd head prefect

0 comments:

Visit the Site
MARVEL and SPIDER-MAN: TM & 2007 Marvel Characters, Inc. Motion Picture © 2007 Columbia Pictures Industries, Inc. All Rights Reserved. 2007 Sony Pictures Digital Inc. All rights reserved. blogger template by blog forum.