Sunday, September 20, 2009 at 6:31 AM | 1 comments  
Ani,

selamat hari raya pada ani..rasanye ani adalah insan yang paling sepatutnya bat memohon maaf. Banyak membeuat ani merasa sedih dan malu. Banyak juga buat ani kecewa dengan bat.

Bat harap, ani dah tengok video yang bat bagi, rindu betul kenangan kita mengharungi kesejukan malam itu.

Aku berasa bersalah kerana bersama orang lain tetapi hati pada orang lain. Aku terlalu sayangkan Ani..namu aku masih bersama nono. Kesilapan demi kesilapan aku lakukan. Kenapa aku sering melakukan kesilapan.

Rasanya teringin benar aku menatapi wajah ani yang sentiasa manja merenung mataku. Teringin benar aku mendengar suaranya..

Ani..di mana ani pergi, ingatlah satu doa, satu harapan...
Posted by 2nd head prefect
Wednesday, September 9, 2009 at 9:36 PM | 1 comments  
Semalam..surau al-munir..

Sedih bila aku mendengar tazkirah dari imam surau itu..rasa macam terpalu petir di hati ini. Betul kata orang..kalau dah lama tak dengar tazkirah, hati jadi keras.

Mengenangkan dosa-dosa lama aku..aku menjadi takut. Takut sangat. Biarlah hati jahat yang bisik mengejek aku terus mengejek. Selagi ada masa selagi itu aku akan terus menadah tangan.

" Keliru, sehingga mencakar muka terkeluar isi muka...!" kata imam itu.

Semakin takut aku mendengar azab yang menanti. Aku ni..terlalu banyak dosa dah aku buat. Sampaikan aku rasa tak tertanggung dosa-dosa tu. Baru aku faham akan sebenarnya ketenangan. Aku masih terbayang akan segala dosa-dasaku.

Andaikata aku terpilih untuk berjumpa dengan tuan punya alam di ramadhan ini aku terima. Kerana aku mengharapkan pengampunannya. Malam ini adalah malam yang 21 ramadhan. Sesungguhnya lailatul qadar mungkin menjelma.

Kalau di ikutkan hadith Nabi s.a.w malam 21 dan malam ganjil.

Aku impikan syurga..aku perlu wujudkan syurga untuk diriku sendiri, syurga dirumahku..syurga di pejabat..dan syurga di hati...
Posted by 2nd head prefect
Saturday, September 5, 2009 at 10:52 PM | 0 comments  
Semalam berjalan ke bazar ramadhan peringgit. Pergi dengan amid. Budak ni memang lembap lagi macam dulu. Pantang ajak memang kene tunggu sampai sejam baru nak gerak.

Peringgit...

Sape-sape yang nak rasa kelainan bazaar ramdhan yang unik, datanglah sini. Berjalan sambil emmandang kekecohon penjual manerik pelanggan mengimbau kenangan setahun lalu. Hampir setiap hari aku berjalan sambil cuci mata di sini, cuma dengan orang lain...

" Kalau jumpa tasya apa ko nak buat,? tanya amid.

"Aku buat bodoh," tegasku.

"Kalau jumpa bapa dia sekali?" tanyanya lagi.

" Aku tegur," spontan jawabku.

" Kenapa pula, comfirm bapa die tak layan kau tegur bat," sambil gelak amid kata.

" Takpe orang baling taik, kita bagi buah. Kalau aku tak tegur dia kata sombong. Kalau aku tegur dia tak layan, sekurang-kurangnya aku dan jalankan kewajipan ikhwan muslimin," jawabku bagai pensyarah.

Aku menjadi sperti rusa masuk kampung kerana melihat begitu banyak kuih yanng aku tak jumpa di Putrajaya tapi ada di peringgit.

Betul kata pepatah, hujan emas di negri orang, hujan batu di negeri sendiri...

" Amid, aku rasa macam tak boleh je pergi teraweh malam ni. Ko tengok la tangan aku penuh bawa makan," dah datang planning..
Posted by 2nd head prefect
Friday, September 4, 2009 at 12:52 AM | 1 comments  
Poem zaman budak sekolah..sape cipte aku pun dah tak ingat. William Shakspear agaknya. Dapat call dari kakakku, " ibu tringin nak buka dengan ko," pelik ayatnya.

Tak pernah-pernah ibu nak buka dengan aku. Jadi keliru nak balik ke tidak . tapi kalau aku balik bukan hari ni la. Masalahnya aku dah janji dengan Ani nak pulangkan pendrive die petang besok.

Adui..asek tak dapat je bile aku janji dengan die. Comfirm pasni dia tak percaya dengan aku. Aku sebenarnya malas nak balik Melaka. Bukan pasal Melaka tak best. Salah satu keinginan aku adalah membuang title aku bukan orang Melaka.

Kalau boleh aku nak tukar kat Jabatan Pendaftaran Dunia, tempat lahir bukan Melaka. Bukan sebab aku lupa diri. Tapi aku ada sebab tersendiri tentang tu. Mungkin perasaan dendam kesumat yang aku pendam.

Mungkin benar, jangan kerana nila stitik, satu belanga aku pecahkan. Ada juga yang baik.

Kenapa perasaan benci aku pada Melaka sungguh kuat. Padahal semua tempat pun sama. Aku bertekad suatu hari nanti aku bukan orang Melaka.

Tapi, yang penting aku kena pikir ibu atau ani. Kalau orang lain mesti diorang fikir ibu, tapi berkali aku dah lukakan hati ani dan tak kurang juga aku lukakan hati ibu.

Apakah aku ni sombong...
Posted by 2nd head prefect
Thursday, September 3, 2009 at 6:58 PM | 1 comments  
Pagi tadi agak lambat aku kuar dari rumah untuk ke ofis. Biasa la , pepagi ni barulah nak gosok baju. Memang la kelam kabut.

Naik je motor, meter minyak dah nyala. Adui...dah lambat kene isi minyak pulak.

Memandu dengan agak laju dan terus ke Caltex. Mase nak bayar aku usha la paper, wah Najib nak bagi duit raya. Aku ambil je, buka paper tu..adui..kat orang felda je. dah tu aku yang bukan felda ni tak layak dapat ke.

Seperti biasa aku isi je minyak, " kenapa harga minyak murah ni RM 1.80?. Aku dala tanda tanya. Aku pun tanya kaunter, " Encik, minyak kan dah naik.

La..naik ke, naru aku tau. last sekali aku isi Isnin lepas. Ayo, dah la tak dapat duit raya. Ni Nak kene pow lagi dengan Najib.
Posted by 2nd head prefect
Visit the Site
MARVEL and SPIDER-MAN: TM & 2007 Marvel Characters, Inc. Motion Picture © 2007 Columbia Pictures Industries, Inc. All Rights Reserved. 2007 Sony Pictures Digital Inc. All rights reserved. blogger template by blog forum.