Thursday, January 29, 2009 at 4:15 PM | 1 comments  
Kebanyakan orang menanti atau mengaharap untuk di beri peluang kedua. Hanya orang bertuah saja ang akan dapat peluang kedua.

Apabila kita berjaya peroleh peluang kedua, kita pasti akan buat bersungguh-sungguh. Kesilapan lalu pasti di jadikan teladan.

" Bat, kalau kau di beri peluang untuk ke zaman sekolah kembali, apa yang kau akan buat? tanya Fabb.

"Mestilah belajar rajin-rajin." Jawab ku tanpa fikir.

Aku peroleh peluang kedua semalam. Peluang apa biarlah aku saja yang tahu. Tapi aku yakin yang peluang kali ni tidak akan aku persiakan.

Peluang hanya datang sekali. Tetapi jika dia datang buat kali kedua, bermakna peluang itu kurnia tuhan.
Posted by 2nd head prefect Labels:
Tuesday, January 27, 2009 at 7:08 PM | 1 comments  
Aku meluat betul dengar orang perempuan yang suka cerita pasal hal orang. Kebanyakan mereka yang dah berumur 30 ke atas.

Dulu kalau orang cakap perempuan ni suka mengumpat. Mereka pula juga akan menuduh lelaki pun mengumpat juga. Ya lah, lelaki mengumpat paling kua cerita 5 minit saja, lepas tu di selang seli dengan cerita-cerita pasal yang mereka minat.

Tapi perempuan, lepas cerita orang ni, cerita orang tu. Cerita pula dengan penuh perasaan dan memek muka...

Aduh...cukup-cukuplah tu oiiiii!!!
Posted by 2nd head prefect
Sunday, January 25, 2009 at 9:32 AM | 1 comments  
Lemah sangat aku sekarang ni, aku terlalu cepat sensitif sekarang, keyakinan diri juga kurang.

"Ala Bat, yang dah lepas tu lepas lah. Kalau kau asyik fikir nanti kau boleh jadi gila,"kata Lan.

"Susah aku nak lupa, tak adil,"jawabku.

Kenapa aku harus terbawa-bawa tentang ini semua. Ada suatu pengajaran yang tersimpul dalam ini semua.

Apakah aku tak habis buat lagi?

Apakah aku ini cepat beserah?

Ya Allah kembalikan semangat aku ini...
Posted by 2nd head prefect
Saturday, January 24, 2009 at 5:48 PM | 0 comments  
Aku bebas?

Akhirnya Tasya telah memilih untuk tidak bersama aku. Sama seperti Ani. Tasya tidak daoat terima aku kerana segala kepercayaan aku tidak ada lagi padanya.

Agak marah juga aku pada Ani, kerana dia menelefon Tasya, tujuan untuk membahagiakan aku.

Telah aku katakan pada Ani itu semua tidak akan berlaku. Mungkin atas rasa bersalahnya ke atas aku, dia cuba membetulkan keadaan.

Aku pernah ingat lagi Ani pernah kata padaku, "Bat kau takkan kehilangan dua-dua sekali."

Tapi, semua ini terjadi.

Besarnya harga yang aku perlu bayar untuk mengenali Ani dalam masa 2 bulan ini..

Tasya, kita mula hidup baru..
Posted by 2nd head prefect Labels:
Hari ini aku menjalani terapi aku untuk tidak terbawa-bawa kisah aku dan Ani. Sekarang dia sudah berada di Mauritius. Mungkin Satu hari aku akan berjumpa dengan dia.

Pertemuan terakhir ku dengan dia adalah semalam. Kami masing-masing telah mengambil kata putus untuk menghentikan cerita kami. Mungkin buat masa ini adalah tidak sesuai untuk kami berkongsi rasa kasih sayang. Ataupun mungkin pertemuan kami ini adalah untuk menyatukan kasih seorang ibu dan anak.

Mungkin juga satu tapak untuk masa hadapan...

Aku berpuas hati dengan berita gembira yang telah disampikan oleh Ani sendiri tentang kisah dia dan ibunya.

Sekurangnya usaha ikhlasku berhasil..

Walaupun aku masih mengharap yang kami akan ersam kembali di masa hadapan..

"At least, Umie tak kehilangan mrfeckry,"satu harapan satu doa.

"Ani, ambil dan simpan name tag Bat, 2011 andai kata kita bertemu jodoh Ani pulangkan balik pada Bat,"satu harapan satu doa.

Aku menganggap perpisahan kami ini merupakan satu tanda untuk sesuatu. Mungkin jika ada suratan jodoh, inilah masa kami mempersiapkan diri.

Aku tidak tahu samada kami akan bertemu kembali atau tidak. Mungkin ya, mungkin tidak.

Sehingga di sini aku rasa cerita aku dan Ani perlu di hentikan atau ditangguhkan buat seketika. Kerana realitinya belum lagi datang untuk di khabarkan.

Jika Ani membaca cerita ini, satu pesanku...SATU HARAPAN, SATU DOA...Umairah Syamimie..
Posted by 2nd head prefect Labels:
Thursday, January 22, 2009 at 7:45 PM | 0 comments  
Hari ini aku berpisah dengan Ani. Segalanya telah tamat. Rasa sedih, marah semuanya ada. Aku tidak menyangka benih cinta yang aku curahkan tidak cukup kuat. Walaupun hati aku sentiasa mengharapkan dia akan membuat pilihan yang tepat.



Segalanya di sini banyak kenangan aku bersama dia.



"Bat, terima kasih mengajar menipu dengan ikhlas pada Ani." Masih terngiang-ngiang di telingaku.



Sungguhpun aku berpisah dengan dia untuk selamanya, tetapi aku berasa berpuas hati.



"Bat, Ani jumpa ibu malam tadi. Sekarang ni ibu ada di bawah,"berita yang amat mengembirakan aku.



Akhirnya aku berjaya juga dalam usaha untuk membuka hati Ani untuk menerima ibunya kembali. Kasih ibu dan anak tidak boleh di putuskan.



Ani memilih untuk bersama
Posted by 2nd head prefect Labels:
Wednesday, January 21, 2009 at 10:12 PM | 0 comments  
"Bat boleh tak kalau Bat tak dengar suara Ani dalam seminggu?"tanya Ani padaku.

"Tak tahulah...," jawaban yang agak mudah.

Ani akn pergi ke Mauritius Jumaat ni. Aku pula mengambil keputusan untuk ke Perak bertemu dengan kakakku yang sulong.

Mungkin di sana apabila aku jumpa anak-anak saudaraku aku akan dapat mencari ketenangan. Beberapa hari ni aku mula rasa tidak sihat. Mungkin sudah agak lama aku tak bertemu dengan Ani.

Perbualan aku dan Ani semalam mengingatkan target aku berada di sini.

Ya, tujuan sebenar aku di sini.
Posted by 2nd head prefect Labels:
Monday, January 19, 2009 at 1:13 AM | 1 comments  
Hari ini hari ke 6 Ani tinggalkan tempat ini. Aku rasa sunyi, dan selalu terkenang dengan memori semasa Ani di sini. Setiap pagi aku di sakat oleh rakan sekerja tentang Ani..

"Bat, ok ke hari ni?"tanya kak Ada.

"Ok kot, kenapa akak tanya macam tu," tanyaku balik.

"Bersabarlah Bat..."jawabnya.

Aku faham kata-katanya. Sekarang aku berada di dalam tempat di mana kali pertama aku berbual dengan Ani.

Aku seolah-olah menonton kembali drama kisah aku dan Ani bermula.

Di mana ada kejujuran, di situ ada kesetian. Bagiku itu sudah cukup aku sampaikan pada Ani.
Posted by 2nd head prefect Labels:
Friday, January 16, 2009 at 10:09 PM | 0 comments  
" Bang Lan, mana tong sampah saya? tanya Lin pada Pok Le.

" Eh! Mana lah aku tahu..takkan tong sampah kau aku nak curi,"jawabnya selamba.

" Tadi ada, sekarang dah takde," rungut si Lin pada Pok Le.

" Pertama kali dalam sejarah ada orang hilang tong sampah, sakat si Pok Lee pada Lin.

Raseef pun menyampuk, "Lin kau pergi bawah ambil kat tepi tangga, kat situ ada 3. Tapi ada label..1 untuk plastik, satu untuk kertas, satu untuk kaca. Aku rasa kau pun boleh masuk sekali."

"Yang tu nak buat apa. Tu untuk Kitar semula, jawab Lin yang bengang campur ketawa.
Posted by 2nd head prefect
Visit the Site
MARVEL and SPIDER-MAN: TM & 2007 Marvel Characters, Inc. Motion Picture © 2007 Columbia Pictures Industries, Inc. All Rights Reserved. 2007 Sony Pictures Digital Inc. All rights reserved. blogger template by blog forum.