Tuesday, April 14, 2009 at 5:51 PM |  
Pagi ni baca lagi berita PPSMI. Aku dah lama ikuti perkembangan gerakan mansuh PPSMI tu. Kasihan juga dengar berita yang pergi demontrasi.

Paling aku kagum, pejuang bahasa yang paling hormati A. Samad Said juga turun membuat demonstrasi. Orang tua tu gagah lagi rupanya. Kenapa meraka beriya-iya ingin menentang ideologi PM-5 kita tu?

Aku baca juga komen Tun PM-5 kita itu. Alasan kukuh pun sudah diberi. Tapi semlam aku ada bersembang dengan seorang bekas askar.

Major Sham namanya...

"Aku penat betul pertahankan negara dulu, lawan komunis, lawan jepun. Nak pertahankan hak melayu. Tapi hari ni bangsa sendiri yang hancurkan," katanya.

Aku pun jawab, " melayu mudah lupa major.." sambil tergelak.

"Kau ni main-main pula. Cuba kau fikir, apa lagi yang ada dengan melayu?"tanya padaku.

"KTMB kan ada lagi perkataan melayu."jawabku.

"KTM tu kuda, toto dan magnum. Bukan Keretapi tanah melayu. Sebab tu melayu sekarang banyak tanam saham di sana.Haha!"gelak besar si tua tu.

Walaupun dia gelak, aku nampak dia masih berkerut. Mungkin bekas tentera lebih merasai apa itu pengorbanan melayu. Budak mentah seperti aku ini tidak dapat selam betul-betul perasaan dia. Kalau dia berkerut, apakah perasaan A.Samad Said. Menangis agaknya.

Aku terbaca luahan A. Samad said di salah satu akhbar internet, "agaknya beginilah susahnya hendak perjuangkan bahasa," petikan itu aku baca masa mereka buat demonstrasi jalanan. Mereka di hambat oleh FRU.

Apakah, bahasa melayu akan di rosakkan oleh bangsa melayu sendiri.? Satu kenyataan yang mungkin akan di telan secara pahit oleh bangsa melayu sendiri.

Masa ini ramai yang bercakap untuk pertahan bahasa melayu, tapi cuma berkata di bibir. Sama seperti aku. Tidak mampu untuk bertindak.

Bahasa melayu dulu pernah di gelar lingua franca, tapi hari ni anak muda melayu sendiri malu bertutur dalam bahasa melayu. Teringat keluhan Ani yang memandang rendah tentang lecehnya belajar akaun dalam bahasa melayu. Simpati aku atas itu.

Orang jepun maju kerana bahasanya, orang cina berjaya mencapai tamadun hebat, kerana bahasanya, islam tersebar juga kerana bahasanya. Kenapa kita tidak boleh maju dengan bahasa kita.

Seolah-olah rumah siap pahat masih berbunyi...Takkan melayu hilang di dunia cuma tinggal sejarah..
Posted by 2nd head prefect

0 comments:

Visit the Site
MARVEL and SPIDER-MAN: TM & 2007 Marvel Characters, Inc. Motion Picture © 2007 Columbia Pictures Industries, Inc. All Rights Reserved. 2007 Sony Pictures Digital Inc. All rights reserved. blogger template by blog forum.