Sunday, April 12, 2009 at 5:17 PM |  
Jangan Tegur..

Malam minggu yang lepas..aku upin, nono ,dres dan juga zura pergi menonoton filem jangan tegur. Mulanya aku agak excited unutk pergi menonoton. Sebabnya aku menharapkan aku akan takut sehingga terjerit-jerit.

Tapi..tidak seperti ku sangkakan...

Cerita ini masi berkisar sikap orang melayu yang busuk hati dan tamakkan harta sehingga sanggup menganiya sanak saudaranya sendiri sehingga sanggup menggunakan ilmu hitam bagi mencapai impian laknatnya.

Pengajaran dari cerita itu bagu aku, kesedaran yang perlu ada di kalangan orang melayu supaya melupakan sikap bodohnya yang terlalu suka menggunakan ilmu kurafat itu. Seronok melihat penderitaan orang..tapi tak sanggup menerima kembali balasan.

Kan bodoh namanya tu...oi bangsaku buanglah tabiat buruk itu..

Aku selalu saja dengar cerita dan melihat sendiri orang yang tersiksa dengan buatan orang. Aku rasa marah dengan orang yang buat kerja syaitan tu.

Langsung tak ada keprimanusiaan. Sampai orang yang dianiaya itu mati pun ada! Nauzubillahiminzalik!

Aku teringat kata abah, " adik kalau taknak kene kacau syaitan, kena selalu minum air yasin".

Dunia semakin maju. Ilmu semakin banyak terbongkar. Sebagai bangsa yang pernah mendapat gelaran lingua franca, sepatutnya kita sudah tidak mengamalkan amalan datuk nenek moyang kita yang tidak betul.

Kata abah,"belajar takpe, tapi jangan amalkan."

Sungguh pun kata Nabi ada ilmu tanpa amal adalah orang yang rugi, tak mengapalah kerana kita rugi untuk mencari point ke neraka jahanam.
Posted by 2nd head prefect

2 comments:

Anonymous said...

"Sebabnya aku menharapkan aku akan takut sehingga terjerit-jerit."

Ko harap dari filem melayu? memang hampa lah beb, ko kena cari filem korea, jepun, indon or thailand lah.

April 14, 2009 at 10:11 AM  
2nd head prefect said...

yela aku tengok promo die cam menakutkan je

April 14, 2009 at 5:31 PM  
Visit the Site
MARVEL and SPIDER-MAN: TM & 2007 Marvel Characters, Inc. Motion Picture © 2007 Columbia Pictures Industries, Inc. All Rights Reserved. 2007 Sony Pictures Digital Inc. All rights reserved. blogger template by blog forum.