Thursday, May 21, 2009 at 11:52 PM | 1 comments  
Wah..agak mengejutkan juga blog aku ni. Boleh cecah 100 post. Memang la amat membanggakan juga bagin aku yang jarang menulis ni boleh tulis bende mengarut sampai ke post 100.

Banyak yang aku tulis kadang-kadang cerita pasal aku, rekaan aku, dan juga luahan aku. Kire macam diary aku juga la. Ape aku suke nak tulis aku akan tulis. Ada juga orang menulis utuk dikomen. Pada aku senang je, blog ni adalah diri aku. Kalau ada orang nak komen silakan je. Kalau tak aku tetap akan menulis.

Aku menggelar diri aku jebat kerana aku suka semangat Laksamana Hang Jebat. Sangat berani dan gagah perkasa. Sangat mementingkan persahabatan. Berani menuntut bela. Hang Tuah juga satu nama yang menjadi legenda. Tapi aku kureng sikit ngan mamat ni, pasal die tu suke sangat ikut telunjuk sultan.

Nasib zaman sekarang ni sultan dah takde kuase. Tapi ade juga la. Tapi takpe, selagi kuase Sultan sekarang ni tak memakse aku untuk memberontak, lantak la. Ramai orang sangka Hang Jebat ni gangster zaman dulu, tapi silap. Hang Jebat tu baik sebenarnya.

Ok la thats all..Selamat ulang posting ke 100 untuk ikrarku.blogspot.com
Posted by 2nd head prefect
19-05-2009

Aku berjalan dengan keadaan senang hati bile keluar dari bilik meeting. Terfikir untuk membeli juadah makan tengahari. Turun la ke bank atm affin yang memang menjadi gedung duit budak ofis aku.

Tanpa lengah aku teruskan niat aku untuk menekan duit. Tet..tet..ish lambat pula bank ni punye proses. Tiba-tiba dia memuntahkan kad bank aku tanpa wangnya. Bodoh, lame aku tunggu kad je keluar.

Pergi ke atm sebelah, buat benda yang same. Aik? baki dah kurang 100. Aku pergilah maybank untuk check baki duit aku. Same juga.

Jumpa pegawai bank, adulah masalahku.

"Ok, duit cik ade. Tapi kene tunggu 14 hari," kata pegawai tu.

14 hari!
Posted by 2nd head prefect
Monday, May 18, 2009 at 5:24 PM | 1 comments  
Ada seekor buaya tembaga ditemui di klebang Melaka.

" Aku ingat buaya ni dah sampai kat putra, rupanya ade lagi kat melaka," kata si Lan.

Aku pun tanye la die," Lan putra ni mane ade sungai buaya tu berenang."

" Eh, masalahnye aku dah namapk buaya tu depan mate aku sendiri ni," tegas Lan.

" Kau biar betul..,"tak percaya lagi aku.

" Kat mane kau nampak ni Lan?" tanyaku lagi.

"Ni depan mate aku ni, bukan buaye ke?" jawapan yang tak best.

Cis, ade ke patut die kate aku ni buaya, aku ni punye le baik umat dikatekan buaye.
Posted by 2nd head prefect
Thursday, May 14, 2009 at 8:02 PM | 0 comments  
Aku jadi kelam kabut dapat mesej soh beli mee bandung. Dalam aku leka baca mesej , motor cina ni boleh plak potong aku.

"Cis, pantang keturunan rossi la kene potong tetibe ni," jerit aku pada mangkuk ayun tu.

Aku pun ape lagi , kejar la. Dalam tak sampai berape second aku da dapat potong motor mangkuk ni. Ape la lembap budak ni bawa motor.

Aku sengaje tukar jalan. Sambil memulas trotell motor ku lagi..weeeng!...wwwennggg! Bengang cine tu tengok aku. Die cube kejar aku lagi. Tiba-tiab aku nampak sesuatu yang berkaitan dengan msej aku.

Aku buat drift U-turn trus park motor kat situ, cine mangkuk tu ble..

"Woi, pasal pa lu stop sini," tanya cine tu.

Aku pun tunjuk papan tanda kat situ.

Warung Pak Tam! Mee Bandung Special!
Posted by 2nd head prefect Labels:
Wednesday, May 13, 2009 at 5:48 PM | 0 comments  
Ku ingin kau tahu...diri ku disini...menanti dirimu...ringtone lagu ungu.Henpon aku bunyi lagi..

Tapi dari privet no...

Aku angkat tak dengar ape-ape..banyak kali semalam. Masa tu aku tengah bawa motor nak pergi alamanda.

Bunyi dan terus bunyi..tak dengar juga. Aku rasa aku tahu siapa pemanggilnya. Mungkin orang yang call aku tu orang yang sangat aku tunggu kepulangannya. Aku nak call balik tapi tak boleh.

Tension juga..

Mungkin panggilan tu penting. Sebab dia call banyak kali!
Posted by 2nd head prefect
Monday, May 11, 2009 at 7:00 PM | 2 comments  
Ngeeeettttt!!!

Full trottle tu aku press. Main 3 lab bukan menjadi benda asing bagi aku. Pick up je budak ni dah kene dengan aku. Aku senyum lebar aje. Maklumlah starting saje dah aku titik die 1/2 kilo.

Dalam aku menumpukan perhatian aku terhadap motor ini, tiba-tiba aku terasa vibrate di poket kiri ku, alah nak tengok kejap ke tak nak. Aku biarkan je. Dengan harapan tak vibrate lagi. Tapi die vibrate juga.

Dengan keadaan berhati-hati, aku pun jengah sekilas hanphone 33sekupang aku tu,

1 new messeage.

Dik, balik jap belikan ibu me bandung kat kedai depan.

What the hell punye mesej ni!

tubikontoniut
Posted by 2nd head prefect Labels:
Sunday, May 10, 2009 at 11:24 PM | 1 comments  
"Oh mak kau!! " jerit mak cik di tepi jalan tadi bila dia nyaris-nyaris di langgar oleh sebiji motor yang sungguh laju di tunggang oleh aku.

Dalam hati aku hanya mampu ketawa.Dalam kepalaku hanya mahu sampai secepat kilat di litar kasih.

Wenggggg! Wenggggggg! sengaja aku sound mamat-mamat rempit yang sedang menanti aku.

"Bro, nape lambat. Orang dah tak sabar ni. Cina ni nak main ngan ko lah." kata si Sidek.

"Cakap kat die, main kosong suruh die balik,"sahutku.

"Main duit la ni. Siap bagi cia lagi ni," tambah Sidek.

"Ok set!"satu keputusan yang mungkin silap telah di ambil oleh anak-anak muda.

Weeeeeeennnngggggggg!!! Aku pun layan budak cina tu, "siut tak pakai helmet!" Berani mati betul cina ni.

Peh! sekali die bawa keluar motor bikin untuk sprint test la...mampus aku..
Posted by 2nd head prefect Labels:
Pelik aku, masuk lab jumpelah sorang kawan ni. Pada mulanya aku cume nak cakap, "Kak nanti tengah hari pinjam charger motorola".

Aku espect die akan hanya cakap ok atau pun sepotong ayat yang tak lebih dari sepuluh words. Tapi...hmmm..die cakap sampai aku terpakse dengar hampir setengah jam!

Cerita, mak die la, bapa diela, suami die la...aduh..dalam hati aku asyik cakap , " bile la akak ni nak habis cakap, aku dah letih berdiri ni." Nak blah camtu je tak baik. Pasal aku nak pinjam charger die. Nanti die tak bagi plak.

Aku cuba buat muke yang malas nak dengar. Tapi, die tak pernah putus ase, dan terus bercakap. Yang paling letih tu, boleh pulak die menangis depan aku akibat kesedihan cerite die.

Pergghh! parah ni.

"Bat, ade telefon ko bunyi tu," jerit si Lan.

Fuh..nasib ade penyelamat.
Posted by 2nd head prefect
Aku teringin nak tengok macamana keadaan Ani. Cerita Ani ni tidak habis malah tergantung dek kerana watak utamanya masih di dalam koma. Aku tidak tahu berapa lama lagi dia akan sedar. Kalau Ani ada mesti lain. Rakannya sering bertanya tentang Ani kepada ku.

"Bat, Ani macam mana? Ada dengar apa-apa cerita pasal dia?" tanya si ila.

Aku tak mampu menjawab soalan tu."Entah," pendek saja jawapannya.

Sambil miinum nescafe, duduk melayari expert eleven ni sambil dengar lagu The times

gadisku dalam koma,
seriuskah keadaannya,
gadisku dalam koma,
seriuskah situasinya,

dengarlah lagu ini bila sedar,
betapa pilu, tangisku,
ku berikrar takkan ingkar,
mogakan sembuh segera,
maafkanlah, diri ini jika pernah,
salah dan silap dengan mu,
ku berdoa ke atasmu,
moga kau pulih semula.
Posted by 2nd head prefect Labels:
Tuesday, May 5, 2009 at 5:41 PM | 1 comments  
Wengggggggggg!!!!

"Woi nak mampos ke?" aku sound terus mat rempit nih.

Bodoh, kalau langgar kereta aku tadi memang aku pijak mat rempit ni. Tak sayang nyawe ke dorang ni. Sungguhpun aku marah pada mat rempit, tapi kadang-kadang suke juga tengok mat rempit bawa awek.

Teringat aku dulu aku penah kene tangkap dengan polis pasal rempit dan awek.

Mase tu aku kire jaguh jugala kat ats jalan tu. Menang tu takdelah banyak. Tapi selalu juga la. Nak jadikan malam tu aku kene tangkap, malam tu aku lepas maghrib aje aku tido. Ngantuk sebeb baru balik kerja.

Zaman ni zaman aku baru lepas spm. Mase tu jiwa tengah panas beb! Cakap mak bapa tu kire loceng sekolah la kat telinga aku.

Tengah syok tido..."ku di halaman rindu, hanya berteman, dunia yang satu!" bunyi ringtone aku.

tubikontoniut
Posted by 2nd head prefect Labels:
Saturday, May 2, 2009 at 11:11 PM | 1 comments  
Sedang aku menumpukan perhatian ku ke atas jalan, tiba-tiba abah aku bertanya,"dik buat blog tu macam mana?"

Aik macam mana abah boleh terfikir nak buat blog ni?

Memang zaman sekarang semua orang mahukan kebebasan. Kebebasan apa, yang itu kita tak tahu.

" Macam nilah abah, lepas rodblog ni adik akan terangkan macam mana nak buat blog," jawab ku.
Posted by 2nd head prefect
Friday, May 1, 2009 at 1:11 AM | 1 comments  
Aku tengah rushing dengan kakak aku nak pergi gym, tetiba kawan mak aku datang. Aku ni jenis mals sikit kalau kawan mak aku datang. Mesti ada yang tak best.

Kebetulan mak aku pun nak keluar. Kakak aku pun tumpangkan dia sampai rumah. Dalam kereta dia pun berbual dengan aku," makcik nak cerita sikit ni nak".

"Cerita apa ?" tanyaku.

"Ni ha, pakcik kau dah seminggu pakai benda ni. Jimat minyak kereta," cerita makcik.

"Benda ni pasang kat mana?" tanyaku lagi.

"Ala pasang kat tempat cucuh rokok ni, nanti dia menyala la lampu dia. Kalau anak beli anak boleh dapat income tau,lalalalalala,"panjang la cerita makcik tu.

Rupanya datang jumpa mak aku nak ajak masuk jual benda Alllah ni. Sanggup dia jalan kaki datang ke rumah aku. Jauh juga lah rumah dia dengan aku.

Aku tak minat dengan cari rezeki macam tu. Cuma aku hormat semua cara cari rezeki yang halal, simpati juga ada pada makcik yang sanggup berjalan kaki dari rumah ke rumah semata-mata nak ajak orang masuk multi level marketing ni.

Aku salahkan kerajaan yang uat masyarakat buat kerja ni. Ekonomi jatuh. Orang kampung tak ada kerja, terpaksa buat kerja ni. Semata-mata nak cari duit.

Pula tu, tokey company macam ni kebanyakannya cina. Yang jalan kaki pergi cari downline melayu. Yang pakai mercedes kilat sambil kaup untung cina.

Aduhai...
Posted by 2nd head prefect
Visit the Site
MARVEL and SPIDER-MAN: TM & 2007 Marvel Characters, Inc. Motion Picture © 2007 Columbia Pictures Industries, Inc. All Rights Reserved. 2007 Sony Pictures Digital Inc. All rights reserved. blogger template by blog forum.