Friday, April 17, 2009 at 8:34 PM |  
Semalam Ani call aku lagi. Aku melayan seolah-olah seperti tadak mahu melayannya. Bukan aku mahu untuk begitu. Tetapi aku tidak mahu dia tahu yang aku masih dan sentiasa menyayangi dia.

"Bat, Ani nak minta maaf."kata Ani.

"Maaf pasal apa?" tanyaku.

"Pasal apa yang Ani pernah buat dengan Bat dan Tasya,"jawabnya.

"Oh, pasal tu. Sudahlah perkara dah lama berlalukan. Semuanya punca pada Bat juga,"terangku pada Ani.

"Tujuan Ani call hari ni, hanya untuk minta maaf pada Bat,"sayu saja suaranya.

"You are so special for me,"dengan nada yang agak tidak jelas dari Ani.

Tak lama kami berbual. Hanya untuk seketika. Ani memberitahu ku dia akan pulangkan tag aku secepat mungkin kerana dia akan bertolak ke Brunei pada 21 April ini.

"Sempat ke Ani?" tanyaku.

"Ani masih ada dua hari. Kalau Ani tak sempat, Ani letak kat meja Bat ye,"jawab Ani.

"Ani memang taknak jumpa Bat kan,"kataku dengan agak keras pada Ani.

Ani, cinta kita hanya cinta dalam hati. Hati kita sangat kuat bercinta. Tetapi ianya tidak mampu di bawa ke alam realiti. Bat tak tahu mengapa ianya berlaku. Kenapa takdir temukan kita.

Aku tahu pertemuan aku dan Ani pasti ada hikmahnya. Kelakar juga mengingat tentang bohong ikhlas. Sepanjang aku bersama dia aku hanya pernah keluar sekali. Pada aku saat tu sangat bahagia. Aku suka dengan sifat manjanya.

Aku faham akan tindakan keluarganya yang menghalang aku untuk berkongsi perasaan bersama Ani. Mungkin meraka menganggap aku akn mencuri Ani dari meraka.

Tidak..aku bukan mencuri Ani. Cuma aku menumpang di pohon yang rimbun saja. Aku hanya mahu berkongsi Ani dengan mereka.

Ani seorang yang sangat baik. Pasti babanya, ibunya, abangnya dang seluruh keluarganya baik. Sayang aku tidak dapat bersama mereka.

mungkin ini memang jalan takdirku
mengagumi tanpa di cintai
tak mengapa bagiku asal kau pun bahagia
dengan hidupmu,
dengan hidupmu

telah lama kupendam perasaan itu
menunggu hatimu menyambut diri
kutak mengapa bagiku
cintaimu pun adalah bahagia untukku,
bahagia untukku

ingin kau tahu diriku di sini menanti dirimu
meski ku tunggu hingga ujung waktuku
dan berharap rasa ini kan abadi untuk selamanya
dan ijinkan aku memeluk dirimu kali ini saja
tuk ucapkan selamat tinggal untuk selamanya
dan biarkan rasa ini bahagia untuk sekejab saja..

Cinta dalam hati...

Ani semoga harapan kita menjadi satu kenyataa..ingat lagikan..

Satu harapan..satu doa..
Posted by 2nd head prefect Labels:

2 comments:

Anonymous said...

Anak ku Bat,
Kami menghormati permintaan 'ANI'
Bat, Sebagai seorang Bapa bagi pihak 'ANI' maafkanlah dia.
Mungkin memang salah 'ANI' dalam permasalahan kamu bertiga tapi 'ANI' cuma insan biasa yang tak lari drpd melakukan kesilapan.
Anak ku Bat,
'ANI' berangkat ke Brunei tanggal 20 April
kemudian ke Alfred, Victoria tanggal 21 April
'ANI' meminta kami merahsiakan tujuan nya
Tapi 'ANI' dijangka kembali ke tanah air hujung bulan Jun ini.
Kami sangat berharap agar raya tahun ni kami masih dapat beraya bersama.
Kerana tanpa 'ANI' suasana musim raya kami tak seindah biasa.
Sesiapa yang bernah mengenali 'ANI' pasti faham akan maksud kami.
'ANI' pelengkap keceriaan kami sekeluarga.
Bat, untuk pengetahuan kamu kami tidak pernah menghalang hubungan kalian.
'ANI' memilih untuk jadi begini.
Kami menghormati permintaan 'ANI'
Kami sedia terima siapa sahaja dihati 'ANI'
Kami tidak akan mengecewakan 'ANI'
Marilah kita sama-sama mendoakan kesejahteraan untuk 'ANI'

April 17, 2009 at 11:09 PM  
2nd head prefect said...

tiada solat yang lekang dengan doa..mohon maaf pada ayahanda 'ani' kerana berkawan tanpa kebenaran. name tag saya masih bersama 'ani' sebelum dia pergi ke rumah abang ngahnye, ani datang ingin pulangkan.tapi saya menolak..kerana hanya name tag itu saja akan menjadi sebab kami akan berjumpa.saya akan terus mendoakan ani. Sama juga pada ayahanda 'ani'. selalu ani ceritakan pada saya tentang anda.Cerita gurau sendanya bersama anda..kasih sayang anda padanya..anda idola ani..jaga kesihatan ya..

April 19, 2009 at 5:48 PM  
Visit the Site
MARVEL and SPIDER-MAN: TM & 2007 Marvel Characters, Inc. Motion Picture © 2007 Columbia Pictures Industries, Inc. All Rights Reserved. 2007 Sony Pictures Digital Inc. All rights reserved. blogger template by blog forum.