Thursday, June 11, 2009 at 4:55 PM |  
Semalam akhirnya aku beritau juga pada Ani tentang kehadiran Nono. Selama Ani tidak mengambil berat tentang aku, Nono selalu menemani aku. Memang aku sayang pada Ani. Tetapi aku terpaksa juga hancurkan perasaan dia. Aku dah agak perkara ini akan berlaku suatu hari nanti.

Pada aku aku memilih waktu yang paling sesuai. Kisah ini sama dengan kisah waktu aku dan Tasya. cuma ketika itu Tasya tidak dapat terima kenyataan. Ani lain, die restu. Aku tau sebabnya, mungkin kerana masalahnya.

Aku tinggalkan dia kerana aku mencari masa depanku. Bila aku dan Ani, aku tidak nampak masa depan itu. Tetapi dengan Nono kami sudah berjanji aku akanberkahwin dua tahun dari sekarang.

Cukuplah untuk aku buat persediaan untuk ke alam tu. Aku masih ada cita-cita ingin aku lakukan. Setakat ini perancangan aku sudah mula selangkah. Masih ada lagi dua perancangan aku untuk tahun ini masih belum berjaya.

Cerita tentang Ani aku tutup bukunya hingga ke posting ini. Aku harus memandang ke hadapan. Dia memang manusia hebat. Aku percaya dia akan berjaya dalam bidang yang dia ceburi.

Kini aku aku terus berjalan...
Posted by 2nd head prefect Labels:

2 comments:

umie said...

:-)

June 14, 2009 at 7:33 AM  
Anonymous said...

Biarkan 'ANI' dengan jalan hidupnya sendiri. Tentang 'ANI' biar kami uruskan.

Teruskan perjuangan anda demi masa depan

Doa kami bersama anda

AMIN

August 10, 2009 at 12:29 AM  
Visit the Site
MARVEL and SPIDER-MAN: TM & 2007 Marvel Characters, Inc. Motion Picture © 2007 Columbia Pictures Industries, Inc. All Rights Reserved. 2007 Sony Pictures Digital Inc. All rights reserved. blogger template by blog forum.