Saturday, January 24, 2009 at 9:11 AM |  
Hari ini aku menjalani terapi aku untuk tidak terbawa-bawa kisah aku dan Ani. Sekarang dia sudah berada di Mauritius. Mungkin Satu hari aku akan berjumpa dengan dia.

Pertemuan terakhir ku dengan dia adalah semalam. Kami masing-masing telah mengambil kata putus untuk menghentikan cerita kami. Mungkin buat masa ini adalah tidak sesuai untuk kami berkongsi rasa kasih sayang. Ataupun mungkin pertemuan kami ini adalah untuk menyatukan kasih seorang ibu dan anak.

Mungkin juga satu tapak untuk masa hadapan...

Aku berpuas hati dengan berita gembira yang telah disampikan oleh Ani sendiri tentang kisah dia dan ibunya.

Sekurangnya usaha ikhlasku berhasil..

Walaupun aku masih mengharap yang kami akan ersam kembali di masa hadapan..

"At least, Umie tak kehilangan mrfeckry,"satu harapan satu doa.

"Ani, ambil dan simpan name tag Bat, 2011 andai kata kita bertemu jodoh Ani pulangkan balik pada Bat,"satu harapan satu doa.

Aku menganggap perpisahan kami ini merupakan satu tanda untuk sesuatu. Mungkin jika ada suratan jodoh, inilah masa kami mempersiapkan diri.

Aku tidak tahu samada kami akan bertemu kembali atau tidak. Mungkin ya, mungkin tidak.

Sehingga di sini aku rasa cerita aku dan Ani perlu di hentikan atau ditangguhkan buat seketika. Kerana realitinya belum lagi datang untuk di khabarkan.

Jika Ani membaca cerita ini, satu pesanku...SATU HARAPAN, SATU DOA...Umairah Syamimie..
Posted by 2nd head prefect Labels:

0 comments:

Visit the Site
MARVEL and SPIDER-MAN: TM & 2007 Marvel Characters, Inc. Motion Picture © 2007 Columbia Pictures Industries, Inc. All Rights Reserved. 2007 Sony Pictures Digital Inc. All rights reserved. blogger template by blog forum.