Friday, June 26, 2009 at 10:08 AM | 0 comments  
Asyik ade aje yang menghalang aku untuk bertemu dengan Ani. Sepatutnye aku jumpe ani semalam. Tapi nak buat macam mane, aku pulak yng ade masalah.

Hubungan aku dengan ani seolah-olah semakin jauh jaraknye. Keluarganya juga tahu tentang itu. Aku pasti mereka aka membenci aku.

Aku masih sayang dan cintakan die. Biarlah kate orang. Kalau sebelum ni aku boleh dibenci oleh mereka kenapa sekarang aku kene mengeluh.

Entah bila baru dapat jumpa ani. Katanya bulan puasa nanti. Banyak bende yang akan belaku...

Percayala..
Posted by 2nd head prefect Labels:
Wednesday, June 17, 2009 at 12:38 AM | 0 comments  
Berita kosmo hari ni buat aku geram and cuak je. Penjawat awam di larang berchating dan melayari website yang ditetapkan sama waktu dengannya.

Internet pun nak sekat la wei!

Apalah..ni macam nak menyekat hak kebebasan blogger je. Nasib aku memang tak minta chating.

Banyak lagi benda berfaedah die boleh larang. Janji kerje siap oklah.
Posted by 2nd head prefect
Kenape orang melayu ni pemalas nak buat bende yang remeh temeh? Kalau tak effect kat oraang lain takpe. Ni tidak, kene kat orang lain.

Pagi ni aku pi toilet ofis aku, nak wat la ape yang patut. Tengok mangkuk tandas tu penuh. Ape la orang yang terakhir gunekannya. Punyela pemalas.

Rase aku, yang buang dan tinggal ni binatang je. Bukan aku nak kutuk, tapi memang tu aku nampak. Kan ke kite ni manusia bertamadun.

Pelik zaman melenium macam ni pun perkare ni ade lagi. Bukan condition tandas ni tak elok. Memang tip top la. Bukan aku malas nak setelkan. tapi masalah sub marin ni dah banyak kali dah terjadi.

Memang la takleh nak tangkap sape yang buat, tapi behave la sikit. Name je negare maju. Cube bende ni berlakukat KLIA airport, ade plak orang luar negare yang terkene. Memang diorang cop malaysia ni masih mundur macam orang utan lagi.

Dah pakai, setelkanlah..!
Posted by 2nd head prefect
Monday, June 15, 2009 at 9:43 PM | 0 comments  
aku dapat mesej..

tak mengapalah, abang faham zul tersinggung dengan kami sekeluarga..

mesej ni aku tahu salah seorang keluarga ani yang hantar. Mungkin sebab aku tak pergi majlis kenduri kahwin kakak ani.

Maaf di sini ada salah faham. Tak pernah aku tersinggung dengan keluarga Ani. Ada salah faham yang berlaku. Mungkin Ani dapat terangkan.
Posted by 2nd head prefect Labels:
Mengikut kajian terperinci di buat oleh aku dan hazril, stadium terengganu tu memang munasabah runtuh.

Ketika hazril membuat lawatan, katanya amat terperanjat sebab memang tak sangka pun stadium yang lawa macam tu boleh runtuh. Bayangkanlah baru je stadium tu buat, dah runtuh.

Jadi untuk posmotem bende ni, banyaklah andaian dan teori keluar. Ade yang cakap, kontraktor cut cost lah..struktur tianglah.

Sebenarnya engineer yang buat tu engineer korea. Mase pemasangan tu telaha berlaku satu salah faham, sebab kontraktor malaysia tak faham cakap korea. Jadi lain yang di suruh lain yang di buat.

Kami pun pelik kenape banyak-banyak engineer, korea punye juga di pilih. Ini ada kemungkinan orang yang pilih ni memang suke tengok drama korea. kan sekarang ni drama korea jadi hot market.

Sume aweks suke tengok citer tu. Akibat pengaruh suke tengok citer korea so dorang pun pilih engineer korea. Dah tu si korea memang agungkan bahase die. Pantang pula cakap orang putih.

Tu yang kontraktor kite tak paham tu....dah slah pasang..teori ni akan kami bawa ke mahkamah kerena pihak kerajaan nampaknye buntu mencari sebab keruntuhan tersebut..
Posted by 2nd head prefect
Sunday, June 14, 2009 at 4:49 PM | 0 comments  
Kalau aku kaye...aku memang tak pernah fikir nak jadi kaye..aku selalu fikir nak jadi spidermen. Boleh panjat bangunan. Boleh lompat sana-sini. Boleh ade awek cun. Boleh Tolong orang.

Ramai orang ade idola superhero. Aku pun tak ketinggalan, mungkin aku minat spidermen sejak aku suke tengok spidermen hitam ngan awek kristien dust tu.

Bayangkanlah aku tak pernah tengok filem spidermen secare full. Actually aku ni menghadapi masalah sikit. Dokter pun tak boleh nak ubat dah. Kalau aku tengok filem, aku senang tertido.

Aku pun tak tau lah kenape. Kan best kalau jadi spidermen, tak payah jadi kaye. Boleh pergi jauh2. nak pakai baju die pun orang tak gelak. Cube bayang kalau aku pakai baju die sekrang. Tak ke mati akibat kene gelak.

Jadi spidermen ade,kuase, name, perempuan, bukan tu ke idaman semua lelaki dalam dunie. So tak payahlah jadi kaye.

Ni tengah bayangkan,berape banyak spiderweb aku kene simpan kalu nak balik melaka ni..huhu..
Posted by 2nd head prefect
Friday, June 12, 2009 at 1:13 AM | 1 comments  
Aku selalu pening. Pikir macam-macam. Kadang-kadang yang lagi wat aku bengang, bile nak buat sesuatu mesti ada yang tak perfect. Sikit lagi...

Aku cuba siapkan proses kerjaku untuk asb tu..tapi tibe-tibe ade je yang aku perasan aku tertinggal kat rumah. Bengang betul la..Dah siap dah yang lain. Tinggal slip gaji je. malas aku nak patah balik rumah.

Manusia memang cepat lupa. Macamana tak lupa. banyak bende yang difikirkan. Banyak ke?

Aku teringat kawan-kawanku yang lalu. Macamana mereka sekarang. Tahun 2008 banyak kenangan bagi aku. Setahun aku tinggal di Melaka. macam-macam aku buat. kadang-kadang aku sendiri terkejut dengan apa yang aku buat.

Aku ke yang buat?

Sehingga kini aku masih teringat. Semuanya tentang tahun 2008. Sebab tu aku seolah-olah melarikan diri ke Putrajaya. Aku selalu memikirkan adakah satu hari nanti aku akn pulang sebagai seorang wira?

Mungkin ya..mungkin tidak...
Posted by 2nd head prefect
Semalam akhirnya aku beritau juga pada Ani tentang kehadiran Nono. Selama Ani tidak mengambil berat tentang aku, Nono selalu menemani aku. Memang aku sayang pada Ani. Tetapi aku terpaksa juga hancurkan perasaan dia. Aku dah agak perkara ini akan berlaku suatu hari nanti.

Pada aku aku memilih waktu yang paling sesuai. Kisah ini sama dengan kisah waktu aku dan Tasya. cuma ketika itu Tasya tidak dapat terima kenyataan. Ani lain, die restu. Aku tau sebabnya, mungkin kerana masalahnya.

Aku tinggalkan dia kerana aku mencari masa depanku. Bila aku dan Ani, aku tidak nampak masa depan itu. Tetapi dengan Nono kami sudah berjanji aku akanberkahwin dua tahun dari sekarang.

Cukuplah untuk aku buat persediaan untuk ke alam tu. Aku masih ada cita-cita ingin aku lakukan. Setakat ini perancangan aku sudah mula selangkah. Masih ada lagi dua perancangan aku untuk tahun ini masih belum berjaya.

Cerita tentang Ani aku tutup bukunya hingga ke posting ini. Aku harus memandang ke hadapan. Dia memang manusia hebat. Aku percaya dia akan berjaya dalam bidang yang dia ceburi.

Kini aku aku terus berjalan...
Posted by 2nd head prefect Labels:
Wednesday, June 10, 2009 at 4:44 PM | 1 comments  
Hari ini ani akan berangkat Brunei. Semenjak dia balik dari alfred kami langsung tak jumpe. Aku agak sedih tentang itu. Semalam aku berbual panjang dengan die melalui telefon . Dia terkejut yang aku tahu akan rahsianye yang membuatkan kami tidak boleh kahwin.

Ani tidak boleh pragnent. Pada aku, peduli itu semua. Andaikata aku berkahwin dengan dia dan kami tak dikurniakan cahaya mata, itu takdir. Semua itu kuasa tuhan. Dia berjaya dalam operationnye juga pun kuasa tuhan. Kisah aku dengan dia terlalu berat.

Walaupun hubungan aku dan dia tidak tahu diman penghujungnya, pada aku ini adalah cinta yang aku kan kenang. Cinta sejati. Sungguhpun aku akan berkahwin dengan orang lain, tetapi jauh di sudut hati aku, akan tetap mengingati dia. Aku minta maaf pada bakal isteriku.

Ani, harikau pergi,aku tak tau bile kite akan jumper lagi. Tapi aku percaye satu mase nanti kite akan jumper juga.
Posted by 2nd head prefect Labels:
Visit the Site
MARVEL and SPIDER-MAN: TM & 2007 Marvel Characters, Inc. Motion Picture © 2007 Columbia Pictures Industries, Inc. All Rights Reserved. 2007 Sony Pictures Digital Inc. All rights reserved. blogger template by blog forum.