Wednesday, August 12, 2009 at 4:44 PM |  
Talam bermuke dua. Label yang harus diberi pada penggerak dan yang menggerak PPSMI. Orang melayu yang hipokrit sibuk berkata, "ah, PPSMI ni penting, kalau nak belajar ilmu orang putih kene belajar cakap orang putih". Kepala hotak. Memelayukan ilmu yang ditulis dalam bahas inggeris bukankah tanda kita sudah merdeka.

Tahun ini genap 52 tahun kita merdeka, tapi kita seolah-olah masih dijajah. Nampak seperti tiada yang peduli akan semua ini. Aku berasa terpanggil bersama untuk tidak bangga dengan idea ini. Mengapa kita harus kembali dijajah? Apakah sudah tidak dikenang pengorbanan orang tua kita yang memerdekan tanah melayu.

Mengapa kita harus setuju ideologi jajahan ini sudah jelas mengkhianat bangsa?. Mana agaknya martabat Bahasa Melayu.

Jangan terkejut anak melayu sekarang berasa jelek berbicara dengan bahasa melayu, bahasa orang putih bersilat di lidah mereka pula. Ini ajaran siapa? Mengapa ini terjadi? Jangan lah bunuh bahasa kita. Kita ini bangsa melayu, benar kata Tengku Nyak Puteh bin Ramlee, bahasa melabangkan bangsa. Jika jelek berbahasa sendiri, bangsa apakah kita ini.

Aku terfikri, adakah serangan PPSMI di lakukan untuk sesuatu. Cuba kita berfikir sejenak, pencipta ideolagi mencipta ideolgi ini pernah berkata, melayu mudah lupa. Apakah itu, sebenarnya begini, tujuan beliau adalah kerana ingin melayu itu tersentak dari tidur apabila hak dicabar. Beliau nak lihat apakah melayu ini sudah lupa akan haknya. Ini kerana bahasa melayu terkandung di dalam kontrak sosial yang diiktiraf sebagai bahasa rasmi tanah melayu. Jadi bagi menyedarkan melayu yang sudah lupa ini, beliau sengaja menyepak ke muka-muka anak bangsa ini supaya bangkit untuk pertahankan hak ini.

Wawasan 2020 menjadi impian beliau. Tetapi semakin hampir dengan hari itu semakin lemah orang melayu. Jadi pada fikiran beliau, sesuatu harus dilakukan . Nah, inilah penyepak dari beliau. Tetapi masih beliau sedih, kerana melayu ini memang masih lemah. Masih dungu apabila disepak. Beliau berfikri, orang melayu perlu disepak kuat-kuat agar terjaga dari tidur. Itulah Bapa Permodenan kita.

Jangan kita salah anggap apa tujuan PPSMI itu, semboyan semangat merdeka harus di tiup. Kita perlu bangkit untuk pertahankan bahasa ibunda kita. Jangan jadikan bahasa melayu ini sekadar bahasa sms. Kita perlu sedar, zaman kesultanan melayu melaka mula di buka pada tahun 1402 dibawah naungan Parameswara yang di gelar Sultan Muhammad Shah. Tetapi Melaka di jajah pada 1511di bawah naungan Sultan Mahamud Shah. Di dalam era itu Melaka sangat kaya dan diktiraf pusat dagangan yang terhebat. Bahasa kita digelar Lingua Franca. Tetapi genap pada tahun 1511 masihi, Melaka di jajah. TANAH MELAYU MELAKA DI JAJAH! Berapa tahunkah melayu menjadi tuan kepada tanahnya sendiri itu, cuba fikirkan.

Selama 109 tahun Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka memerintah. Kekayaan, kekuasaan, agungan dicipta, tetapi punah begitu saja akibat penyakit melayu mudah lupa, lalai, dan leka. Kita baru merdeka 52 tahun. Apakah tulah ini akan menimpa kita juga. Kerana apa yang berlaku lebih dahsyat lagi jika dibanding dengan zaman kesultanan Melayu Melaka dahulu.

Jangan biarkan negara kita tergadai. Sedarlah akan kita serangan PPSMI ini bertujuan apa. Syabas kepada mereka yang sedar dah takziah kepada mereka yang masih lalai.

Ayuh semarakkan jiwa merdeka di jiwa bangsa kita.

Al-fatiha kepada pejuang Tanah Melayu.
Posted by 2nd head prefect Labels:

0 comments:

Visit the Site
MARVEL and SPIDER-MAN: TM & 2007 Marvel Characters, Inc. Motion Picture © 2007 Columbia Pictures Industries, Inc. All Rights Reserved. 2007 Sony Pictures Digital Inc. All rights reserved. blogger template by blog forum.