Tuesday, August 18, 2009 at 5:14 PM |  
Bodoh la dorang yng cakap pasal agama tapi hanya guna sesedap lidah je. Ingat ni sup lidah ke. Cerita hukum haka agama dijadikan bahan mainan. Yang celik agama pula seolah sudah tidak berkuasa untuk berbicara tentang agama. Setiap kata nasihat yang dikeluarka diputar belit oleh sang pendengaki.

Mengapa golongan ulama sekarang dilaya seperti pengemis jalanan yang dipandang hina oleh masyarakat. Sedangkan orang yang jelek dalam agama bersembang bagai guruh berdentum di langit.

Ulama ni pewaris Nabi s.a.w. Jangan golongon ini di ketepikan. Mereka umpama lilin yang menerangi cahaya yang gelap. Tapi apakan daya jika api lilin itu sudah tidak mampu melawan kepekatan gelap itu.

Isu menuding jari siapa masuk syurga atau neraka bergema untuk sambutan bulan ramadhan. Sduah lah yang mendengar itu menabur racun di telinga, malah ditempias pada orang lain pula. Apa yang keluar di bibir pendakwah cuma supaya kita bertakwa pada yang Maha Esa. Itupun diputar belitkan.

Syurga neraka itu sudah jelas di dalam al-quran tentang siapa yang berhak untuk ke sana. Sedih yang teramat pabila mengenang cerita agama atau fizikal agama menjadi bahan gurauan.

Ingat lah sesungguhnya kita adalah hamba Allah, sehebat mana kita di bumi kita tetap hamba. Sambutlah ramadhan ini dengan kegembiraan kerana kita sesungguhnya beruntung bertemu dengan ramadhan.

Nabi s.a.w pernah bersabda ," rejab bulan allah, sya'ban bulan ku, ramadhan bulan umatku."

Lupuska la persengketaan dan marilah kita mengejar pahala yang dijanjikan Allah di bulan Ramdhan al mubarak ini.
Posted by 2nd head prefect

0 comments:

Visit the Site
MARVEL and SPIDER-MAN: TM & 2007 Marvel Characters, Inc. Motion Picture © 2007 Columbia Pictures Industries, Inc. All Rights Reserved. 2007 Sony Pictures Digital Inc. All rights reserved. blogger template by blog forum.