Tuesday, December 30, 2008 at 8:48 PM | 0 comments  
Ya Allah,
Ampunilah dosa hambamu sepanjang tahun 2008. Jadikanlah tahun 2009 ini tahun yang baik buat hamba mu ini.

Ya Allah,
Sesungguhnya terlalu banyak perancanganku di tahun 2008 telah gagal. Janganlah kau ulangi kegagalan itu datang padaku tahun 2009.

Ya Allah,
Jika kau sudah takdirkan pada ku takdir yang tidak baik pada tahun hadapan, aku pohon ke hadratmu untuk kau tukarkan kepada yang baik.

Amin...
Posted by 2nd head prefect
Monday, December 29, 2008 at 6:53 PM | 1 comments  
Dari semalam lagi aku rasa agak suwei. Baru nak pergi karaoke maotor aku terkena paku payung. Nasib budak rumah aku ada. Dapat tumpang sekaki pergi kerja.

Semalam Ani kata tak kerja hari ni. Aku dah prepare sebab malam tadi aku ada mesej rajuk kot kat dia. Tapi sekarang dia ada depan mata aku. Rasa macam nak sepak muka sendiri bagi terjaga dari mimpi.

Kat office aku kene pow Rm 4, yuran kelab office. Macam haram...

Yang paling tak best, pagi tadi aku kene pergi kerja pukul 7.10 pagi. Padahal aku patut punchcard pukul 8.30...

Aduhhhhh....life must be go on....
Posted by 2nd head prefect Labels:
Saturday, December 27, 2008 at 7:27 PM | 0 comments  
" Bat kau ada dengar Boss masuk Sempang Renggam?"tanya si Mae.

Aku pun terkejut dapat apnggilan dari mae yang agak lama tak call aku.

" Kau biar betul? Aku tak tahu berita pun." jawab ku.

"Betul Bat, polis cari semua orang kanan dalam budak kita sekarang ni. Semua ni punca kes pukul Polis di Melaka," jelas Mae.

Bodoh betul diorang ni. Nak lawan Polis. Betul-betul nak jadi macam gangster kat negeri China.

Boss, bertaubatlah bila kat Sempang Renggam tu.
Posted by 2nd head prefect Labels:
Tuesday, December 23, 2008 at 11:36 PM | 1 comments  
Hari ni tumpang Ani jumpa Tasya...

Gempaq dari aku untuk diri sendiri...
Posted by 2nd head prefect Labels:
"Bat aku tak dapat la KPLI tu,"rintih Tasya kepada aku.

"Sabarlah. Nanti kita cuba buat rayuan,"hanya itu saja yang mampu aku cakap untuk mengubat hati dia yang tengah luka.

Mungkin aku tak dapat pergi Penang. Cuti aku pun macam suam-suam kuku.

Hari ni aku ada plan yang nak di buat. Tapi cuak pula rasanya.

Nak buat ke tak?
Posted by 2nd head prefect
Aku rasa antara aku dan Ani perlu ada titik noktah. Sebab aku fikir komitmen aku dengan Tasya adlah penting. Kami dah terlalu jauh.

Ani dan aku masih belum bercambah benihnya. Untuk kebaikkan diri aku dan hidup aku, aku perlu melangkah begini.

Memang betul aku sudah mula rasa suka pada Ani. Tapi aku belum betul-betul hebat untuk semua ini.

Ani, one day kalau ada, adalah..

Thats all about Ani.....(ROSNANI)
Posted by 2nd head prefect Labels:
Monday, December 22, 2008 at 9:02 PM | 0 comments  
Peluang hanya datang sekali...
Menyesal aku tak merebut peluang semalam. Peluang apa yang aku tak rebut tu biarlah aku simpan.

Nak kata aku pemalu, taklah sangat. Sikit-sikit adalah. Tapi terasa nak maki diri sendiri pun ada. Peluang jarang datang lagi. Gerammmmm....

Perlukah tergopoh-gopoh merebut peluang? Atau lebih baik kita bersabar?

Tapi nak sabar sampai bila? Samapai peluang tu lepas depan mata.

Aku rasa katanya semalam seperti menyindir....
Posted by 2nd head prefect Labels:
Sunday, December 21, 2008 at 11:59 PM | 0 comments  
Spetang di quenssbay...

Ada 2 beca.

4 orang, Ali dan emaknya. Apek dan Nyonya.

"Ali, lu gua...mak lu bini gua,"cadang apek tu.

Kecepuk! Lebam biji mata apek.
Posted by 2nd head prefect
Berhempas pulas aku menghabiskan kerja-kerjaku agar dapat aku bercuti krismes nanti.

"Bat, ni ada lagi code budget yang perlu di semak," kenyataan lembut dari kak Syuhada.

"Nak bila kak semua ni?" tanyaku.

"Sebelum krismas la", jawabnya.

Ingat dah habis, tapi makin bertambah pula. Dapat ke tidak aku cuti krismas ni. Ingat nak honeymoon dengan Tasya kat Penang....
Posted by 2nd head prefect
Saturday, December 20, 2008 at 8:47 AM | 0 comments  
"Sombong ar kau ni. Mati baik,"seloroh ku pada rakan lama.

" Kau lain Bat, kita orang ni siapalah bagi kau,"jawab rakan lama ku.

"Ala aku keluar dah benda-benda ni, mengarut la,"jawabku.

Malas aku nak layan lebih diorang ni. Masih tidak berubah dengan hidup lama. Kongsi gelap yang sentiasa membawa mereka dalam kegelapan.

Sedih sedikit.

Wadah dahulu yang aku sangkakan boleh menjadi penyatuan akhirnya membawa perpecahan. Sayangnya sampai boleh jadi begini.

Dahulu gelak ketawa menjadi hiburan. Tetapi sekarang gelak ketawa boleh menjadi racun yang berbisa.
Posted by 2nd head prefect Labels:
Friday, December 19, 2008 at 8:57 PM | 0 comments  
" Ani lagi suka kalau bercinta tapi tak perlu kahwin,"kenyataan yang cukup untuk membuat aku terkedu.

Semakin hari semakin aku memikirkan tentang Ani. Semakin rapat aku denganya sekarang. Kadang-kadang kemesraan aku membuatkan aku melupakan Tasya. Sehingga hari ini hidupku di tempat kerja tidak lengkap jika tanpa bertemu dengan Ani.

Perlukah aku melangkah dengan lebih jauh dengan Ani.

"Ani kontrak sampai bila?"tanya ku.

" Sampai pertengahan bulan 1 saja", kenyataan yang amat meneydihkan aku.

Aku tak tahu samada aku perlu melangkah dengan lebih jauh dengan Ani. Pada aku biar masa yang menentukan.
Posted by 2nd head prefect Labels:
Monday, December 15, 2008 at 9:07 PM | 0 comments  
Apa yang bulat. Dada perempuan atau bontotnya. Bengong aku ni. Bagi aku bulat itu roda. Hidup umpama roda. Hari ini di atas, esok di bawah.

Kalau sentiasa di bawah maknanya bukan hidup tapi mati. Sebab bawah tu maknanya kubur. Kalau di atas pula tu pun tak hidup. Sebab atas tu alam roh.

Kadang-kadang kita gembira, tapi tak pernahpun kita fikir masa duka. Tapi bila berduka selalu pula kita teringat saat gembira. Lumrah hidup agaknya. Ataupun ketentuan Illahi. Kisah Ani aku biarkan berlalu. Aku tak mahu fikirkan lebih-lebih.

Salah aku pada Tasya nanti....

Secawan kopi umpama pengubat mata yang kuyu. Alangkah baiknya adanya di sini.
Posted by 2nd head prefect Labels:
Wednesday, December 10, 2008 at 8:27 PM | 0 comments  
Pagi saja dah tak ada mood...

Kenapa ya? Mungkin ada sesuatu yang kita mahukan tidak kesampaian. Semalam aku beli bvlgery untuh di hidu oleh seseorang. Tapi hari ni dia tak ada.

Mungkin agak kecewa.

"Rajin berjalan Bat? tanya Murni.

" Saja nak exercise. Semalam makan banyak," jawabku.

Memang hari ni aku memilih untuk banyak berjalan. Mungkin sebab kietiadaan rutin halwa mata aku.

Esok masih ada....
Posted by 2nd head prefect
Tuesday, December 9, 2008 at 10:07 PM | 0 comments  
Pening, serabut, macam nak pecah aku punya kepala. Ada satu perkara penting yang mengejutkan aku semalam.

Semalam aku bersembang dengan Ani, kak Nurul dan Kak Linda.

"Saya pernah kahwin, tapi dah hampir 2 tahun bercerai," kata yang amat memeranjatkan aku dari Ani.

"Biar betul, umur Ani berapa sekarang?" tanya ku lagi.

"22 Bat,"pelahan saja jawab Ani.

Panjang perbualan aku dan Ani petang semalam. Aku terkejut besar dengan cerita Ani. Takku sangka hebat sungguh pengalaman dia. Tak pernah aku dengar pengalaman. Penuh dengan ranjau. dari masalah keluarga sampailah ke masalah peribadi sendiri.

Sejak pagi tadi aku keliru dengan hidup aku.

Keliru dengan hidup aku, atau hidup aku dan Ani.
Posted by 2nd head prefect Labels:
Monday, December 8, 2008 at 8:27 PM | 0 comments  
Trrreeettt! Treetttt!

"Angkatlah telefon kau Bat, dari tadi asyik berbunyi saja,"kata Bob pada ku.

"Ah biarlah. Malas aku nak layan,"jawabku selamba.

Aku tahu siapa yang menelefon aku. Aku tahu apa tujuan si pemanggil itu. Tapi aku lebih redha memilih untuk tidak menjawab panggilan itu.

Takut?

Mungkin juga. Kalau bukan masalah dengan si pemanggil tentu saja aku akan menjawab panggilan itu.

Sampai bila harus aku membiarkan nombor pemanggil itu mengejar aku.......?
Posted by 2nd head prefect
Friday, December 5, 2008 at 7:36 AM | 0 comments  
" Bodoh sangat!" Keluh Tasha padaku.

"Kenapa marah semacam?"Tanyaku pada si pemarah.

"Kereta kena block,"jawab Tasha yang sedang angin .

"Aku parking kat Downtown KL, masa nak balik tetiba saja ada kereta parking kat belakang aku. Dah jadi masalah pula kereta aku tak boleh keluar."penerangan yang agak panjang dari Tasha.

"Dah tu kau pergilah buat announcement,"kata ku lagi.

" Aku dah buat dah. Lepas dua jam baru dia datang. Yang aku sakit hati dia langsung tak cakap sorry kat aku. Menonong saja masuk kereta blah," kata Tasha.

"Buruk betul perangai mamat tu. Kalau aku kat tempat kau, aku pun hangin."pesanku.

"Takde budi bahasa betul!"maki Tasha.
Posted by 2nd head prefect
Ani
Thursday, December 4, 2008 at 12:42 AM | 0 comments  
"Ai minat main saham juga ke?"teguran Ani.

"Taklah, ni bola la. Bukan saham."jawabku.

"O bola selalu minat team apa?" tanya Ani lagi.

"Man Utd lah. Kenapa, Ani pun minat bola ke. Jarang perempuan minat bola,"sambungku lagi.

"Taklah minat sangat, Ani selalu teman ayah tengok bola."jawab Ani.

" Dalam Man Utd Ani kenal siapa."makin rancak aku bertanya.

" Of course la Ronaldo, Ferdinand, Rooney, Kaka, " selamba jawabnya.

Aku tergelak," Mana Kaka main Man Utd." Jarang aku bersembang dengan perempuan tentang bola. Paling aku tersentuh Ani sentiasa menemani ayahnya tengok bola.

Aisyeh, Ani depan aku la......
Posted by 2nd head prefect Labels:
Tuesday, December 2, 2008 at 8:22 PM | 0 comments  
Hari ni minyak turun lagi. Yang aku tak berpuas hati hari isnin Tok Sharir kata nak turunkan
rm 0.20. Apa cerita Tok Sharir....

Lagi sekali isu cakap tak serupa bikin terjadi. Dengan harga minyak global hari ini turun sehingga 49 dolar setong sepatutnya kita dapat turunkan harga di Malaysia dengan lebih rendah lagi. Agaknya berapa banyak lagi duit rakyat Malaysia hendak di kikis.
Posted by 2nd head prefect
Monday, December 1, 2008 at 5:53 PM | 0 comments  
Berjalan dengan sibling Tasha memang jarang aku dapat. Tasha tanyakan padaku, "Bat nak pergi mana lepas ni?"

Secara selamba aku menjawab," Yankies Hut!"

Sejurus kami sampai aku pun order makanan. Tak banyaklah untuk 4 orang makan. Aku biasalah sup cendawan. Tapi bila sampai saja makanan tu aku seakan kecewa.

"Cendawan ni macam 2 keping je, hiris halus-halus pula tu" bisikku pada Tasha.

"Bang Bat, masin gila mee ni. Tak boleh nak telan lah." Keluh adik Tasha.

Bengang betul kami dengan masakan di situ. Langsung tak sedap. Sudahlah tak sedap, mahal pula tu. Semua jumlah bil kami hampir RM 4o.

Memang macam sial punya kedai. Sumpah Aku tak pergi lagi.
Posted by 2nd head prefect
Visit the Site
MARVEL and SPIDER-MAN: TM & 2007 Marvel Characters, Inc. Motion Picture © 2007 Columbia Pictures Industries, Inc. All Rights Reserved. 2007 Sony Pictures Digital Inc. All rights reserved. blogger template by blog forum.