Thursday, July 26, 2007 at 6:53 PM | 2 comments  
Hai..kenapa lah dengan kepala aku ni..masuk ni dah 2 kali aku tak dapat pergi kelas pagi. Bengang betul aku di buatnya.Malam tadi aku punyala ready nak bangun awal pagi. Memang confident betul aku semalam boleh bangun subuh. Dah 2 kali dah dalam minggu ni aku qada' subuh aku. Hari lain aku takde kelas pagi. Biasanya aku stay up sampai subuh.

Ni nanti apa aku nak jawab dengan Mem Rosalinda ni,"Jebat!!!Kenapa kau tak datang minggu lepas?" Sebelum ni pun hari jumaat aku tak dapat datang. msalah yang sama juga. Aku tension betul bila tengok jam tadi, 9.24! Aku tengok la kat atas, haram si Mae pun tidur lagi. Punya la semangat aku pesan kat dia semalam tolang kejut aku.

Aaaahhh..!!! Macammana aku nak buat supaya aku tak jadi macam ni?
Posted by 2nd head prefect
Friday, July 20, 2007 at 7:43 PM | 0 comments  
Hari ini hari sabtu, hari yang paling best bagi aku. Mana ada kelas hari ini. Aku bangun awal sebab nak pergi Kuala Lumpur. Biasalah jalan-jalan. Di KL tu aku paling suka pergi ke Plaza Low Yat. Sebab aku memang minat tengok barang-barang komputer.

Hari ni special sikit, aku keluar dengan Ika.

Ika ambil aku hari ni. Maklumlah, aku mana ada kereta. Biasanya aku tumpang si Mae.Sampai di KL kami pergi ke Plaza Sungei Wang. Dia nak beli barang. Perempuan, biasala bajula jadi sasarannya. Sambil-sambil tu aku tengok-tengoklah gelagat orang KL. Rasanya macam-macam fesyen yang dorang pakai. Mungkin Sg Wang ni tempat fesyen show agaknya. Tapi dalam banyak-banyak fesyen la aku tengok semua tiru budaya barat. Boleh nampak klon Avril Larvine la, Britney , yang lelaki banyak tiru artist hip hop. Sarat juga mata aku memandang benda-benda macam ni.

Ha, keluar pun Ika. "Bat, kite pergi makan nak kat Mc donald bawah tu", minah ni ajak makan. Macam tau-tau je. Tengah-tengah beratur nak pergi beli meal, aku pun raba la pocket aku. Raba punya raba, boleh pula takde wallet aku. Berpeluh juga la aku.

"Ika, Wallet aku hilang la plak", aku report kat Ika.

"Hah!, macammane boleh hilang pula.Takpe-takpe,makan nie Ika belanje, Pas ni kite pegi tengok kat kreta dulu ek,"baik betul Ika .

Lepas saja pergi makan, kami pun carilah di kereta Ika.Em.memang sah...

Hilang!!!Peh memang la,tak kena curi ,ataupun cicir. Sebab masa on the way ke KL aku beli paper nak baca dalam kereta..

Malang BETUL !!!
Posted by 2nd head prefect
Thursday, July 19, 2007 at 10:23 AM | 0 comments  
Hari ni adalah seorang mahluk Allah datang jumpa aku. Lemak nama dia. Tak tahulah kenapa oarang panggil dia macam tu. Lepaklah si Lemak ni kat bilik aku. Dah lama lepak tiba-tiba si Lemak ni pun mengsyorkan untuk tidur kat bilik aku. " Bat, boleh tak kalu aku tidor bilek ko,"tanya dia pada aku.

"Nak tidor, tidor la.Si Mae pun bukannya ada malam ni. Ko tidor je la kat katil die." Aku pun tak kisah dia nak teman aku. Lagipun aku memang seorang malam ni.

Pukul 4.30 pagi.

"Gaaaaaaaaaaaaarrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr...!"Bunyi apa pula ni. Aku pun bangun la, macam orang hesteria pun ada juga."Aaaaaaaaaaaarrrrrrgggggghhhh!!!!"Ni dah macam bunyi kena rasuk ni.
Aku pun toleh lah atas. Peh! berdengkur rupanya si Lemak ni. Berderau darah aku tadi.
Posted by 2nd head prefect
Tuesday, July 17, 2007 at 3:27 AM | 0 comments  
Tadi aku terjumpalah seorang yang aku tersangatlah kenal. Mana tidaknya jiran aku dulu. Senang cerita budak ni salah seorang awek yang cun la dulu masa kat kampung. Di kampung dulu punyalah ayu, sopan -santun, nak nampak keluar rumah pun susah.Pendek serita kira perempuan melayu terakhirlah di kampung aku.

Tapi, langit tak selalu cerah...

Sekarang aku tengok, tudung dah hilang, rambut sudah berkarat, baju dah ketat dan tak cukup kain, campur pula dengan golongan-golongan yang perasan diri mereka moden. Terkejut juga aku tengok budak ni. terkena kejutan budaya agaknya. Tapi tidak menghairankanlah juga, sebab aku tengok ramai student yang datang ke KL kebanyakannya terkena kejutan budaya.

Kenapalah agaknya?

  • Terlepas dari pandangan mak dan bapa
  • Terlalu banyak yang datang pengaruh mereka
  • Iman tanpa amal

Senangkan jawapannya..

Posted by 2nd head prefect
Sunday, July 8, 2007 at 1:11 PM | 1 comments  
Aku masuk saja bilik , aku lihat bilik dah bersepah. Apa bilikku dilanggar tsunamikah? Mae ada di dalam bilik. Resah, gelisah dan bengang semua terpancar di wajah gelapnya itu. Pasti ada sesuatu yang terjadi pada pada Mae.

"Weh Mae! Hang pasai pa? Semacam aku tengok. Bilik teraboq,"tanyaku dangan baik punya suara.

"Bat handset aku hilang la, tu yang aku bengang ni," jawab Mae yang memang tengah sedih.

"Macam mane bulih hilang?" aku tanya lagi.

"Tadi aku tidoq, aku letak la kat locker, alih-alih aku bangun, tengok dah takdak."Peh, parah tu. Handphone hilang.

Tiba-tiba datang si Boby, dia datang si Mae pun ceritalah kat dia. Tapi biasalah, benda dah hilang memang susah nak dapat balik.

"Hang dah check abis dah Mae?" Boby tanya Mae.

"Dah abih dah aku selongkaq bilik ni. Takdak pun Boby," Si Mae cakap kat Boby

Tiba-tiba aku rasa macam ayat yang tak cantik keluar dari mulut Boby."Entah-entah ko yang amek tak Jebat?"

"Weh! Ko jangan cakap camtu Boby! Takkan aku nak amek roomate aku punya barang, nampak bodo la aku ni kalu buat macam tu."Bengang pula aku tengok si Boby cakap macam tu.

"Aku agak je.Manelah tahu ko yang amek," si Boby saja nak mengapikan aku.

"Dah lah! Aku percaya kat Jebat. Takkan dia nak angkat aku punya barang. Kalu dia nak angkat dah banyak dah hilang."Nasib si Mae tak percaya cakap si bangang ni.

Bengang betul aku dengan si boby ni. Datang bukan nak menolong. Tapi nak buat-buat pandai pula tu. Ni boleh menganiya aku. Sabar je lah aku.
Posted by 2nd head prefect
Friday, July 6, 2007 at 10:49 PM | 0 comments  
Hari ini aku dan Mae pergi Petaling Street. Cadangnya nak pergi cari kasut futsal. Sebelum ni aku memang tak pernah jejak kaki aku di Petaling street. Aku pun membonceng motor si Mae ni. Sampai saja di Petaling street kami pun pusing-pusing cari kasut futsal. Pusing punya punya dapat satu kedai.

"Bos ni kasut berapa harga?" aku tanya kat cina yang jaga gerai tu.

"Ini kasut aa kira bagi lu 150 la",mahal betul cina ni letak harga.

"Ala bos tak boleh kurang ka, ini kasut harga sama saja dengan MidVally," Mae minta kurang.

"ok la gua bagi lu 130 la, kira harga modal la gua bagi lu."Cina tu pun tawarkan harga kasut tu. Tengok macam tu kami pun setuju la nak beli. Cina tu suruh kami tunggu. Sedang kami tunggu, Mae pergi gerai sebelah, tengok kasut juga. Tiba-tiba dia minat pula. Cina yang kami tunggu ni pun tak sampai-sampai lagi. Jadi kami pun beli la di kedai sebelah.

Lepas beli kami jalan nak ke motor. Tiba-tiba cina yang ambil kasut tu datang depan kami."Ei budak, lu mau beli ka takmau?" cina ni tanya kami.

"Lu lambat, kami sudah beli kat kedai lain la," aku jawab macam tu.

"Mana bole itu macam kawan,Lu mesti beli juga ini kasut,"cina ni gaya macam nak gertak.

"Gua tak mau beli, gua da beli sama orang lain," Mae jawab macam tu.

"Kalu lu tak mau beli, lu kasi suma lu punya wang atau lu tak boleh balik," aduh mati aku dengan si Mae kali ini.Cina ni dah hulur pisau dekat badan kami.

"Oi cina!Lu kasi lepas itu budak!Kalu tak aku bakar kedai lu", tiba-tiba aku dengar orang jerit dari belakang. Tidak ku sangka orang tu tua, tapi suara garang. Cina tu terus lepaskan kami.

"Sory datuk, wa tak tau ini lu punya budak, tapi ini budak sudah janji sama gua mau beli,"cina tu jawab dengan suara yang agak tajut la juga.

"Aku kata lepas, lepas la! Cakap aku lu orang suma tak boleh dengar lagi ka?"Pak cik tu jerit kat cina tu.

"Ok,ok..sory datuk, kita olang takla kacau sama u punya budak lagi."Cina tu pun pergi dari situ. Pak cik tu nasihatkan kami, jangan main-main bila nak beli dekat Petaling Street ni. Cina kat sini kebanyakannya kongsi gelap.

Nasib la pakcik ni ada.Pakcik ni beri kami no telepon, kalau-kalau ada masalah macam tadi dia kata insyaallah boleh bantu. Baru aku tahu, bahaya kalau nak beli barang kat petaling street. Nasib ada melayu yang perihatin kat bangsa sendiri.
Posted by 2nd head prefect
Thursday, July 5, 2007 at 9:49 AM | 2 comments  
Sedang aku melepak di kedai mapley berhampiran rumahku, tiba-tiba ada dua sekawan arab duduk di meja sebelahku. Dia senyum, aku pun bagi la salam.

"Assalamualaikum",aku memberi.

"Walaikumussalam", mereka menjawab.

Aku pun meneruskan tegukan air teh ku bersama rakan semejaku.Tiba-tiba salah seorang dari Arab ni tanya aku,"Excuse me, do you want to keep puppy?"

Aku terkejut dengar soalan dia, lantas aku menjawab," I'm sorry, as a muslim I cannot keep puppies as pet".

"I'm muslim too.But I keep as my security".Arab ni jawab. Aku jadi sangsi. Kata islam tapi boleh pegang anjing pula.Pelik ni.Aku pun menerangkan yang ada hukum di dalam Islam mengatakan haram seseorang itu memgang anjing, tetapi Arab ni degil juga mengatakan benda tu boleh.

Katanya dia siap boleh basuh binatang tu. Cuma selepas di membasuh dia akan samak tangan dia.

Mungkin perbezaan pendapat berlaku keran kami berasal dari mazhab yang berbeza.Aku mazhab Syai'e, arab tu pula mazhab Hanafi.Tapi yang seronoknya kami berdiskudi panjang lebar. Maklum la aku ni jarang dapat peluang speaking dengan foreigner. Kat kampung aku mana la ada budak-budak arab...
Posted by 2nd head prefect
Monday, July 2, 2007 at 7:51 PM | 1 comments  
coretan si Mae.

Pukul 12.36 malam.Kira tengah malam la.Aku tengah nyenyak di buai mimpi.Tambahkan lagi aku memang la teramat letih.Tiba- tiba aku terjaga, biasala mata masa tu dah comfirm kabur.Hujan pula teramatlah lebat pada malam tu.

Aku nak minum air,tekak ku terasa kering sangat.Aku pun bangun la dari katil. Ketika aku bangun aku terbau haruman sangat la wangi."Ai..pasai pa bulih wangi lagu ni?" Bisik aku dalam hati.Hati ku dah kuat berdentam dentum n.Aku tengok Jebat memang dah nyenyak tidur.Aku jalan ke katil Jebat.Masih berbau wangi.Jiwa aku memang dah tak dapat di gambarkan lagi.Takut, seram macam-macam ada.

"Bat!Ooo Baat! Hang bangun sat.."desakku pada Jebat.

Sedang aku kejut si Jebat, aku terintai di pintu.Ya Allah....aku tak percaya yang di hadapan ku itu adalah lembaga yang di panggil pocong.

"Bat! Bangun la wei...Aku takut ni ",jerit ku pada Jebat.Berkali-kali aku gerakkan badannya supaya bangun.Tapi tetap keras macam kayu.

Aku toleh lagi,haramjadah tu makin nak mendekati aku.Ya Allah ampunkanlah dosa hamba mu ini .Aku pun jerit sambil membaca ayatul qursi."Allahulaila haillahhual haiyul qayyumm..",sampai habis.Heran tapi tak apa-apa pun pocong tu.Aku pun nekad lari terus terjah pintu bilik aku.Dumm!"Woi Mae penakut!Selamat hari jadi la Mae.."haram budak budak ni pekena aku...

Hadiah hari jadi yang sangat kreatif aku pernah dapat."Woi!Sapa punya plan dajai ni",aku tanya dorang."Jebat!!!",peh itu jawapn rakan-rakan ku..Haram lu Jebat...
Posted by 2nd head prefect
Sunday, July 1, 2007 at 7:40 AM | 1 comments  
Petang tadi aku balik ke bilik.Biasa la, kosong je bilik aku. Si Mae ni keluar.Aku letak beg aku, tiba-tiba aku ternampak 1 bungkus kecil teh kat locker si Mea.Takkan teh dalam bungkusan gula-gula.Pelik ni.

Dum!Tekejut aku Mae balik."Wei Bat!Hang toksah kacau barang aku.Tu barang mahal hang tau,"si Mae buat aku terkejut.

"Ni ape bende ni Mae,"aku tanya kat Mae.

"La hang tak tau ka?Ni la dam."Jawab Mae dengan muka tak bersalah.Maklumla aku ni bukan la polis D8.Kalau aku Polis D8 dah lama aku seret dia pergi lockup.

Aku terdiam bila aku dengar Si Mae cakap macam tu.Setahu aku dam tu ganja.Ish budak ni hisap ganja ke?

"La patut la macam pernah nampak.Dulu budak kampung aku ada main bende ni,"jawabku dengan selamba.

"Hang kalu nak sekali bleh,tapi paham-paham la kena la share sikit,aku pun dok cutting ngan member aku"aduh ajak aku pula.Aku senyum tak tahu nak jawab apa.

"Nanti la, aku letih la,"jawapan cari alasan.Padahal memang aku nak lari dari menjawab.

"Hang dah solat dak?Solat la dulu sebelum hang nak tidoq."Mae cakap macam tu..?
Posted by 2nd head prefect
Visit the Site
MARVEL and SPIDER-MAN: TM & 2007 Marvel Characters, Inc. Motion Picture © 2007 Columbia Pictures Industries, Inc. All Rights Reserved. 2007 Sony Pictures Digital Inc. All rights reserved. blogger template by blog forum.