Thursday, July 5, 2007 at 9:49 AM |  
Sedang aku melepak di kedai mapley berhampiran rumahku, tiba-tiba ada dua sekawan arab duduk di meja sebelahku. Dia senyum, aku pun bagi la salam.

"Assalamualaikum",aku memberi.

"Walaikumussalam", mereka menjawab.

Aku pun meneruskan tegukan air teh ku bersama rakan semejaku.Tiba-tiba salah seorang dari Arab ni tanya aku,"Excuse me, do you want to keep puppy?"

Aku terkejut dengar soalan dia, lantas aku menjawab," I'm sorry, as a muslim I cannot keep puppies as pet".

"I'm muslim too.But I keep as my security".Arab ni jawab. Aku jadi sangsi. Kata islam tapi boleh pegang anjing pula.Pelik ni.Aku pun menerangkan yang ada hukum di dalam Islam mengatakan haram seseorang itu memgang anjing, tetapi Arab ni degil juga mengatakan benda tu boleh.

Katanya dia siap boleh basuh binatang tu. Cuma selepas di membasuh dia akan samak tangan dia.

Mungkin perbezaan pendapat berlaku keran kami berasal dari mazhab yang berbeza.Aku mazhab Syai'e, arab tu pula mazhab Hanafi.Tapi yang seronoknya kami berdiskudi panjang lebar. Maklum la aku ni jarang dapat peluang speaking dengan foreigner. Kat kampung aku mana la ada budak-budak arab...
Posted by 2nd head prefect

2 comments:

HLiza said...

Apalak..kena kaji sebenarnya balik yg mana hukum yg mana adat. Org Melayu aje kata tak boleh bela. Dlm hukum tak kata tak boleh bela, cuma haram pegang bila basah dan najisnya haram. Memang ramai org Islam seluruh dunia bela anjing tapi make sure tak kena tempat sembahyang dan samak betul2. Kita sampai jijik kat anjing dan dera anjing pun ada. Mesti ada sebab Allah cipta anjing tu..especially dari ciri2 keselamatan.

July 5, 2007 at 2:31 PM  
Anonymous said...

ha'ah, member aku yg nama jassim tu pun bela gak anjing. Biasala melayu ni banyak dah mengasimilasikan agama ngn adat.

July 5, 2007 at 11:21 PM  
Visit the Site
MARVEL and SPIDER-MAN: TM & 2007 Marvel Characters, Inc. Motion Picture © 2007 Columbia Pictures Industries, Inc. All Rights Reserved. 2007 Sony Pictures Digital Inc. All rights reserved. blogger template by blog forum.