Thursday, May 21, 2009 at 11:52 PM | 1 comments  
Wah..agak mengejutkan juga blog aku ni. Boleh cecah 100 post. Memang la amat membanggakan juga bagin aku yang jarang menulis ni boleh tulis bende mengarut sampai ke post 100.

Banyak yang aku tulis kadang-kadang cerita pasal aku, rekaan aku, dan juga luahan aku. Kire macam diary aku juga la. Ape aku suke nak tulis aku akan tulis. Ada juga orang menulis utuk dikomen. Pada aku senang je, blog ni adalah diri aku. Kalau ada orang nak komen silakan je. Kalau tak aku tetap akan menulis.

Aku menggelar diri aku jebat kerana aku suka semangat Laksamana Hang Jebat. Sangat berani dan gagah perkasa. Sangat mementingkan persahabatan. Berani menuntut bela. Hang Tuah juga satu nama yang menjadi legenda. Tapi aku kureng sikit ngan mamat ni, pasal die tu suke sangat ikut telunjuk sultan.

Nasib zaman sekarang ni sultan dah takde kuase. Tapi ade juga la. Tapi takpe, selagi kuase Sultan sekarang ni tak memakse aku untuk memberontak, lantak la. Ramai orang sangka Hang Jebat ni gangster zaman dulu, tapi silap. Hang Jebat tu baik sebenarnya.

Ok la thats all..Selamat ulang posting ke 100 untuk ikrarku.blogspot.com
Posted by 2nd head prefect
19-05-2009

Aku berjalan dengan keadaan senang hati bile keluar dari bilik meeting. Terfikir untuk membeli juadah makan tengahari. Turun la ke bank atm affin yang memang menjadi gedung duit budak ofis aku.

Tanpa lengah aku teruskan niat aku untuk menekan duit. Tet..tet..ish lambat pula bank ni punye proses. Tiba-tiba dia memuntahkan kad bank aku tanpa wangnya. Bodoh, lame aku tunggu kad je keluar.

Pergi ke atm sebelah, buat benda yang same. Aik? baki dah kurang 100. Aku pergilah maybank untuk check baki duit aku. Same juga.

Jumpa pegawai bank, adulah masalahku.

"Ok, duit cik ade. Tapi kene tunggu 14 hari," kata pegawai tu.

14 hari!
Posted by 2nd head prefect
Monday, May 18, 2009 at 5:24 PM | 1 comments  
Ada seekor buaya tembaga ditemui di klebang Melaka.

" Aku ingat buaya ni dah sampai kat putra, rupanya ade lagi kat melaka," kata si Lan.

Aku pun tanye la die," Lan putra ni mane ade sungai buaya tu berenang."

" Eh, masalahnye aku dah namapk buaya tu depan mate aku sendiri ni," tegas Lan.

" Kau biar betul..,"tak percaya lagi aku.

" Kat mane kau nampak ni Lan?" tanyaku lagi.

"Ni depan mate aku ni, bukan buaye ke?" jawapan yang tak best.

Cis, ade ke patut die kate aku ni buaya, aku ni punye le baik umat dikatekan buaye.
Posted by 2nd head prefect
Thursday, May 14, 2009 at 8:02 PM | 0 comments  
Aku jadi kelam kabut dapat mesej soh beli mee bandung. Dalam aku leka baca mesej , motor cina ni boleh plak potong aku.

"Cis, pantang keturunan rossi la kene potong tetibe ni," jerit aku pada mangkuk ayun tu.

Aku pun ape lagi , kejar la. Dalam tak sampai berape second aku da dapat potong motor mangkuk ni. Ape la lembap budak ni bawa motor.

Aku sengaje tukar jalan. Sambil memulas trotell motor ku lagi..weeeng!...wwwennggg! Bengang cine tu tengok aku. Die cube kejar aku lagi. Tiba-tiab aku nampak sesuatu yang berkaitan dengan msej aku.

Aku buat drift U-turn trus park motor kat situ, cine mangkuk tu ble..

"Woi, pasal pa lu stop sini," tanya cine tu.

Aku pun tunjuk papan tanda kat situ.

Warung Pak Tam! Mee Bandung Special!
Posted by 2nd head prefect Labels:
Wednesday, May 13, 2009 at 5:48 PM | 0 comments  
Ku ingin kau tahu...diri ku disini...menanti dirimu...ringtone lagu ungu.Henpon aku bunyi lagi..

Tapi dari privet no...

Aku angkat tak dengar ape-ape..banyak kali semalam. Masa tu aku tengah bawa motor nak pergi alamanda.

Bunyi dan terus bunyi..tak dengar juga. Aku rasa aku tahu siapa pemanggilnya. Mungkin orang yang call aku tu orang yang sangat aku tunggu kepulangannya. Aku nak call balik tapi tak boleh.

Tension juga..

Mungkin panggilan tu penting. Sebab dia call banyak kali!
Posted by 2nd head prefect
Visit the Site
MARVEL and SPIDER-MAN: TM & 2007 Marvel Characters, Inc. Motion Picture © 2007 Columbia Pictures Industries, Inc. All Rights Reserved. 2007 Sony Pictures Digital Inc. All rights reserved. blogger template by blog forum.