Thursday, July 26, 2007 at 6:53 PM | 2 comments  
Hai..kenapa lah dengan kepala aku ni..masuk ni dah 2 kali aku tak dapat pergi kelas pagi. Bengang betul aku di buatnya.Malam tadi aku punyala ready nak bangun awal pagi. Memang confident betul aku semalam boleh bangun subuh. Dah 2 kali dah dalam minggu ni aku qada' subuh aku. Hari lain aku takde kelas pagi. Biasanya aku stay up sampai subuh.

Ni nanti apa aku nak jawab dengan Mem Rosalinda ni,"Jebat!!!Kenapa kau tak datang minggu lepas?" Sebelum ni pun hari jumaat aku tak dapat datang. msalah yang sama juga. Aku tension betul bila tengok jam tadi, 9.24! Aku tengok la kat atas, haram si Mae pun tidur lagi. Punya la semangat aku pesan kat dia semalam tolang kejut aku.

Aaaahhh..!!! Macammana aku nak buat supaya aku tak jadi macam ni?
Posted by 2nd head prefect
Friday, July 20, 2007 at 7:43 PM | 0 comments  
Hari ini hari sabtu, hari yang paling best bagi aku. Mana ada kelas hari ini. Aku bangun awal sebab nak pergi Kuala Lumpur. Biasalah jalan-jalan. Di KL tu aku paling suka pergi ke Plaza Low Yat. Sebab aku memang minat tengok barang-barang komputer.

Hari ni special sikit, aku keluar dengan Ika.

Ika ambil aku hari ni. Maklumlah, aku mana ada kereta. Biasanya aku tumpang si Mae.Sampai di KL kami pergi ke Plaza Sungei Wang. Dia nak beli barang. Perempuan, biasala bajula jadi sasarannya. Sambil-sambil tu aku tengok-tengoklah gelagat orang KL. Rasanya macam-macam fesyen yang dorang pakai. Mungkin Sg Wang ni tempat fesyen show agaknya. Tapi dalam banyak-banyak fesyen la aku tengok semua tiru budaya barat. Boleh nampak klon Avril Larvine la, Britney , yang lelaki banyak tiru artist hip hop. Sarat juga mata aku memandang benda-benda macam ni.

Ha, keluar pun Ika. "Bat, kite pergi makan nak kat Mc donald bawah tu", minah ni ajak makan. Macam tau-tau je. Tengah-tengah beratur nak pergi beli meal, aku pun raba la pocket aku. Raba punya raba, boleh pula takde wallet aku. Berpeluh juga la aku.

"Ika, Wallet aku hilang la plak", aku report kat Ika.

"Hah!, macammane boleh hilang pula.Takpe-takpe,makan nie Ika belanje, Pas ni kite pegi tengok kat kreta dulu ek,"baik betul Ika .

Lepas saja pergi makan, kami pun carilah di kereta Ika.Em.memang sah...

Hilang!!!Peh memang la,tak kena curi ,ataupun cicir. Sebab masa on the way ke KL aku beli paper nak baca dalam kereta..

Malang BETUL !!!
Posted by 2nd head prefect
Thursday, July 19, 2007 at 10:23 AM | 0 comments  
Hari ni adalah seorang mahluk Allah datang jumpa aku. Lemak nama dia. Tak tahulah kenapa oarang panggil dia macam tu. Lepaklah si Lemak ni kat bilik aku. Dah lama lepak tiba-tiba si Lemak ni pun mengsyorkan untuk tidur kat bilik aku. " Bat, boleh tak kalu aku tidor bilek ko,"tanya dia pada aku.

"Nak tidor, tidor la.Si Mae pun bukannya ada malam ni. Ko tidor je la kat katil die." Aku pun tak kisah dia nak teman aku. Lagipun aku memang seorang malam ni.

Pukul 4.30 pagi.

"Gaaaaaaaaaaaaarrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr...!"Bunyi apa pula ni. Aku pun bangun la, macam orang hesteria pun ada juga."Aaaaaaaaaaaarrrrrrgggggghhhh!!!!"Ni dah macam bunyi kena rasuk ni.
Aku pun toleh lah atas. Peh! berdengkur rupanya si Lemak ni. Berderau darah aku tadi.
Posted by 2nd head prefect
Tuesday, July 17, 2007 at 3:27 AM | 0 comments  
Tadi aku terjumpalah seorang yang aku tersangatlah kenal. Mana tidaknya jiran aku dulu. Senang cerita budak ni salah seorang awek yang cun la dulu masa kat kampung. Di kampung dulu punyalah ayu, sopan -santun, nak nampak keluar rumah pun susah.Pendek serita kira perempuan melayu terakhirlah di kampung aku.

Tapi, langit tak selalu cerah...

Sekarang aku tengok, tudung dah hilang, rambut sudah berkarat, baju dah ketat dan tak cukup kain, campur pula dengan golongan-golongan yang perasan diri mereka moden. Terkejut juga aku tengok budak ni. terkena kejutan budaya agaknya. Tapi tidak menghairankanlah juga, sebab aku tengok ramai student yang datang ke KL kebanyakannya terkena kejutan budaya.

Kenapalah agaknya?

  • Terlepas dari pandangan mak dan bapa
  • Terlalu banyak yang datang pengaruh mereka
  • Iman tanpa amal

Senangkan jawapannya..

Posted by 2nd head prefect
Sunday, July 8, 2007 at 1:11 PM | 1 comments  
Aku masuk saja bilik , aku lihat bilik dah bersepah. Apa bilikku dilanggar tsunamikah? Mae ada di dalam bilik. Resah, gelisah dan bengang semua terpancar di wajah gelapnya itu. Pasti ada sesuatu yang terjadi pada pada Mae.

"Weh Mae! Hang pasai pa? Semacam aku tengok. Bilik teraboq,"tanyaku dangan baik punya suara.

"Bat handset aku hilang la, tu yang aku bengang ni," jawab Mae yang memang tengah sedih.

"Macam mane bulih hilang?" aku tanya lagi.

"Tadi aku tidoq, aku letak la kat locker, alih-alih aku bangun, tengok dah takdak."Peh, parah tu. Handphone hilang.

Tiba-tiba datang si Boby, dia datang si Mae pun ceritalah kat dia. Tapi biasalah, benda dah hilang memang susah nak dapat balik.

"Hang dah check abis dah Mae?" Boby tanya Mae.

"Dah abih dah aku selongkaq bilik ni. Takdak pun Boby," Si Mae cakap kat Boby

Tiba-tiba aku rasa macam ayat yang tak cantik keluar dari mulut Boby."Entah-entah ko yang amek tak Jebat?"

"Weh! Ko jangan cakap camtu Boby! Takkan aku nak amek roomate aku punya barang, nampak bodo la aku ni kalu buat macam tu."Bengang pula aku tengok si Boby cakap macam tu.

"Aku agak je.Manelah tahu ko yang amek," si Boby saja nak mengapikan aku.

"Dah lah! Aku percaya kat Jebat. Takkan dia nak angkat aku punya barang. Kalu dia nak angkat dah banyak dah hilang."Nasib si Mae tak percaya cakap si bangang ni.

Bengang betul aku dengan si boby ni. Datang bukan nak menolong. Tapi nak buat-buat pandai pula tu. Ni boleh menganiya aku. Sabar je lah aku.
Posted by 2nd head prefect
Visit the Site
MARVEL and SPIDER-MAN: TM & 2007 Marvel Characters, Inc. Motion Picture © 2007 Columbia Pictures Industries, Inc. All Rights Reserved. 2007 Sony Pictures Digital Inc. All rights reserved. blogger template by blog forum.