Wednesday, August 26, 2009 at 4:43 PM | 0 comments  
Aku hairan dengan isu kartika begitu hebat dijaja sana sini. Sampai PM pun bai nasihat dekat Kartika tu supaya tidak disebat. Nampak sangat tak mahu buat hukum syariah dekat Malaysia PM ni.

Isu ni nampak macam ada hikmah disebaliknya. Mana taknya, macam-macam ustaz bagi kaedah syariah humuman tersebut( hukum hudud). Tapi menariknya, semua kaedah yang diterangkan ustaz-ustaz semua sama. Memang bestla. Masyarakat pun maki faham dengan kaedah hukum hudud yang selama ini diperjuangkan oleh ulama'-ulama'.

Walaupun kartika ni tak disebat sekalipun, percaya wahai kartika anda telah menyumbang sesuatu pada agama islam. Sayabas. Aku puji wanita ini. Kalaulah ramai umat islam kat Malaysia ni berani macam dia, dah lama maksiat terhapus di bumi Malaysia.

Cuma satu, kan bagus bapakartika yang sebat dia, sebab seorang anak melakukan kesilapan sebab atas terlepas pandang bapanya. Lepas tu kartika sebat bapanya balik. Sebab bapanya tak jaga kartika betul-betul sehingga anak perempuannya boleh minum beer tu..

Pandangan saja..
Posted by 2nd head prefect
Tuesday, August 25, 2009 at 4:51 PM | 0 comments  
Aku dapat mesej semalam,

"Sape nak makan kat rumah buka hari ni report kat aku. Muse nak masak."-ipin

Sampai rumah, aku terus lepak sambil main PSP yang memang best dilayan masa-masa ni. Tak sampai 5 minit aku baring, Aku dengar enin motor Muse, " ni mesti dorang dah balik dah ni."

Terpacul je muka Musa kat pintu aku terus tanye," ko nak masak ape unuk buka?"

" Aku ingat nak masak mee hailam la, teringin plak," jawab budak yang gelap kulitnya ni.

Petang tu aku pergi bazar Ramadhan kat Equine. Cambest je, sambil lekat earphone kat telinga, semua orang tengok aku dah macam orang gile cakap sorang-sorang. Lantakla, tak nampak ke aku pakai earphone. Punye la panjang bazar tu, tapi best-best juga la makanan kat sane.

Murtabak, kuih dengan ari soya, itu je aku capai kat situ. Kene cargas balik, pasal time dah pukul 7. Samapi rumah bebudak ni dak siap nak hidang. Mee hailam jadi menu utama la.

Jam menunnjukkan 7.20 minit, "aduiii..lambat lagi ke buke ni.." keluh fareez.

"Sabar le, satu hari ko boleh tunggu ni 4 minit takkan ko takleh tunggu," kata bro Mie.

Azan je terus capai mee hailam..."alamak nape pahit je mee ni.." aku tengok yang lain telan je.

Tetibe si Mus ," kenapa pahit je mee ni?"

"Kapor mee ni banyak la..." penjelasan dari tukang masak..aduh nasib aku ade beli murtabak...
Posted by 2nd head prefect
Thursday, August 20, 2009 at 4:45 PM | 1 comments  
Terkenang kenangan PV 225

Di suatu pagi yang indah, sebab mase tu hari pertama di bulan puasa. Dengan mata yang agak mamai aku turun ke bawah untuk mandi. Maklumlah kelas mase tu masuk awal skit. Jadi pukol 9 dah kene ppi kolej.

Toilet aku sebelah dapor. Turun je nampak arip pae tengah mengodak nescafe 3 in 1nye.

"Weh, cambest je air ko, skit ar," minta ku dengan harap dapat kongsi same.


"Nah, ko amek la. Dah minum pandai basuh.," arahan si jawe ni sambil meniupkan asap ciggeretnye di jendela.

"Ko tak puase ke Bat?" tanya arip.

" Hari ni puase ke? tanye ku kembali.

" Ye ar..aku tak puase pasal aku tak sahur pagi tadi,"alasan paling konkrit die boleh bagi.

Hawau, aku puase la..ces..!
Posted by 2nd head prefect
Wednesday, August 19, 2009 at 8:11 AM | 1 comments  
"Rindu tak kat bat?" tanyaku pada ani.

"Taklah, mane ade," jawab ani pada ku.

Aku semakin gusar dengan hubungan kami. Ani seolah-olah semakin menjauhkan diri pada ku. Namun aku tahu itu semua kerana budak pembancuh kopi.

" Ani dengan bat tu asek nak berkepit je ," kata si pembancuh kopi pada Miss N.

Apalah budak ni. Sekali aku seligi baru tau.

Look what have u done bat...
Posted by 2nd head prefect
Bodoh la dorang yng cakap pasal agama tapi hanya guna sesedap lidah je. Ingat ni sup lidah ke. Cerita hukum haka agama dijadikan bahan mainan. Yang celik agama pula seolah sudah tidak berkuasa untuk berbicara tentang agama. Setiap kata nasihat yang dikeluarka diputar belit oleh sang pendengaki.

Mengapa golongan ulama sekarang dilaya seperti pengemis jalanan yang dipandang hina oleh masyarakat. Sedangkan orang yang jelek dalam agama bersembang bagai guruh berdentum di langit.

Ulama ni pewaris Nabi s.a.w. Jangan golongon ini di ketepikan. Mereka umpama lilin yang menerangi cahaya yang gelap. Tapi apakan daya jika api lilin itu sudah tidak mampu melawan kepekatan gelap itu.

Isu menuding jari siapa masuk syurga atau neraka bergema untuk sambutan bulan ramadhan. Sduah lah yang mendengar itu menabur racun di telinga, malah ditempias pada orang lain pula. Apa yang keluar di bibir pendakwah cuma supaya kita bertakwa pada yang Maha Esa. Itupun diputar belitkan.

Syurga neraka itu sudah jelas di dalam al-quran tentang siapa yang berhak untuk ke sana. Sedih yang teramat pabila mengenang cerita agama atau fizikal agama menjadi bahan gurauan.

Ingat lah sesungguhnya kita adalah hamba Allah, sehebat mana kita di bumi kita tetap hamba. Sambutlah ramadhan ini dengan kegembiraan kerana kita sesungguhnya beruntung bertemu dengan ramadhan.

Nabi s.a.w pernah bersabda ," rejab bulan allah, sya'ban bulan ku, ramadhan bulan umatku."

Lupuska la persengketaan dan marilah kita mengejar pahala yang dijanjikan Allah di bulan Ramdhan al mubarak ini.
Posted by 2nd head prefect
Visit the Site
MARVEL and SPIDER-MAN: TM & 2007 Marvel Characters, Inc. Motion Picture © 2007 Columbia Pictures Industries, Inc. All Rights Reserved. 2007 Sony Pictures Digital Inc. All rights reserved. blogger template by blog forum.