Thursday, April 2, 2009 at 5:14 PM | 1 comments  
Pagi ini langit sangat cerah..tapi tahu lah kalau langit kat tempat aku saja yang cerah. Negara aku akan menyambut Perdana Menteri baru..

Apa pun pandangan orang, pendapat orang, mahupun pendapat aku sendiri..aku tetap mengucap tahniah pada dia. Jujur sekali aku katakan aku memang tak suka dia. Tapi aku doakan tuhan dapat memberi dia petunjuk supaya menjadi pemimpin yang baik.

"Upin, aku gugupla nak pergi angkat sumpah pagi ni,"kataku pada member aku yang boroi.

"Eh? Apa hal pula kau nak angkat sumpah pepagi ni...?"bengong dia dibuatnya.

"Angkat sumapah jawatan, sumpah simpan rahsia..."jawabku.

"Kau jangan aku tengok kat tv kejap lagi kau tengah baring depan kereta Najib. Kalau nak baring pun depan kereta kancil tu boleh lah.."sindir si Upin.

"Kepala otak kau."jawabku.

Aku teringat bila media tanya kepada Tun Mahathir..

"Adakah Tun akan sertai UMNO kembali?"tanya wartawan.

"Uuuuummm.....Noooo..Nanti saya Pppp..Kkkk..Rrr dulu ye," jawab Tun.
Posted by 2nd head prefect
Wednesday, April 1, 2009 at 6:35 PM | 2 comments  
Semalam yang hangat untuk tekak...

Karoke adalah proses pemecahan anak tekak. Aku dan budak rumah aku pergi lagi ke Alamanda. Tapi yang specialnye Nono datang sekali.

Cuma kesian tengok dia kene balik lewat. Aku agak segan pula karaoke semalam. Semua aku nyanyi tak dapat buat betul-betul. Tapi suara Nono merdu sangat. Aku sempat berduet dengannya sebauah lagu.

"Nono ok ke balik lambat ni?" tanyaku.

"Ok je. Tadi dah cakap dengan kakak,"senyum Nono pada aku.
Posted by 2nd head prefect
Tuesday, March 31, 2009 at 7:06 PM | 1 comments  
Target.

Setiap orang mesti ada target. Aku target untuk kembalikan zaman bina badan aku. tapi kali ni aku nak cuba capai lebih jauh dari yang dulu.

Aku cuba setkan lepas raya tahun hadapan aku akan masuk pertandingan gusti lengan. Tapi teringin juga masuk Mr Melaka. mungkin sebab kene pakai seluar dalam di halayak ramai..ramai yang tidak setuju.

Balik ke tempat lahir kali ni banyak berkisarkan cerita tentang abang aku..

"Angah ada call", tanya abah.

"Kau ada dengar cerita Angah?" tanya along.

"Angah-angah..."keluh acik.

aku tidak mahu ceritakan tentang itu..

Aku sayu apabila berbual dengan abah melalui telefon. Demam balik katanya. Cikungnya. Tapi sudah beransur pulih. Aku tidak tahu samada abah hanya untuk menyejukkan hati aku atau tidak..
Posted by 2nd head prefect
Monday, March 30, 2009 at 2:02 AM | 1 comments  
Semalam aku dan kawan-kawan buat reunion. Makan-makan di Amer Ali. Nono pun ada. Agenda kami selepas tu adalah futsal.

Semalam aku dan Riz dan train baik punya. Dengan harapan aku main lagi baik hari ni. Pulak tu Nono datang tengok aku main malam tu. Siap ke gelanggang futsal, aku bermain. Permainnan aku memang spoil habis. Tapi banyak juga aku safe.

Tengah main tiba-tiba boleh bertembung pula dengan si Huze. Prak!!!

Aduh..kaki kanan ku cedera balik...

Punyalah sakit. Rasanya macam yang aku rasa ketika kaki kiri aku injured. Aku pun keluar dari court. Nono macam kelihatan sangat risau.

Sedang aku menahan kesakitan, tiba-tiba aku terdengar..

"Kaulah Huze buat dia ! Aku belasah kau baru tau !" jerit Nono pada Huze.

Huze terus lari...

Tersenyum aku melihat apa yang berlaku pada ketika itu.

Nono..
Posted by 2nd head prefect
Thursday, March 26, 2009 at 7:56 PM | 1 comments  
Badan sakit-sakit dan rasa tidor yang sangat tidak cukup. Tapi usehe mesti di teruskan.

Itulah aku dengan semangat gymnya. Aku sudah nekad. Walau apapun aku mahu aktif kembali dalam gym.

"Bat, kau taknak pergi terengganu ke?,"tanya Rasip.

"Teringin tu memang teringin gak. Ingat nak main futsal nanti. Tapi kaki ni cam tak elok lagi."jawab ku .

Aku rasa malang je bila aku fikirkan tentang kaki. hari-hari aku practice bagi elok. Berlatih silat aku rasa boleh sembuhkan kaki ni..
Posted by 2nd head prefect
Visit the Site
MARVEL and SPIDER-MAN: TM & 2007 Marvel Characters, Inc. Motion Picture © 2007 Columbia Pictures Industries, Inc. All Rights Reserved. 2007 Sony Pictures Digital Inc. All rights reserved. blogger template by blog forum.