Tuesday, March 31, 2009 at 7:06 PM |  
Target.

Setiap orang mesti ada target. Aku target untuk kembalikan zaman bina badan aku. tapi kali ni aku nak cuba capai lebih jauh dari yang dulu.

Aku cuba setkan lepas raya tahun hadapan aku akan masuk pertandingan gusti lengan. Tapi teringin juga masuk Mr Melaka. mungkin sebab kene pakai seluar dalam di halayak ramai..ramai yang tidak setuju.

Balik ke tempat lahir kali ni banyak berkisarkan cerita tentang abang aku..

"Angah ada call", tanya abah.

"Kau ada dengar cerita Angah?" tanya along.

"Angah-angah..."keluh acik.

aku tidak mahu ceritakan tentang itu..

Aku sayu apabila berbual dengan abah melalui telefon. Demam balik katanya. Cikungnya. Tapi sudah beransur pulih. Aku tidak tahu samada abah hanya untuk menyejukkan hati aku atau tidak..
Posted by 2nd head prefect

1 comments:

Anonymous said...

Sedarlah wahai anak ku, kau adalah pertama hati mereka. Kau bakal mengubah nasib mereka. tp bukan didunia sahaja. kau bawa nama ibu dan bapa mu bersama di dalam dirimu. Anak ku,
Hidup memerlukan pengorbanan,
pengorbanan memerlukan perjuangan,
perjuangan memerlukan ketabahan,
ketabahan memerlukan keyakinan,
keyakinan menentukan kejayaan,
Dan kejayaan pula yang akan membentuk KEBAHAGIAAN.
Capailah apa sahaja yang kamu impikan selagi kamu tidak lupa akan tanggungjawab 5 waktu itu.

April 3, 2009 at 1:17 AM  
Visit the Site
MARVEL and SPIDER-MAN: TM & 2007 Marvel Characters, Inc. Motion Picture © 2007 Columbia Pictures Industries, Inc. All Rights Reserved. 2007 Sony Pictures Digital Inc. All rights reserved. blogger template by blog forum.