Tuesday, August 18, 2009
at
5:14 PM
|
Bodoh la dorang yng cakap pasal agama tapi hanya guna sesedap lidah je. Ingat ni sup lidah ke. Cerita hukum haka agama dijadikan bahan mainan. Yang celik agama pula seolah sudah tidak berkuasa untuk berbicara tentang agama. Setiap kata nasihat yang dikeluarka diputar belit oleh sang pendengaki.
Mengapa golongan ulama sekarang dilaya seperti pengemis jalanan yang dipandang hina oleh masyarakat. Sedangkan orang yang jelek dalam agama bersembang bagai guruh berdentum di langit.
Ulama ni pewaris Nabi s.a.w. Jangan golongon ini di ketepikan. Mereka umpama lilin yang menerangi cahaya yang gelap. Tapi apakan daya jika api lilin itu sudah tidak mampu melawan kepekatan gelap itu.
Isu menuding jari siapa masuk syurga atau neraka bergema untuk sambutan bulan ramadhan. Sduah lah yang mendengar itu menabur racun di telinga, malah ditempias pada orang lain pula. Apa yang keluar di bibir pendakwah cuma supaya kita bertakwa pada yang Maha Esa. Itupun diputar belitkan.
Syurga neraka itu sudah jelas di dalam al-quran tentang siapa yang berhak untuk ke sana. Sedih yang teramat pabila mengenang cerita agama atau fizikal agama menjadi bahan gurauan.
Ingat lah sesungguhnya kita adalah hamba Allah, sehebat mana kita di bumi kita tetap hamba. Sambutlah ramadhan ini dengan kegembiraan kerana kita sesungguhnya beruntung bertemu dengan ramadhan.
Nabi s.a.w pernah bersabda ," rejab bulan allah, sya'ban bulan ku, ramadhan bulan umatku."
Lupuska la persengketaan dan marilah kita mengejar pahala yang dijanjikan Allah di bulan Ramdhan al mubarak ini.
Posted by
2nd head prefect
Sunday, August 16, 2009
at
9:57 PM
|
Pertama, aku umpama pungguk rindukan bulan. Kedua, bagai enggang dengan pipit. Itulah yang buat aku terfikir. Kerinduan terqada' jua akhirnya. Satu pertemuan yang memang terlalu lama dinantikan.
Bertemu dengan ani sehari dua ni sangat barmakna bagiku. Dapat jua aku jumpe die. Ya la, ingat sampai mati pun aku terjumpa. Hepy tengok senyuman ani yang sentiasa menjadi igauan ku.
Aku berkerut dahi memikirkan, mengapa kenangan ini aku rasa sangat hebat? sedangkan aku dah bertemu dengannya sebelum ini. Mungkin masanye lebih lame kelmarin. Ataupun ini penghujung kisah aku dan dia.
Walaupun terdapat ganguan enteng dari pembacuh kopinya, tetapi aku tak peduli. Saat indah bagiku ketika berjalan dengannya, bebual, berkongsi cerita. Aku seakan-akan lupa siapa dia. Padaku ani dihadapan ini adalah seseorang yang akan kupimpin tangannya untuk menemani aku.
Ani, sungguhpun hari ini kau tiada diseblahku , namun aku tidak lupa akan wajahmu. Maaf kerana aku seolah-olah memberi tekanan di dalam hidupmu. Aku berharap cerita tentang kita akan berakhir di suasana aku memimpin tangan mu di taman bungan sambil di iringi pari-pari kecil.
Orang cina selalu berkata, andai dilahirkan ke jelmaan yang akan datang jadilah kami seperti uda dan dara.
Aku tidak tahu di mana pennghujung cerita kita, namun terasa kuat di hati ku menyatakan aku akan memimpin tanganmu suatu hari nanti.
Posted by
2nd head prefect
Wednesday, August 12, 2009
at
4:44 PM
|
Talam bermuke dua. Label yang harus diberi pada penggerak dan yang menggerak PPSMI. Orang melayu yang hipokrit sibuk berkata, "ah, PPSMI ni penting, kalau nak belajar ilmu orang putih kene belajar cakap orang putih". Kepala hotak. Memelayukan ilmu yang ditulis dalam bahas inggeris bukankah tanda kita sudah merdeka.
Tahun ini genap 52 tahun kita merdeka, tapi kita seolah-olah masih dijajah. Nampak seperti tiada yang peduli akan semua ini. Aku berasa terpanggil bersama untuk tidak bangga dengan idea ini. Mengapa kita harus kembali dijajah? Apakah sudah tidak dikenang pengorbanan orang tua kita yang memerdekan tanah melayu.
Mengapa kita harus setuju ideologi jajahan ini sudah jelas mengkhianat bangsa?. Mana agaknya martabat Bahasa Melayu.
Jangan terkejut anak melayu sekarang berasa jelek berbicara dengan bahasa melayu, bahasa orang putih bersilat di lidah mereka pula. Ini ajaran siapa? Mengapa ini terjadi? Jangan lah bunuh bahasa kita. Kita ini bangsa melayu, benar kata Tengku Nyak Puteh bin Ramlee, bahasa melabangkan bangsa. Jika jelek berbahasa sendiri, bangsa apakah kita ini.
Aku terfikri, adakah serangan PPSMI di lakukan untuk sesuatu. Cuba kita berfikir sejenak, pencipta ideolagi mencipta ideolgi ini pernah berkata, melayu mudah lupa. Apakah itu, sebenarnya begini, tujuan beliau adalah kerana ingin melayu itu tersentak dari tidur apabila hak dicabar. Beliau nak lihat apakah melayu ini sudah lupa akan haknya. Ini kerana bahasa melayu terkandung di dalam kontrak sosial yang diiktiraf sebagai bahasa rasmi tanah melayu. Jadi bagi menyedarkan melayu yang sudah lupa ini, beliau sengaja menyepak ke muka-muka anak bangsa ini supaya bangkit untuk pertahankan hak ini.
Wawasan 2020 menjadi impian beliau. Tetapi semakin hampir dengan hari itu semakin lemah orang melayu. Jadi pada fikiran beliau, sesuatu harus dilakukan . Nah, inilah penyepak dari beliau. Tetapi masih beliau sedih, kerana melayu ini memang masih lemah. Masih dungu apabila disepak. Beliau berfikri, orang melayu perlu disepak kuat-kuat agar terjaga dari tidur. Itulah Bapa Permodenan kita.
Jangan kita salah anggap apa tujuan PPSMI itu, semboyan semangat merdeka harus di tiup. Kita perlu bangkit untuk pertahankan bahasa ibunda kita. Jangan jadikan bahasa melayu ini sekadar bahasa sms. Kita perlu sedar, zaman kesultanan melayu melaka mula di buka pada tahun 1402 dibawah naungan Parameswara yang di gelar Sultan Muhammad Shah. Tetapi Melaka di jajah pada 1511di bawah naungan Sultan Mahamud Shah. Di dalam era itu Melaka sangat kaya dan diktiraf pusat dagangan yang terhebat. Bahasa kita digelar Lingua Franca. Tetapi genap pada tahun 1511 masihi, Melaka di jajah. TANAH MELAYU MELAKA DI JAJAH! Berapa tahunkah melayu menjadi tuan kepada tanahnya sendiri itu, cuba fikirkan.
Selama 109 tahun Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka memerintah. Kekayaan, kekuasaan, agungan dicipta, tetapi punah begitu saja akibat penyakit melayu mudah lupa, lalai, dan leka. Kita baru merdeka 52 tahun. Apakah tulah ini akan menimpa kita juga. Kerana apa yang berlaku lebih dahsyat lagi jika dibanding dengan zaman kesultanan Melayu Melaka dahulu.
Jangan biarkan negara kita tergadai. Sedarlah akan kita serangan PPSMI ini bertujuan apa. Syabas kepada mereka yang sedar dah takziah kepada mereka yang masih lalai.
Ayuh semarakkan jiwa merdeka di jiwa bangsa kita.
Al-fatiha kepada pejuang Tanah Melayu.
Posted by
2nd head prefect
Labels:
menara bangsa
Monday, July 27, 2009
at
7:46 PM
|
Hari-hari cerite pasal tension. Kenapela orang suke cerita pasal tension. Semalam keluar dengan Nono untuk makan malam. Aku dah agak yang kitorang komfom masam. masing-masing harap dihargai.
Ala, aku sebenarnye bengang die lebih kan kawan dari aku. Mungkin itu lebih penting untuk die. Bengang gak semalam. Aku tau die penat, mulenye aku dah redha da kalu tak kuar. Tapi die offer juga. Rupaenye hanya untuk menjage hati aku.
Cam tak best je. Kenapaelah macam ni. Dah la lame tak jumpe. Bayangkan bende yang diharapkan tak menjadi. Mestilah tension. Camane agaknye aku nak pulihkan keadaan ni. Comfirm la die skang tgh tension juga dengan aku.
Aku tak tau kenape bile di stat klas aku dah mule macam tak kenal die. Die busy tu..Aku kene la faham.
Actually, mase dulu Ani ade pun macam tu. Aku selalu bengang dengan kebizian die. Rindu dekat ani. Mane lah budak kecik ni pegi. Satu perkare yang membuatkan aku teringat pada seseorang yang pernah aku sayang.
Dulu aku selalu bizi untuk melayan die. Nah sekarang baru aku tau perasaan die yang macam mane diperlakukan begini. Ape yang aku buat cube kawal keadaan aku dengan nono untuk tidak lebih kritikal.
Posted by
2nd head prefect
Thursday, July 9, 2009
at
11:52 PM
|
Dulu aku ingat nak tutup je blog ni, sebab aku rase lagi baik aku post kat blog rasmi aku. Tapi rupa-rupanya aku perlu kan ini. Blog ni kahs untuk ape yang aku nak tulis ikut kepala. Lepas geram, marah, mengumpat, berangan sumer kat sini.
Seringkali aku rase, aku selalu menjage hati orang, hati orang-orang. Sehingga aku rase aku terlupe nak jage hati aku. Sepatutnye aku puaskan hati aku la, baru hati orang.
Tapi itu bukan perangai baik, respect each other adalah lebih baik. Hari ini lebih suram aku dengan nono. Tak macam semalam, gembira , suke , ketawe. Hari suare lebih merudum. Mungkin aku masih ingat pada Ani.
Ya..Ani, lame betul tak dengar cerita Ani. Satu masa aku pernah tersenyum dengan die. Aku tahu die selalu ambil tahu tentang aku.
Em..penat nak jage hati orang, tapi best sebab mase tu aku boleh lupe masalah aku. Bile dengar orang cerita aku suke senyum je. Mase sennyum aku hilang dan lupe masalah aku. Mase tu sedih ke ape ke sume dah terubat dah.
Nono tak tahu blog ni. Banyak rahsie di sini. Aku rase, diam lebih baik dari berkate2.
Posted by
2nd head prefect
|
MARVEL and SPIDER-MAN: TM & 2007 Marvel Characters, Inc. Motion Picture © 2007 Columbia Pictures Industries, Inc. All Rights Reserved. 2007 Sony Pictures Digital Inc. All rights reserved. blogger template by blog forum.
|