Tuesday, April 7, 2009
at
5:57 PM
|
Hari ini hari kemenangan si penderhaka, tapi jangan di lupa derhaka untuk apa. Perlawanan semalam berkesudahan 2-1. Hadiah buat our prime minister.
Aku benci dengar orang menjerit, melalak, melolong..derhaka! derhaka! derhaka.!
Nah, sekarang siapa yang derhaka. Aku orang Melaka. Aku keturunan Datuk Panglima Hang Tuah. Aku tahu mengapa Jebat jadi derhaka. Jebat Derhaka!
Jebat derhaka kerana membela Tuah.
Ingat lagi kata Jebat,"Bergerak aku kerana rakyat, kuat aku kerana rakyat, raja adil raja disembah, raja zalim raja di sanggah."
Hari ni Sultan tahu daulatnya datang dari mana, kalau bukan dari doa rakyat. Hari ini rakyat juga terus berdoa agar yang adil menjadi nyata.
Takbir! Allahuakbar!
Posted by
2nd head prefect
Kata orang mimpi tu mainan tidur. Tapi ade juga yang kata mimpi itu benar. Roh kita yang berjalan. Mimpi juga macam penunjuk juga. Sebab tu ade orang jual buku rahsia mimpi. Gerhana Ska Cinta pun buat lagu pasal mimpi.
Tapi, yang tak syoknya semalam aku mimpi kena langgar lori. Apa makanya mimpi aku tu. Kata orang kalau kita mimpi, peristiwa itu akan jadi sebaliknya.
Dulu aku pernah tanya angah, "mimpi tu betul ke?
"Mimpi tu kadang-kadang saja betul. Tapi kadang-kadang mengarut saja."jawab angah.
Macam mana pula dengan mimpi akil balih(mimpi basah). Dulu orang tua-tua kata kalu kita mimpi macam tu, ada awek dalam mimpi tu, awek dalam mimpi tu akan jadi wife kita.
Entah sahih atau tidak, itu yang kita tak tahu. Tapi kadang-kadang apa yang kita mimpi tu sebenarnya perkara terakhir kita fikri sebelum tidur.
Tapi aku selalu rasa tak best je bila tengah mimpi best-best tiba-tiba dah kena bangun..
tapi kalau kena bangun pastu mandi wajib, lagi hampeh.
Posted by
2nd head prefect
Sunday, April 5, 2009
at
7:45 PM
|
Semalam aku pergi jalan-jalan memenuhi cuti di hari ahad. Dengan semangat nak ajak Nono teman aku pergi tengok fast and furiost 4. Tapi agak tensen juga semua sold out sampai ke malam.
Atas sugestion Acik aku pun dengan tak redha tengok talentine..
Tersentuh juga jiwa aku yang keras tengok cerita tu. Aku tengok insan yang kat sebelah aku tu dah meleleh dah. Tanpa di minta tangan aku lap airmata dia.
Aku paling tersentuh bila part ibu dan anak dia. Aku terfikri adakah aku mampu menjadi anak sebaik dia. Aku sendiri ingin mendapat anak sebaik itu. Baru aku sedar apa perasaan seorang ibu ketika lahirnya anaknya.
"Siapa nama girlfriend Hafiz?" tanya ibu kepada anaknya.
"Cik Embun," jawab anaknya selamaba.
"Hahaha..itu macam nama mak aje.." gelak seorang ibu.
" Memang mak pun." tambah anaknya lagi.
Tanpa aku sedari airmata aku mengalir. Nono kata dai perasan airmata aku menitis. Tapi saja dia biarkan.
Ceh, memalukan...tapi apa nak malu..manusia kena berjiwa lembut. Kalau hati keras kita akan jadi kejam, kasar, ganas. Tapi kalau hati lembut kita akan jadi penyabar, penyayang, baik..semua yang positif.
Ya Latif..Ya Latif..
Posted by
2nd head prefect
Thursday, April 2, 2009
at
5:14 PM
|
Pagi ini langit sangat cerah..tapi tahu lah kalau langit kat tempat aku saja yang cerah. Negara aku akan menyambut Perdana Menteri baru..
Apa pun pandangan orang, pendapat orang, mahupun pendapat aku sendiri..aku tetap mengucap tahniah pada dia. Jujur sekali aku katakan aku memang tak suka dia. Tapi aku doakan tuhan dapat memberi dia petunjuk supaya menjadi pemimpin yang baik.
"Upin, aku gugupla nak pergi angkat sumpah pagi ni,"kataku pada member aku yang boroi.
"Eh? Apa hal pula kau nak angkat sumpah pepagi ni...?"bengong dia dibuatnya.
"Angkat sumapah jawatan, sumpah simpan rahsia..."jawabku.
"Kau jangan aku tengok kat tv kejap lagi kau tengah baring depan kereta Najib. Kalau nak baring pun depan kereta kancil tu boleh lah.."sindir si Upin.
"Kepala otak kau."jawabku.
Aku teringat bila media tanya kepada Tun Mahathir..
"Adakah Tun akan sertai UMNO kembali?"tanya wartawan.
"Uuuuummm.....Noooo..Nanti saya Pppp..Kkkk..Rrr dulu ye," jawab Tun.
Posted by
2nd head prefect
Wednesday, April 1, 2009
at
6:35 PM
|
Semalam yang hangat untuk tekak...
Karoke adalah proses pemecahan anak tekak. Aku dan budak rumah aku pergi lagi ke Alamanda. Tapi yang specialnye Nono datang sekali.
Cuma kesian tengok dia kene balik lewat. Aku agak segan pula karaoke semalam. Semua aku nyanyi tak dapat buat betul-betul. Tapi suara Nono merdu sangat. Aku sempat berduet dengannya sebauah lagu.
"Nono ok ke balik lambat ni?" tanyaku.
"Ok je. Tadi dah cakap dengan kakak,"senyum Nono pada aku.
Posted by
2nd head prefect
|
MARVEL and SPIDER-MAN: TM & 2007 Marvel Characters, Inc. Motion Picture © 2007 Columbia Pictures Industries, Inc. All Rights Reserved. 2007 Sony Pictures Digital Inc. All rights reserved. blogger template by blog forum.
|