Ani
Thursday, December 4, 2008 at 12:42 AM | 0 comments  
"Ai minat main saham juga ke?"teguran Ani.

"Taklah, ni bola la. Bukan saham."jawabku.

"O bola selalu minat team apa?" tanya Ani lagi.

"Man Utd lah. Kenapa, Ani pun minat bola ke. Jarang perempuan minat bola,"sambungku lagi.

"Taklah minat sangat, Ani selalu teman ayah tengok bola."jawab Ani.

" Dalam Man Utd Ani kenal siapa."makin rancak aku bertanya.

" Of course la Ronaldo, Ferdinand, Rooney, Kaka, " selamba jawabnya.

Aku tergelak," Mana Kaka main Man Utd." Jarang aku bersembang dengan perempuan tentang bola. Paling aku tersentuh Ani sentiasa menemani ayahnya tengok bola.

Aisyeh, Ani depan aku la......
Posted by 2nd head prefect Labels:
Tuesday, December 2, 2008 at 8:22 PM | 0 comments  
Hari ni minyak turun lagi. Yang aku tak berpuas hati hari isnin Tok Sharir kata nak turunkan
rm 0.20. Apa cerita Tok Sharir....

Lagi sekali isu cakap tak serupa bikin terjadi. Dengan harga minyak global hari ini turun sehingga 49 dolar setong sepatutnya kita dapat turunkan harga di Malaysia dengan lebih rendah lagi. Agaknya berapa banyak lagi duit rakyat Malaysia hendak di kikis.
Posted by 2nd head prefect
Monday, December 1, 2008 at 5:53 PM | 0 comments  
Berjalan dengan sibling Tasha memang jarang aku dapat. Tasha tanyakan padaku, "Bat nak pergi mana lepas ni?"

Secara selamba aku menjawab," Yankies Hut!"

Sejurus kami sampai aku pun order makanan. Tak banyaklah untuk 4 orang makan. Aku biasalah sup cendawan. Tapi bila sampai saja makanan tu aku seakan kecewa.

"Cendawan ni macam 2 keping je, hiris halus-halus pula tu" bisikku pada Tasha.

"Bang Bat, masin gila mee ni. Tak boleh nak telan lah." Keluh adik Tasha.

Bengang betul kami dengan masakan di situ. Langsung tak sedap. Sudahlah tak sedap, mahal pula tu. Semua jumlah bil kami hampir RM 4o.

Memang macam sial punya kedai. Sumpah Aku tak pergi lagi.
Posted by 2nd head prefect
Saturday, November 29, 2008 at 8:57 PM | 0 comments  
Kelmarin aku berjumpa dengan rakan-rakan ku. Lebih kurang 7 orang semuanya termasuk aku. Kami bergelak ketawa di sepanjang perbualan kami.

" Bat kau tak nak ucap tahniah pada kami? tanya Mae.

Aku ketawa saja.

Hari ini , hari rakan-rakan di survivor kolej aku menghadiri upacara konvokesyen mereka. Aku hanya termenung sambil menekan tetikus dan papan kunci di rumah.

Kenapa aku tak pergi?

Sebab nama aku tak tersenarai sebagai graduan.

Sedihkan. "Padan muka kau Jebat", mengejek diri sendiri.

Tahniah pada Perdana Villa 225.
Posted by 2nd head prefect
Aku suka tengok orang. Tapi kalaulah aku boleh hidup dalam badan orang lain mesti aku boleh tengok diri aku sendiri.

"Banyak beranganlah kau ni Bat" kata rakan sebilik aku.

Biarlah banyak berangan. Dari angan-anganlah datang cita-cita.

Aku telah berpindah ke rumah baru. Mae telah pun aku tinggalkan di pintu besi rumah lama. Maklumlah masing-masing dah habis belajar. Aku pula dapat kerja di sini. Mae balik Penang.

Rindulah pula pada budak-budak rumah lama.

" Bat , teman aku makan boleh?" pelawa Roy budak bilik aku.

"Ai makan pun nak berteman"jawab ku.

Nasib perut aku dah berbunyi.

Trreeeetttt! Treeetttt! Siapa pula yang call ni?

Megat!
Posted by 2nd head prefect Labels:
Visit the Site
MARVEL and SPIDER-MAN: TM & 2007 Marvel Characters, Inc. Motion Picture © 2007 Columbia Pictures Industries, Inc. All Rights Reserved. 2007 Sony Pictures Digital Inc. All rights reserved. blogger template by blog forum.