Wednesday, September 9, 2009 at 9:36 PM |  
Semalam..surau al-munir..

Sedih bila aku mendengar tazkirah dari imam surau itu..rasa macam terpalu petir di hati ini. Betul kata orang..kalau dah lama tak dengar tazkirah, hati jadi keras.

Mengenangkan dosa-dosa lama aku..aku menjadi takut. Takut sangat. Biarlah hati jahat yang bisik mengejek aku terus mengejek. Selagi ada masa selagi itu aku akan terus menadah tangan.

" Keliru, sehingga mencakar muka terkeluar isi muka...!" kata imam itu.

Semakin takut aku mendengar azab yang menanti. Aku ni..terlalu banyak dosa dah aku buat. Sampaikan aku rasa tak tertanggung dosa-dosa tu. Baru aku faham akan sebenarnya ketenangan. Aku masih terbayang akan segala dosa-dasaku.

Andaikata aku terpilih untuk berjumpa dengan tuan punya alam di ramadhan ini aku terima. Kerana aku mengharapkan pengampunannya. Malam ini adalah malam yang 21 ramadhan. Sesungguhnya lailatul qadar mungkin menjelma.

Kalau di ikutkan hadith Nabi s.a.w malam 21 dan malam ganjil.

Aku impikan syurga..aku perlu wujudkan syurga untuk diriku sendiri, syurga dirumahku..syurga di pejabat..dan syurga di hati...
Posted by 2nd head prefect
Visit the Site
MARVEL and SPIDER-MAN: TM & 2007 Marvel Characters, Inc. Motion Picture © 2007 Columbia Pictures Industries, Inc. All Rights Reserved. 2007 Sony Pictures Digital Inc. All rights reserved. blogger template by blog forum.