Monday, July 18, 2011 at 1:35 AM | 0 comments  
Aku tak tahu kenapa aku masih menulis di sini. Mungkin di sini ada aku yang sebenarnya. Blog lain maybe aku lebih hipokrit.

Di sini aku lebih jujur dalam penulisanku. Maybe sebab kat sini orang tak kenal aku. Lebih kurang macam blog diari aku je. Betul kata ani dulu, ni blog diari aku. Cume beberapa orang saja yang tahu akan kewujudan blog ini. Mungkin adalah lebih syok kalau aku ada tempat untuk luahkan perasaan aku secara jujur. Kalau nak lepaskan geram pun boleh jugakan.

Dah nak dekat bulan puasa kan. Teringat puasa time bujang-bujang dulu. Tido kat masjid la,..hehe banyak kenangan pasal tu. Rindu juga nak buka keluarga ku macam aku mase budak-budak lagi.

Hmm..kenangan tu pada aku adalah amat snyok dan bermakna. Sebab tu aku suka kenang akan masa lampau.

Sejarah memang sentiasa mengajar kita.
Posted by 2nd head prefect
Ingat ko dah lupe aku dah. Dan aku tak pernah ingin nak ingat kat ko.

Tapi hari ko call aku balik. Hmmm..aku harap tak panjang cerita aku dengan ko ni. Kalau panjang parah jawabnya.

Kita dah life masing-masing.

Cis baru aku tau macam perasaan membenci seseorang. Makin jauh kita pergi, kita macam makin dekat dengan die.

Autunm...sudah-sudah la tu..antara ko dengan zonan dah tak ada ape-ape. Ko dah ade life ko, dan aku dah ade life aku dah. Mungkin sekadar berjabat tangan saja kita lepas ni. Tak akan lebih pada tu..
Posted by 2nd head prefect
Bila rasa tension, mula la nak maki-maki. Bila rasa geram semua lalu depan wa, wa rasa nak sepak. Amarah yang memberontak!

Shit men!Why you doing this to me? Nak cari hal ke?

Gua bengang dengan orang main seher dengan keluarga bini gua. Kalau ikut hati nak je di lempang-lempang. Pijak sampai mati pun takpe. Lu memang penakut la. Setakat main sihir tu boleh. Meh kite fight depan-depan.

Barua punya orang.

Hati gua skit de...sakit sangat. Wa tengok bini wa cam lesu je. Pandang gua pun macam tak nak. Wa tahu, tu effect dari sihir si sial tu.

Kat sini , kat dunia lu sihir la sepuas-puasnya. Nanti kat akhirat lu kena balasan Allah!
Posted by 2nd head prefect

Ani...semoga ani sentiasa melihat clip ini. Bat minta maaf atas segala yang berlaku di antara kita. Pertemuan kita adalah indah. Namun takdir menentu segalanya.

Hanya kita tahu akan segala-galanya. Bat harap ani dapat simpan segala kenangan kita bersama. Bat mendoakan ani akan pulih seperti biasa. Bahagia itu milik mu ani. Bat tahu dan faham akan kesedihan dan segala kekecewaan ani.

Kerana bat terlalu memahami ani. Bat tak akan lupakan ani sampai bila-bila. Pertemuan kita tidak akan sia-sia. Ia bukan sesuatu persinggahan. Namun ia adalah abadi untuk kita.

Terima kasih kerana ani menerima bat dahulu. Bat sedar yang bat telah memungkiri segala janji kita. Namun bat masih yakin impian itu akan terlaksana.

Ani, tunaikan umrah. Di sana ani akan tenang. Itu pesan bat kat ani. Semoga segala doa ani akan makbul.

Insyaallah.

Kirim salam kat ibu , baba, dan keluarga yang lain. Maaf kerana tak sempat berkenalan dengan lebih jauh. Insya Allah jika ada jodoh kita akan bersama.

Satu doa , satu harapan. Ani , bat simpan segalanya di dalam video clip ini. Jika rindu, buka la. Kerana di sana ada sesuatu tentang kita sayang....

15.10.2010

Clip ini aku upload kembali kerana aku terlalu rindu akan ani . Clip ini pernah ku upload dulu, namun ani telah memadamnya atas alasannya tersendiri. Hari ini aku upload kembali.

Ani, bat terlalu merindui ani..



08.12.2010
TQ

;-)
Posted by 2nd head prefect
Sunday, September 20, 2009 at 6:31 AM | 1 comments  
Ani,

selamat hari raya pada ani..rasanye ani adalah insan yang paling sepatutnya bat memohon maaf. Banyak membeuat ani merasa sedih dan malu. Banyak juga buat ani kecewa dengan bat.

Bat harap, ani dah tengok video yang bat bagi, rindu betul kenangan kita mengharungi kesejukan malam itu.

Aku berasa bersalah kerana bersama orang lain tetapi hati pada orang lain. Aku terlalu sayangkan Ani..namu aku masih bersama nono. Kesilapan demi kesilapan aku lakukan. Kenapa aku sering melakukan kesilapan.

Rasanya teringin benar aku menatapi wajah ani yang sentiasa manja merenung mataku. Teringin benar aku mendengar suaranya..

Ani..di mana ani pergi, ingatlah satu doa, satu harapan...
Posted by 2nd head prefect
Visit the Site
MARVEL and SPIDER-MAN: TM & 2007 Marvel Characters, Inc. Motion Picture © 2007 Columbia Pictures Industries, Inc. All Rights Reserved. 2007 Sony Pictures Digital Inc. All rights reserved. blogger template by blog forum.