Pelik aku, masuk lab jumpelah sorang kawan ni. Pada mulanya aku cume nak cakap, "Kak nanti tengah hari pinjam charger motorola".

Aku espect die akan hanya cakap ok atau pun sepotong ayat yang tak lebih dari sepuluh words. Tapi...hmmm..die cakap sampai aku terpakse dengar hampir setengah jam!

Cerita, mak die la, bapa diela, suami die la...aduh..dalam hati aku asyik cakap , " bile la akak ni nak habis cakap, aku dah letih berdiri ni." Nak blah camtu je tak baik. Pasal aku nak pinjam charger die. Nanti die tak bagi plak.

Aku cuba buat muke yang malas nak dengar. Tapi, die tak pernah putus ase, dan terus bercakap. Yang paling letih tu, boleh pulak die menangis depan aku akibat kesedihan cerite die.

Pergghh! parah ni.

"Bat, ade telefon ko bunyi tu," jerit si Lan.

Fuh..nasib ade penyelamat.
Posted by 2nd head prefect
Aku teringin nak tengok macamana keadaan Ani. Cerita Ani ni tidak habis malah tergantung dek kerana watak utamanya masih di dalam koma. Aku tidak tahu berapa lama lagi dia akan sedar. Kalau Ani ada mesti lain. Rakannya sering bertanya tentang Ani kepada ku.

"Bat, Ani macam mana? Ada dengar apa-apa cerita pasal dia?" tanya si ila.

Aku tak mampu menjawab soalan tu."Entah," pendek saja jawapannya.

Sambil miinum nescafe, duduk melayari expert eleven ni sambil dengar lagu The times

gadisku dalam koma,
seriuskah keadaannya,
gadisku dalam koma,
seriuskah situasinya,

dengarlah lagu ini bila sedar,
betapa pilu, tangisku,
ku berikrar takkan ingkar,
mogakan sembuh segera,
maafkanlah, diri ini jika pernah,
salah dan silap dengan mu,
ku berdoa ke atasmu,
moga kau pulih semula.
Posted by 2nd head prefect Labels:
Tuesday, May 5, 2009 at 5:41 PM | 1 comments  
Wengggggggggg!!!!

"Woi nak mampos ke?" aku sound terus mat rempit nih.

Bodoh, kalau langgar kereta aku tadi memang aku pijak mat rempit ni. Tak sayang nyawe ke dorang ni. Sungguhpun aku marah pada mat rempit, tapi kadang-kadang suke juga tengok mat rempit bawa awek.

Teringat aku dulu aku penah kene tangkap dengan polis pasal rempit dan awek.

Mase tu aku kire jaguh jugala kat ats jalan tu. Menang tu takdelah banyak. Tapi selalu juga la. Nak jadikan malam tu aku kene tangkap, malam tu aku lepas maghrib aje aku tido. Ngantuk sebeb baru balik kerja.

Zaman ni zaman aku baru lepas spm. Mase tu jiwa tengah panas beb! Cakap mak bapa tu kire loceng sekolah la kat telinga aku.

Tengah syok tido..."ku di halaman rindu, hanya berteman, dunia yang satu!" bunyi ringtone aku.

tubikontoniut
Posted by 2nd head prefect Labels:
Saturday, May 2, 2009 at 11:11 PM | 1 comments  
Sedang aku menumpukan perhatian ku ke atas jalan, tiba-tiba abah aku bertanya,"dik buat blog tu macam mana?"

Aik macam mana abah boleh terfikir nak buat blog ni?

Memang zaman sekarang semua orang mahukan kebebasan. Kebebasan apa, yang itu kita tak tahu.

" Macam nilah abah, lepas rodblog ni adik akan terangkan macam mana nak buat blog," jawab ku.
Posted by 2nd head prefect
Friday, May 1, 2009 at 1:11 AM | 1 comments  
Aku tengah rushing dengan kakak aku nak pergi gym, tetiba kawan mak aku datang. Aku ni jenis mals sikit kalau kawan mak aku datang. Mesti ada yang tak best.

Kebetulan mak aku pun nak keluar. Kakak aku pun tumpangkan dia sampai rumah. Dalam kereta dia pun berbual dengan aku," makcik nak cerita sikit ni nak".

"Cerita apa ?" tanyaku.

"Ni ha, pakcik kau dah seminggu pakai benda ni. Jimat minyak kereta," cerita makcik.

"Benda ni pasang kat mana?" tanyaku lagi.

"Ala pasang kat tempat cucuh rokok ni, nanti dia menyala la lampu dia. Kalau anak beli anak boleh dapat income tau,lalalalalala,"panjang la cerita makcik tu.

Rupanya datang jumpa mak aku nak ajak masuk jual benda Alllah ni. Sanggup dia jalan kaki datang ke rumah aku. Jauh juga lah rumah dia dengan aku.

Aku tak minat dengan cari rezeki macam tu. Cuma aku hormat semua cara cari rezeki yang halal, simpati juga ada pada makcik yang sanggup berjalan kaki dari rumah ke rumah semata-mata nak ajak orang masuk multi level marketing ni.

Aku salahkan kerajaan yang uat masyarakat buat kerja ni. Ekonomi jatuh. Orang kampung tak ada kerja, terpaksa buat kerja ni. Semata-mata nak cari duit.

Pula tu, tokey company macam ni kebanyakannya cina. Yang jalan kaki pergi cari downline melayu. Yang pakai mercedes kilat sambil kaup untung cina.

Aduhai...
Posted by 2nd head prefect
Visit the Site
MARVEL and SPIDER-MAN: TM & 2007 Marvel Characters, Inc. Motion Picture © 2007 Columbia Pictures Industries, Inc. All Rights Reserved. 2007 Sony Pictures Digital Inc. All rights reserved. blogger template by blog forum.