Wednesday, September 19, 2012 at 7:03 AM | 0 comments  
Kekal, kheikal izamnudin kot nama betulnye.

Salah seorang kawan aku yang same-same menumpuh masa remaja. Bermula dari selepas SPM. Aku dengan dia gagal bersama. Tapi die gagal dulu dalam survivpor kptm. Namun dia bangkit, pelahan demi pelahan.

Hari ni aku sembang dengan die melalui FB, Allahurabbi, die sekarang ni tengah continue master die kat oversea dalam bidang sains kuantitatif.. Syabas kau kal. Dalam semuai penghuni PV 225, kau sorang je yang paling berjaya setakat ni

Serius, aku tengok kau, aku malu dengan diri sendiri. Apa yang aku ada. Apa yang aku bole bangga untuk diri aku. Segulung pun tarak. Hopefully kau terus succes !

Setiap kali sembang dengan ko, 1 by 1 memory come slowly....aduss...
Posted by 2nd head prefect
Friday, January 6, 2012 at 5:34 AM | 0 comments  
huhu...welcome 2012...

Wajah baru..aku berada kat tahun 2012..makin tue la aku ni..Entah esok, entah lusa, sampai bila agaknya denyutan jantung aku ni akan kekal berdenyut..

Semua kuasa tuhan. Dalam hidup ni jangan ada selalu yang buat kita sakit hati. Paling penting kita kena ceria. Walaupun banyak sangat yang menyakitkan hati kita. Tapi kesabaran adalah perisai hidup kita yang abadi.

Aku tengah selsema ni. Tersedu-sedu kat hidung ni...
Posted by 2nd head prefect
Friday, December 9, 2011 at 8:12 AM | 0 comments  
Di sini, aku luah ape yang aku pendam. Tak payah pikir bile nak kene update blog. Tulis bile aku rase nak menulis.

Aku lebih bebas kat sini.

Ya aku lebih bebas di sini. Memang kat sini tak banyak yang aku tulis, tapi setiap yang aku tulis dalam blog ni sangat bermakna buat diri aku sendiri. Banyak kisah yang aku pendam. Kat sini aku lebih privacy.

Manusia sangat perlukan privacy sebenarnya.

Bukan segalanya perlu didedahkan pada umum. Adakalnya, kita perlu tempat untuk meluahkan perasaan di mana tempat tu, tak ada orang kenal kita. Bila kita cakap, kita macam dapat melepaskan tekanan dalam diri kita.

Itulah ruang privacy , bagi aku.

Tahun demi tahun berlalu. Tahun 2011 akan berakhir dalam sikit hari je lagi. Aku masih macam ni. Kengkawan aku yang lain semua dah berjaya. Tapi aku masih begini. Ada ke perubahan dalam hidup ku. Bohong la kalau tak ada. Batu pun sikit-sikit akan bertukar rupa juga.

Makin berguna juga blog ni.
Posted by 2nd head prefect
Monday, July 18, 2011 at 1:35 AM | 0 comments  
Aku tak tahu kenapa aku masih menulis di sini. Mungkin di sini ada aku yang sebenarnya. Blog lain maybe aku lebih hipokrit.

Di sini aku lebih jujur dalam penulisanku. Maybe sebab kat sini orang tak kenal aku. Lebih kurang macam blog diari aku je. Betul kata ani dulu, ni blog diari aku. Cume beberapa orang saja yang tahu akan kewujudan blog ini. Mungkin adalah lebih syok kalau aku ada tempat untuk luahkan perasaan aku secara jujur. Kalau nak lepaskan geram pun boleh jugakan.

Dah nak dekat bulan puasa kan. Teringat puasa time bujang-bujang dulu. Tido kat masjid la,..hehe banyak kenangan pasal tu. Rindu juga nak buka keluarga ku macam aku mase budak-budak lagi.

Hmm..kenangan tu pada aku adalah amat snyok dan bermakna. Sebab tu aku suka kenang akan masa lampau.

Sejarah memang sentiasa mengajar kita.
Posted by 2nd head prefect
Ingat ko dah lupe aku dah. Dan aku tak pernah ingin nak ingat kat ko.

Tapi hari ko call aku balik. Hmmm..aku harap tak panjang cerita aku dengan ko ni. Kalau panjang parah jawabnya.

Kita dah life masing-masing.

Cis baru aku tau macam perasaan membenci seseorang. Makin jauh kita pergi, kita macam makin dekat dengan die.

Autunm...sudah-sudah la tu..antara ko dengan zonan dah tak ada ape-ape. Ko dah ade life ko, dan aku dah ade life aku dah. Mungkin sekadar berjabat tangan saja kita lepas ni. Tak akan lebih pada tu..
Posted by 2nd head prefect
Visit the Site
MARVEL and SPIDER-MAN: TM & 2007 Marvel Characters, Inc. Motion Picture © 2007 Columbia Pictures Industries, Inc. All Rights Reserved. 2007 Sony Pictures Digital Inc. All rights reserved. blogger template by blog forum.