Thursday, August 23, 2007 at 7:47 PM | 2 comments  
Hari ini aku dapat panggilan yang amat mengejutkan diriku.

"Hello, Bat! Kau ada jumpa Fabb tak? Budak-budak semua tengah cari dia."Mike telefon aku.

"Mana aku ada jumpa dia. Yang aku tau dia nak datang rumah aku hari ni."Jawab aku pada Mike.

"Ok, tak apa. Nanti aku call balik." Pelik betul Mike hari ni.

Aku rasa tak sedap hati. Hairan juga aku. Fabb ni kata nak datang rumah aku tapi tak sampai lagi. Dia kata nak bertolak lepas asar. Aku cuba telefon dia tapi tak dapat.

Treeeet!!Treeeet..! Handphone aku berbunyi lagi.

"Hello Bat, Ni Madi ni. Tadi aku balik dari KL, aku nampak ada kemalangan. Aku tak sure lah sapa tadi. Aku rasa macam motor Epo. Fab datang Kl dengan Epo!" Berderau jangtung aku dengar Madi cakap.

"Madi kau biar betul ni, jangan main agak-agak saja."Jawab aku yang tidak berpuas hati.

Perbualan kami hanya berakhir dengan satu tanda tanya. Jantung aku semakin tidak tenteram. Aku seolah-olah dapat rasakan ada berita yang tidak baik akan aku terima.

Setengah jam kemudian...

Tit..tit..bunyi mesej handphone ku.

Mesej itu berbunyi:

Jebat, aku harap kau relax dengan benda yang aku nak sampaikan. Fab sudah meninggal dunia akibat kemalangan jalanraya petang tadi. Kau bersiaplah, kita jumpa di kampung.

Mike.

Innalilllah..sesungguhnya manusia itu tidak dapat lari dari takdir illah. Air mataku jatuh. Aku tidak dapat menahan kesedihan. Lalu aku mencapai kitab suci al-Quran untuk sedekahkan yasin pada sahabat ku.

Aku harap roh kau di cucuri rahmat:-Syed Khalid bin Syed Hussein...
Posted by 2nd head prefect
Wednesday, August 15, 2007 at 8:11 PM | 0 comments  
Merdeka! Merdeka! Merdeka !
Sudirman (Ahmad CB)31 Ogos
Tanggal 31
Bulan lapan lima puluh tujuh
Merdeka ! Merdeka !
Tetaplah merdeka
Ia pasti menjadi sejarah
Tanggal 31
Bulan lapan lima puluh tujuh
Hari yang mulia
Hari bahagia
Sambut dengan jiwa yang merdeka
Mari kita seluruh warga negara
Ramai-ramai menyambut hari merdeka
Merdeka !
Tiga satu bulan lapan lima puluh tujuh
Hari mulia negaraku merdeka
Posted by 2nd head prefect
Saturday, August 4, 2007 at 11:08 AM | 2 comments  
Pernah kita terfikir zaman kita berusia 1 hingga 4 tahun?

Apakah kenangan kita yang terindah ketika itu?

Kita cuma dengar cerita dari orang yang terdekat. Masa kecil kita ini..itulah..inilah..tapi kita tidak pernah dapat ingatkan kembali. Kata orang zaman itu indah. Cuba kita lihat budak berusia 2 hingga 4 tahun..seronok bermain..

Kenangan indah yang orang tidak boleh lupa, biasalah..zaman sekolah.Mungkin pada zaman itu kita sudh mampu membuat memori.Kita sudah mampu berfikir.

Tahukah anda, semakin tambah umur kita, semakin kita kurang kenangan yang indah.
Posted by 2nd head prefect
Thursday, July 26, 2007 at 6:53 PM | 2 comments  
Hai..kenapa lah dengan kepala aku ni..masuk ni dah 2 kali aku tak dapat pergi kelas pagi. Bengang betul aku di buatnya.Malam tadi aku punyala ready nak bangun awal pagi. Memang confident betul aku semalam boleh bangun subuh. Dah 2 kali dah dalam minggu ni aku qada' subuh aku. Hari lain aku takde kelas pagi. Biasanya aku stay up sampai subuh.

Ni nanti apa aku nak jawab dengan Mem Rosalinda ni,"Jebat!!!Kenapa kau tak datang minggu lepas?" Sebelum ni pun hari jumaat aku tak dapat datang. msalah yang sama juga. Aku tension betul bila tengok jam tadi, 9.24! Aku tengok la kat atas, haram si Mae pun tidur lagi. Punya la semangat aku pesan kat dia semalam tolang kejut aku.

Aaaahhh..!!! Macammana aku nak buat supaya aku tak jadi macam ni?
Posted by 2nd head prefect
Friday, July 20, 2007 at 7:43 PM | 0 comments  
Hari ini hari sabtu, hari yang paling best bagi aku. Mana ada kelas hari ini. Aku bangun awal sebab nak pergi Kuala Lumpur. Biasalah jalan-jalan. Di KL tu aku paling suka pergi ke Plaza Low Yat. Sebab aku memang minat tengok barang-barang komputer.

Hari ni special sikit, aku keluar dengan Ika.

Ika ambil aku hari ni. Maklumlah, aku mana ada kereta. Biasanya aku tumpang si Mae.Sampai di KL kami pergi ke Plaza Sungei Wang. Dia nak beli barang. Perempuan, biasala bajula jadi sasarannya. Sambil-sambil tu aku tengok-tengoklah gelagat orang KL. Rasanya macam-macam fesyen yang dorang pakai. Mungkin Sg Wang ni tempat fesyen show agaknya. Tapi dalam banyak-banyak fesyen la aku tengok semua tiru budaya barat. Boleh nampak klon Avril Larvine la, Britney , yang lelaki banyak tiru artist hip hop. Sarat juga mata aku memandang benda-benda macam ni.

Ha, keluar pun Ika. "Bat, kite pergi makan nak kat Mc donald bawah tu", minah ni ajak makan. Macam tau-tau je. Tengah-tengah beratur nak pergi beli meal, aku pun raba la pocket aku. Raba punya raba, boleh pula takde wallet aku. Berpeluh juga la aku.

"Ika, Wallet aku hilang la plak", aku report kat Ika.

"Hah!, macammane boleh hilang pula.Takpe-takpe,makan nie Ika belanje, Pas ni kite pegi tengok kat kreta dulu ek,"baik betul Ika .

Lepas saja pergi makan, kami pun carilah di kereta Ika.Em.memang sah...

Hilang!!!Peh memang la,tak kena curi ,ataupun cicir. Sebab masa on the way ke KL aku beli paper nak baca dalam kereta..

Malang BETUL !!!
Posted by 2nd head prefect
Visit the Site
MARVEL and SPIDER-MAN: TM & 2007 Marvel Characters, Inc. Motion Picture © 2007 Columbia Pictures Industries, Inc. All Rights Reserved. 2007 Sony Pictures Digital Inc. All rights reserved. blogger template by blog forum.