Saturday, June 23, 2007 at 12:45 AM |  
Hijrah..bermaksud pindah.

Hari ini aku melangkahkan kaki kanan ku ke ibukota malaysia.Aku datang sini sebab aku dapat sambung belajar kat sebuah universiti kat Kuala Lumpur.Aku tengok dahsyat betul.Banyak bangunan yang tinggi-tinggi.Maklumlah baru pertama kali datang ke Kuala Lumpur.Aku ni datang dari kampung.Disebabkan aku baru sampai aku pun pusing la nak cari teksi.Tengah aku berjalan kat dalam puduraya ni aku rasa macam nak terkucil pula.Em..cari tandas la dulu..

Sampai aje kat tandas pudu tu aku pun cargas la tunaikan hajatku.Lepas selesai segalannya aku keluar la dari tandas tu...Tetiba je aku rasa ada yang mengekori aku..alamak jangan la jadi apa-apa.Aku dah la bawa beg berat ni.

Tap!! Ada orang tarik bahu aku...perghh...mati la aku.Ape hal lak mamat ni tarik aku ni.Aku ada buat salah ke..ya Allah kuatkan la semangat aku..

"Wei boy lu ada sen tak?"mamat tu tanya aku.Ni mesti nak pow ni.Pokemon betul la.

"Ha?mana ada bang..saya ada cukup-cukup aje untuk tambang pergi daftar balajar",gigil aku aku jawab

"ala..lu mesti ada bawa lebih punya..bagi la aku sikit..", mamat ni gertak aku.Siap letak pisau rambo tu kat pinggang aku...mampus aku ni...

"a..aa..jap ek bang", aku pun nak keluarkan dompet.Tetiba aku dapat akal.Kalau aku hentak telur mamat ni pastu rempuh je mesti lepas ni.Senyap-senyap aku turunkan tangan aku..Eyah!!aku tubuk telur mamat ni..aku pun lari la dengan sekuat-kuat hati...aaaaaaa...aku jerit kuat-kuat.Nak bagi orang dengar...Sampai kat tangga pudu aku tengok ada teksi.Tekejut driver teksi tu tengok aku main terjah je."Ayo adek!Apahal ni?",uncle teksi tu tanya.

"Uncle, jalan uncle!Ada orang mau pow saya."aku cakap kat uncle tu.Uncle teksi tu pun terus bawa aku keluar dari kawasan puduraya tu.Aku suruh dia bawa aku kat kolej yang aku nak daftar belajar tu..nasib dia ada.Kalau tak agaknya aku tak dapat sambung belajar...Fuhh..nasib baik...
Posted by 2nd head prefect

2 comments:

Mr feckry said...

fuh nasib baik

June 23, 2007 at 2:04 AM  
Anonymous said...

kesiannya kat budak baru nk g blaja,sabag ye

June 23, 2007 at 4:29 AM  
Visit the Site
MARVEL and SPIDER-MAN: TM & 2007 Marvel Characters, Inc. Motion Picture © 2007 Columbia Pictures Industries, Inc. All Rights Reserved. 2007 Sony Pictures Digital Inc. All rights reserved. blogger template by blog forum.