Monday, October 29, 2007 at 11:48 PM | 0 comments  
"Bat, petang ni kau follow aku nak? Mae mengajak sesuatu.

"Pergi mana?" aku dalam tanda tanya.

"Snooker."selamba dia jawab.

Ok juga, lama aku tak main snooker. Dulu kat kampung ada juga aku main benda ni. Seperti yang dijanjikan petang tu aku dan Mae pergi ke Rally Club. Tempat snooker yang paling famous kat tempat aku.

Tengah aku main tiba-tiba ada seorang lelalki berbangsa cina menolak tangan aku. Berang aku dibuatnya.

"Allo brother, tengok-tengok la orang kat tepi main snooker."aku tegur cina tu.

"Sapa li mau sound gua ini macam? Mai cibai! Gua punya suka la apa gua mau buat.

Pang! kepala aku di hentak cina tu. Berlakulah pergelutan yang sebenarnya berpunca dari perkara yang kecil. Teruk aku dengan Mae kena lanyak. 6 lawan 1. Mana boleh menang.

"Oi Ah Ngau! Lu pijak gua punya bangsa ha!" terdengar suara garang dari belakang aku.

"Haiya lu Cool. ini budak kacau sama gua. Lu jangan mara-mara." Cina sial tu buat muka manis dengan abang yang mahu selamatkan aku.

"Ini tempat lu tau sapa punya?!" tanya abang yang dipanggil Cool.

"Lu punya la. Ok gua kasi lepas ini budak. Kita kawan lo.."pujuk cina tu.

Lepas di maki oleh abang yang di panggil Cool , cina tu terus blah. Sakit badan aku dengan Mae. Bengkak la juga.

"Adik siapa nama?" tanya abang Cool.

"Jebat bang, " jawab ku.

"Lain kali jangan kacau cina-cina kat sini. Diorang ni semua gile darah."nasihatnya pada ku.

"Abang, sape nama abang?" Tanya ku.

"Megat. Panggil aje abang Megat".

"Boleh kami ikut abang? tanya aku dengan Mae.

Dia senyum seolah-olah memberi lampu hijau.
Posted by 2nd head prefect Labels:
Thursday, September 20, 2007 at 12:08 AM | 0 comments  
Dulu aku jarang puasa penuh. Tapi azam tahun ni aku mesti puasa penuh. Aku teringat lagi masa aku di kampung, port aku buka puasa kat dalam cyber cafe. Dah tuan punya kedai pun buat tak tahu saja.

Puasa di hostel ni memang mencabar. Mana tidaknya tidur adalh aktiviti yang wajib bagi orang berpuasa dalam hostel aku.

Bosan duduk rumah, aku pun gerak ke lab. Saja nak online. Sebelaha aku ada seorang mamat yang leka layan friendster. Tiba-tiba datang seorang awek kat sebelah dia. Dengan selambanya duduk atas pangku mamat tu.

Boleh pula bermanja-manja dengan mamat tu. Hairannya mamat tu cam selamber aje. Awek tu yang lebih-lebih. Slow-slow aku buka koleksi bacaan al-Quran...

Merah muka merpati yang tak sejoli itu..

Baru tahu dunia ni siapa yang punya..
Posted by 2nd head prefect
Thursday, August 23, 2007 at 7:47 PM | 2 comments  
Hari ini aku dapat panggilan yang amat mengejutkan diriku.

"Hello, Bat! Kau ada jumpa Fabb tak? Budak-budak semua tengah cari dia."Mike telefon aku.

"Mana aku ada jumpa dia. Yang aku tau dia nak datang rumah aku hari ni."Jawab aku pada Mike.

"Ok, tak apa. Nanti aku call balik." Pelik betul Mike hari ni.

Aku rasa tak sedap hati. Hairan juga aku. Fabb ni kata nak datang rumah aku tapi tak sampai lagi. Dia kata nak bertolak lepas asar. Aku cuba telefon dia tapi tak dapat.

Treeeet!!Treeeet..! Handphone aku berbunyi lagi.

"Hello Bat, Ni Madi ni. Tadi aku balik dari KL, aku nampak ada kemalangan. Aku tak sure lah sapa tadi. Aku rasa macam motor Epo. Fab datang Kl dengan Epo!" Berderau jangtung aku dengar Madi cakap.

"Madi kau biar betul ni, jangan main agak-agak saja."Jawab aku yang tidak berpuas hati.

Perbualan kami hanya berakhir dengan satu tanda tanya. Jantung aku semakin tidak tenteram. Aku seolah-olah dapat rasakan ada berita yang tidak baik akan aku terima.

Setengah jam kemudian...

Tit..tit..bunyi mesej handphone ku.

Mesej itu berbunyi:

Jebat, aku harap kau relax dengan benda yang aku nak sampaikan. Fab sudah meninggal dunia akibat kemalangan jalanraya petang tadi. Kau bersiaplah, kita jumpa di kampung.

Mike.

Innalilllah..sesungguhnya manusia itu tidak dapat lari dari takdir illah. Air mataku jatuh. Aku tidak dapat menahan kesedihan. Lalu aku mencapai kitab suci al-Quran untuk sedekahkan yasin pada sahabat ku.

Aku harap roh kau di cucuri rahmat:-Syed Khalid bin Syed Hussein...
Posted by 2nd head prefect
Wednesday, August 15, 2007 at 8:11 PM | 0 comments  
Merdeka! Merdeka! Merdeka !
Sudirman (Ahmad CB)31 Ogos
Tanggal 31
Bulan lapan lima puluh tujuh
Merdeka ! Merdeka !
Tetaplah merdeka
Ia pasti menjadi sejarah
Tanggal 31
Bulan lapan lima puluh tujuh
Hari yang mulia
Hari bahagia
Sambut dengan jiwa yang merdeka
Mari kita seluruh warga negara
Ramai-ramai menyambut hari merdeka
Merdeka !
Tiga satu bulan lapan lima puluh tujuh
Hari mulia negaraku merdeka
Posted by 2nd head prefect
Saturday, August 4, 2007 at 11:08 AM | 2 comments  
Pernah kita terfikir zaman kita berusia 1 hingga 4 tahun?

Apakah kenangan kita yang terindah ketika itu?

Kita cuma dengar cerita dari orang yang terdekat. Masa kecil kita ini..itulah..inilah..tapi kita tidak pernah dapat ingatkan kembali. Kata orang zaman itu indah. Cuba kita lihat budak berusia 2 hingga 4 tahun..seronok bermain..

Kenangan indah yang orang tidak boleh lupa, biasalah..zaman sekolah.Mungkin pada zaman itu kita sudh mampu membuat memori.Kita sudah mampu berfikir.

Tahukah anda, semakin tambah umur kita, semakin kita kurang kenangan yang indah.
Posted by 2nd head prefect
Visit the Site
MARVEL and SPIDER-MAN: TM & 2007 Marvel Characters, Inc. Motion Picture © 2007 Columbia Pictures Industries, Inc. All Rights Reserved. 2007 Sony Pictures Digital Inc. All rights reserved. blogger template by blog forum.